Friday 24 September 2010

A 130854 Rafidah LJ 09

Assalamualaikum w.b.t... dan Salam Sejahtera….

Pada 22 September 2010 yang lalu, pengkuliahan telah pun bermula seperti biasa walaupun kita masih lagi berada dalam 'mood' raya. Bagi jurnal pembelajaran kali kesembilan ini tajuk emosi, personaliti dan tingkahlaku telah dibincangkan. Manusia adalah berbeza dari segi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Sebagai contoh, banjir besar yang berlaku di Pakistan. Kebanyakkan masyarakat begitu simpati dan tersentuh dengan kejadian yang menimpa di negara itu. Mereka dapat merasakan apa yang dirasai oleh penduduk di Pakistan. Mereka juga bersimpati dan sanggup menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk di negara itu.

Walaubagaimanapun masih juga terdapat segelintir masyarakat yang menganggap bencana di Pakistan itu adalah perkara biasa. Bagi mereka, ada hal lain yang lebih besar dan memberi erti yang lebih mendalam kepada emosi mereka. Oleh yang demikian, emosi dan personaliti berguna dari segi untuk membezakan seseorang individu itu. Emosi dan personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek (affects). Personaliti pula adalah kombinasi daripada sifat-sifat psikologi yang kita gunakan unuk mengelaskan seseorang itu mengikut terma atau syarat-syarat terentu seperti senyap, pasif, agresif dan lain-lain lagi.

Kuliah pada minggu ini turut membincangkan dua jenis teori iaitu 'Teori Myers-Briggs Type Indicator' (MBTI) dan juga 'The Big Five Theory'. MBTI merupakan insrument yang banyak digunakan dan merupakan salah satu daripada bahan komersial. Terdapat empat pecahan kumpulan di dalam MBTI dan setiap satu kumpulan tersebut di bahagikan kepada dua bahagian iaitu yang pertama 'Extraverted Characteristics'  dan juga 'Introverted Characteristics'. Ciri-ciri yang terdapat pada 'Extraverted Characteristics' adalah seorang yang suka menonjolkan diri, seorang yang suka bersosial, suka bercampur dengan orang lain, tegas dan berorientasikan orang lain. Manakala ciri-ciri yang terdapat di dalam 'Introverted Characteristics' pula adalah seorang yang pendiam, suka bersendiri, tidak suka bergaul dengan orang lain, banyak berfikir, dan juga suka 'one to one communication'.

Kumpulan kedua mengandungi 'Sensing Characteristics' dan 'Intuitive Characteristics'.   'Sensing Characteristics' merupakan seorang yang berfikir mengenai masa sekarang, mempunyai ingatan yang terperinci, memperbaiki sesuatu berdasarkan pangalaman masa lalu, menyukai arahan yang jelas dan mendapat maklumat melalui lima deria yang ada pada seorang manusia. Manakala 'Intuitive Characteristics' pula merupakan seorang yang berfikir untuk masa depan, mempunyai daya imaginasi yang tinggi, cuba memahami sesuatu teori dan mengikut apa yang dijelaskan dan juga merupakan seorang yang mempunyai 'sixth sense'.

Kumpulan yang ketiga merupakan 'Thinking Characteristics' dan 'Feeling Characteristics'. 'Thinking Characteristics' merupakan seorang yang membuat penilaian secara teperinci, menganggap konflik sebagai lumrah hidup dan sering berlaku. 'Feeling Characteristics' pula merupakan seorang yang memikirkan kebajikan, bermuafakat, mementingkan perasaan dan juga nilai dan menganggap konflik adalah racun.

Kumpulan terakhir adalah 'Judging Characteristics' dan 'Perceiving Characeristics'. 'Judging Characteristics' merupakan seorang yang banyak merancang, memberikan sepenuh komitmen terhadap tugasan yang diberikan, dan juga seorang yang sistematik dan kemas. Manakala 'Perceiving Characeristics' pula adalah seorang yang menganggap tugasan sebagai suatu keseronokkan, suka menyiapkan tugasan di saat-saat akhir dan tidak suka akan komitmen.

Saya juga turut mengambil ujian ini, dan hasilnya saya mendapat item 'ISFP'. Huraian bagi individu yang mendapat 'ISFP' ialah seorang yang mengambil berat, lebih suka membuat sesuatu tindakan (action) daripada berkata-kata, seorang yang praktikal dan merupakan seorang yang 'spontanous'.

 

"Lelaki terpikat dengan wanita melalui PARAS RUPA terlebih dahulu sebelum personaliti"

&

"Wanita terpikat dengan lelaki melalui PERSONALITI terlebih dahulu sebelum paras rupa"

 

Sekian,,,, Wassalam......#


No comments:

Post a Comment