Thursday 26 August 2010

SMILE Matthijs van Leeuwen | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=smile&FORM=HOTAPI#focal=d...

 

Tajuk pada perkuliahan minggu ke-7 adalah teori aras adaptasi ( Adaptation Level Theory ) dan teori proses berlawanan Solomon ( Solomon Opponent Proses Theory ). Teori asas adaptasi menyatakan bahawa kecederungan seseorang untuk menyesuaikan diri dalam suatu keadaan atau situasi dengan segera sehingga situasi itu menjadi norma. Setelah situasi itu menjadi suatu kebiasaan, suatu pengalaman baru ataupun pencapaian diperlukan. Kejayaan, kegagalan, kepuasan dan ketidakpuasan adalah relatif dengan pengalaman kami. Oleh itu, jika prestasi kami jatuh di bawah titik neutral yang ditentukan oleh pengalaman dahulu, kita akan berasa tidak puas hati dan juga kecewa. Aras adaptasi seseorang juga dikatakan sebagai fungsi aras neutral semasa individu tersebut yang bergantung kepada situasi rangsangan yang khusus. Kita secara automatikanya akan menentukan titik neutral atau titik adaptasi untuk setiap satu daripada simulasi yang pelbagai. Apabila ada rangsangan luar yang masuk, kita akan membandingkan rangsangan luar ini lebih tinggi nilainya atau lebih rendah.

Sebagai contoh, seseorang yang mendapat gaji yang rendah, katakan rm1500 sebulan , dia akan berfikir jika dia mempunyai wang yang lebih, dia dapat menggunakan wang itu dengan membayar bil-bil dan juga membeli barang keperluan. Apabila dia dapat dinaikkan pangkat dan dia mula menghasilkan gaji sebanyak rm 3000 sebulan. Pada mulanya ini merupakan pengalaman yang baru dan menarik. Selepas beberapa bulan, dia pun berupaya untuk membeli sebuah kereta baru. Apabila mendapat kereta baru, dia mulai berfikir 'jika saya mempunyai wang yang lebih saya akan berupaya untuk membeli sebuah kereta yang besar dan berjenama'..Contoh ini mengatakan bahawa semasa kami menghadapi situasi yang baru, kami akan disesuaikan dengannya sehingga situasi itu menjadi norma. Aras adaptasi ini akan sentiasa meningkat. (Man are never satisfied)

Seterusnya, teori proses berlawanan Solomon merupakan teori hasil ubahsuai daripada teori aras adaptasi yang diperkenalkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Teori ini mengatakan bahawa emosi-emosi yang kita hadapi ini sering lahir secara berpasangan di mana reaksi atau tindak balas emosi terhadap rangsangan akan diikuti oleh reaksi-reaksi emosi yang berlawanan. Beliau juga mencadangkan bahawa proses berlawanan ini menyebabkan emosi bergerak menuju ke arah keseimbangan dan bergerak ke arah titik neutral bukan sahaja untuk jangka masa panjang tetapi juga untuk jangka masa pendek. Setiap emosi akan melahirkan emosi yang bertentangan dan biasanya emosi ini bermula dengan lambat tetapi bertahan lebih lama.

 Teori ini dapat menjelaskan mengapa orang akrobat menikmati pekerjaan mereka. Pertama individu akan merasa cemas yang kuat sebelum melakukan aksi dan kemudian orang itu akan menerima reaksi yang bertentangan lega selepas aksi selesai. Teori ini juga mendalilkan bahawa pendedahan berulang terhadap stimulus akan menyebabkan sedikit reaksi awal dan reaksi menentang kuat. Hal ini mungkin menjelaskan mengapa ubat-ubatan, seperti opiat, memberikan hasil yang menurun selepas penggunaan jangka panjang namun kesan daripada menarik menjadi lebih intensif dan tidak menyenangkan.

Selain itu, emosi yang positif juga sering diiringi dengan emosi yang negative. Hal ini dapat dikaitkan dengan pengalaman saya semasa saya diberitahu oleh kakak bahawa ibu bapa saya akan datang ke kuala lumpur pada minggu ini. Pada mulanya saya berasa sangat gembira sebab ini merupakan perjumpaan kali pertama dengan ibu bapa setelah perpisahan selama 2 bulan. Tetapi emosi ini turut disertai dengan emosi negatif, saya mula berasa panik kerana saya masih mempunyai banyak assignment yang belum siap, saya tidak dapat keluar dengan ibu bapa saya jika assignment ini tidak dapat dihabiskan. Pengalaman ini jelas menunjukkan bahawa setiap emosi dilahirkan secara berpasangan dan biasanya emosi positif ini akan diikuti dengan emosi negative.

 

No comments:

Post a Comment