Sunday 5 September 2010

A 127559 NOR RAIHANA LJ08

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga kalian semua berada dalam keadaan yang sihat dan gembira. Jurnal pada kali ini agak berbeza berbanding dengan jurnal-jurnal yang dibuat sebelum ini antara minggu pertama hingga minggu ketujuh. Ini adalah kerana, untuk jurnal yang kelapan ini, kami mendengar penerangan yang diberikan oleh Dr Zamri hanya melalui audio yang diletakkan di blog Pengurusan Emosi. Walaupun audio ini agak lambat pergerakannya, dan sangat benyak sekatan, namun saya begitu teruja untuk mendengar kuliah mengenai tajuk pada kali ini.

Walaupun tarikh akhir bagi penghantaran jurnal ini adalah pada 17 September 2010, namun saya mengambil keputusan untuk menyiapkan jurnal ini lebih awal, sementara saya masih berada di kolej. Oleh itu, saya telah mula mendengar audio tersebut dan menyiapkan jurnal ini pada hari ahad, 05 September 2010, sehari sebelum saya pulang ke rumah pada hari isnin. Saya mengambil ruang masa yang ada bagi menyiapkan jurnal ini sebelum pulang adalah kerana beberapa sebab.

Saya menyiapkan jurnal ini lebih awal adalah kerana saya bimbang sekiranya saya terlupa untuk menyempurnakan jurnal ini di rumah memandangkan di rumah banyak kerja yang menanti saya. Selain persiapan untuk Hari Raya yang bakal tiba, saya dan keluarga juga perlu menyiapakan persiapan untuk majlis perkahwinan kakak saya yang bakal berlangsung pada 25 September nanti. Oleh itu, saya berasa wajar bagi saya untuk menyiapkan jurnal ini lebih awal,

Bagi tajuk kelapan untuk jurnal pada minggu ini ialah jurnal yang bertajuk Emosi dan Motivasi. Sebelum meneruskan jurnal pada minggu ini, moleklah kiranya saya mengemukakan terlebih dahulu maksud emosi dan motivasi. Salam kuliah pertama, kami telah didedahkan tentang definasi emosi secara meluas. emosi ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang positif dan negatif. Emosi ini merupakan satu set interaksi kompleks sama ada subjektif mahupun objektif yang melibatkan sistem neuron yang boleh mempengaruhi tindakan kita.

Motivasi pula boleh ditafsirkan sebagai kajian tentang tingkah laku yang mengarah kita dalam melakukan sesuatu. Motivasi boleh diertikan juga sebagai panduan, garis panduan atau sesuatu yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu. Seperti yang telah didedahkan pada minggu awal, emosi ini mempunyai empat komponen, iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku yang berkaitan.

Motivasi ini berkait rapat dengan komponen emosi yang keempat, iaitu tingkah laku yang berkaitan. Perkara ini adalah selaras dengan maksud motivasi yang diberikan tadi, dimana tingkah laku seseorang adalah berdasarkan motivasi yang wujud dalam diri mereka. Sebagai contoh, seseorang akan belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun apabila ingin memasuki universiti. Inilah yang dimaksudkan dengan tingkahlaku yang didorong oleh emosi yang disebabkan oleh motivasi.

Emosi dan motivasi ini merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana emosi dan motivasi ini merupakan perkara yang sangat berkait rapat. Emosi memerlukan motivasi. Sekiranya kita hanya emosi tanpa mempunyai motivasi sesuatu perkara itu mungkin akan menjadi negatif. Begitu jugalah sebaliknya. Emosi diperlukan dalam motivasi. Sebagai contoh, kita akan berusaha untuk melakukan sesuatu jika kita benar-benar menyukai perkara tersebut. 

Oleh itu jelaslah bahawa emosi dan motivasi ini merupakan dua komponen yang berkait rapat. Sebagai kesimpulannya, kita perlulah belajar untuk mencintai sesuatu agar kita sentiasa mempunyai motivasi, dorongan dan sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang dikehendaki. Dalam mencapai apa yang diingini, kejayaan dalam hidup, kejayaan dalam pelajaran, dalam pekerjaan, dalam alam rumah tangga, semua perkara tersebut perlulah diambil perhatian supaya kita sentiasa ikhlas dalam melakukan perkara yang membawa kepada kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment