Friday 6 August 2010

OON CHIA SOON A133542 LJ03

            Pada hari 4 Ogos 2010, kuliah pengurusan emosi telah saya sertai seperti minggu yang lepas. Perasaan atau emosi pada ketika itu juga sama seperti dulu iaitu mengharapkan dapat belajar sesuatu yang baru dan memanfaatkan emosi diri sendiri atau masa hadapan saya. Tajuk pada hari itu ialah Positive Emotion : Happiness. Sebelum pensyarah memulakan kuliah, beliau menberi kami satu kuiz yang berkaitan kuliah minggu lepas. Suasana ketika itu adalah tidak tenang. Hal ini disebabkan kebanyakan daripada kami tidak bersedia untuk menghadapi kuiz itu. Akan tetapi, nasib baiknya, kuiz ini dibenarkan berbincang antara rakan. Oleh itu, kuiz dijalankan dalam suasana yang bising dan penuh dengan suara perbincangan.

            Apabila pensyarah memulakan slide yang kedua, saya tiba-tiba berasa suatu keselesaan kerana saya tidak pernah anggap perkataan mandarin akan wujud dalam kuliah saya. Pada perasaan atau pendapat saya, setiap perkataan dicipta sememangnya menbawa maksudnya. Sebagai contoh, perkataan yang wujud dalam slide yang kedua ialah Happiness dan , kedua-dua perkataan ini menberi saya perasaan yang gembira. Kegembiraan merupakan perkara yang baik dan perkara ini haruslah dilakukan dengan senyuman yang manis. Hal sedemikian disebabkan, kegembiraan akan dirasai oleh orang yang berdekat dengan orang yang berasa gembira. Dengan ini, ramai orang akan berada dalam situasi yang penuh dengan senyuman maka tekanan akan hilang, emosi yang buruk juga akan diperbaiki.

            Kegembiraan dan senyuman yang manis bukan saja dapat menyebabkan orang yang sekitaran berasa gembira, malah hubungan antara satu sama lain akan menjadi lebih erat. Cuba kita bayangkan, adakah sesiapa ingin bersahabat dengan orang yang sentiasa bermuka masam? Sebaliknya, orang yang sentiasa menbawa senyuman manis biasanya menpunyai banyak rakan kerana orang yang bergaul dengannya juga akan terasa gembira. Selain itu, kegembiraan atau senyuman manis juga menbawa faedah kepada kerjaya-kerjaya dalam sekolah mahupun masyarakat. Keadaan yang penuh dengan kegembiraan sentiasa memangkinkan proses kerja-kerja yang memerlukan tenaga. Jika semua orang dapat bekerja dalam keadaan yang gembira, tugasan pasti akan disiapkan dengan cepat dan berkesan kerana setiap orang akan menghargai masa kita bekerjasama dalam suasana yang gembira. Tambahan pula, senyuman manis akan menghilangkan segala tekanan yang datang dari kerjaya-kerjaya. Sebagai contoh situasi begini, apabila suami pulang balik dari kerjaya yang begitu susah dan bertekanan, isteri menyambut kepulangan suami dengan senyuman yang manis, suami itu akan berasa amat bahagia sekali dan segala tekanan akan hilang. Semua titik peluh yang ditaruhkan akan berasa bernilai dan suami akan sanggup berkorban untuk keluarga kerana usaha-usaha suami telah dihargai oleh isteri.

            Berdasarkan kajian-kajian saintis, kegembiraan dapat menbawa manfaat kepada kesihatan tubuh badan secara tidak langsung. Para saintis mendapati gembira atau senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu juga merangsang aktiviti immunisasi badan. Selain itu, doctor-doktor juga sentiasa menasihati pesakit-pesakit supaya mereka senantiasa menbawa perasaan gembira dan terbuka agar unsur-unsur negatif di dalam badan akan terus hilang. Tambahan pula, perasaan gembira juga akan menbangkitkan badan pesakit untuk terus bertahan dengan penyakit-penyakit. Jika pesakit tersebut sentiasa berasa sedih dan tidak bersemangat, badannya akan terus menjadi teruk dan akhirnya immunisasi badan akan runtuh dan tidak dapat lagi bertentang dengan penyakit.

            Akhirnya, marilah kita bersama-sama menbawa senyuman manis dan sentiasa berasa gembira. Dengan ini, harapkan dunia menjadi lebih baik dan lagi harmonis.

No comments:

Post a Comment