Thursday 16 September 2010

A 130854 Rafidah LJ 08

Assalamualaikum w.b.t... dan Salam Sejahtera….

Kembali bersua dalam jurnal pembelajaran yang kelapan. Di bulan yang penuh kemuliaan dan kegembiraan sempena merayakan kemenangan umat Islam setelah berjaya mengharungi cabaran berpuasa selama sebulan kita akan meneruskan topik kita pada kali ini yang bertajuk 'emosi dan motivasi'.

Emosi mempengaruhi motivasi kita. Hubungan di antara emosi dan motivasi terjadi sepanjang masa tanpa kita sedari. Perasaan akan terus berhubung dengan fizikal, lantas akan mempengaruhi tindakan kita. Justeru emosi dan motivasi mempunyai perkaitan yang rapat. Emosi terdiri daripada dua bentuk samada positif atau negatif. Tidak pernah wujud emosi yang neutral  didalam diri seseorang individu itu sebenarnya. Sebagai seorang manusia yang normal di muka bumi ini, kita sering kali menganggap bahawa apabila seseorang itu beremosi, emosinya ialah emosi yang negatif.

Motivasi pula merupakan kajian tentang tingkahlaku yang mengarahkan kita dalam melakukan sesuatu atau dalam erti kata lain motivasi bermaksud sesutatu yang memacu atau mendorong kita dalam membuat sesuatu. Terdapat empat komponen emosi iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan juga tingkahlaku berkaitan. Didalam keempat-empat komponen emosi ini, motivasi berkait rapat dengan komponen yang keempat dalam emosi iaitu komponen tingkahlaku berkaitan.

Emosi juga mendorong kita dalam melakukan sesuatu. Contohnya Ijan menyertai suatu pertandingan mengubah bunga. Sepanjang berada didalam pertandingan itu dia cuba melakukan gubahan yang tercantik, terhebat dan cuba sedaya upaya buat yang sehabis baik kerana ingin bergelar juara didalam pertandingan tersebut. Disebabkan emosinya yang meninginkan kemenangan didalam pertandingan tersebut jadi dia cuba sedaya upaya unttuk memenanginya.

Menurut Baron & Logun 1993, emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al. 1992). Contohnya, seseorang yang melakukan pembunuhan adlah bermotifkan untuk mendapatkan wang dan ada juga disebabkan oleh kebencian. Semua ini dilakukan adalah berdasarkan kepada emosi yang dihadapinya. Satu lagi contoh adalah, cinta akan memotivasikan seseorang untuk terlibat dalam tingkahlaku tertentu seperti meng̒sms', menelefon, memberi hadiah dan juga mendirikan rumahtangga.

Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong berasaskan kepada emosi. Emosi juga dibentuk oleh peraturan-peraturan yang memang tersemai dalam budaya kita. Cara kita melahirkan emosi adalah berbeza mengikut masyarakat dalam budaya barat dan juga timur. Motivasi pula adalah dimana kita memilih tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Samada kita menangani masalah tersebut atapun kita melarikan diri dari masalah yang kita hadapi.

Konsep motivasi dan teori pula adalah, motivasi merupakan faktor-faktor dalaman dan luaran dalam diri kita yang menyebabkan ia bertindak mengikut satu cara yang tertentu pada masa-masa yang tertentu. Pacuan pula adalah sesuatu yang memacu kita dalam melakukan sesuatu tindakan. Ia juga berkaitan dengan keseimbangan dalam badan kita. Insentif adalah matlamat luaran samada menarik atau menolak. Menarik adalah mendorong kita untuk melakukan sesuatu manakala menolak pula ialah menolak kita dari melakukan perkara-perkara tertentu. Emosi dan motivasi adalah berhubungan. Emosi menekankan kepada kebangkitan (arousal) manakala motivasi (action) pula menekankan kepada tindakan.

Di dalam topik emosi dan motivasi ini turut diselitkan sedikit tentang teori Abraham Maslow. Maslow telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat.  Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.  Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi.  Diikuti pula oleh keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan penyempurnaan kendiri.

 

Sempena bulan yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Sambutlah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.......

Sekian.... Wassalam,,,#


No comments:

Post a Comment