Friday 20 August 2010

Tajuk kuliah pada minggu ini ialah Teori Fisiologikal, Kognitif dan juga Psikoanalitik. Ekspresi emosi terbahagi kepada empat komponen iaitu perasaan subjektif, penilaian kognitif, secara fisiologikal dan juga pergerakan tubuh badan. Physiologically Oriented Theories merupakan teori yang percaya bahawa emosi lahir daripada peranan minda dan juga sistem saraf. Terdapat beberapa teori dibawah pemahaman teori ini. Antara yang major termasuklah James-Lang, Cannon Bard, dan juga approaches Phychobiological.

Teori berkenaan fisiologikal James-Lang merupakan teori yang tertua sekali. Teori ini diilhamkan oleh William James dan disokong oleh Carl Lange (1887). Menurut hipotesis yang dikeluarkan oleh William James, reaksi fisiologikal terhadap sesuatu rangsangan akan menyebabkan tercetusnya emosi. Mengikut teori rasa yang biasa, selepas seseorang individu menghadapi sesuatu situasi, emosi akan lahir dan seterusnya akan menyebabkan reaksi tubuh berlaku. Namun begitu menurut teori James-Lang, apabila berhadapan dengan sesuatu situasi, reaksi tubuh akan terhasil terlebih dahulu dan seterusnya akan menjana emosi. Sebagai contoh, apabila seseorang berhadapan dengan situasi yang seram, individu tersebut akan menggigil ketakutan terlebih dahulu sebelum emosi takut lahir.

Teori yang kedua ialah teori yang diasaskan oleh Cannon-Bard. Menurut theorist ini, sistem organ bertindak terlalu perlahan manakala emosi yang akan datang dengan cepat. Dari segi respon fisiologikal pula, beliau berpendapat bahawa organ yang ada tidak dapat melahirkan emosi yang pelbagai. Tiada kawalan emosi. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan oleh CBT. Pertama, rangsangan dalaman mahupun luaran akan dikesan oleh sistem saraf, dihantar kepada otak dan akhirnya emosi akan dapat dirasa. Emosi ini terbahagi kepada dua keadaan. Individu akan memberi respon kepada sistem saraf spesifik dan mengalami emosi yang sepatutnya secara serentak. Seseorang juga hanya mampu merasa emosi apabila berhadapan dengan situasi.

Teori kognitif juga telah dikemukakan oleh beberapa teorist. Melalui Teori Penilaian Kognitif Schacter, beliau membincangkan tentang peranan penilaian kognitif dalam menentukan emosi yang dirasakan. Terdapat individu yang silap dalam sangkaan bahawa emosi berasal disebabkan oleh satu punca, padahal berpunca daripada punca yang lain. Mengikut penilaian kognitif Schacter, beliau turut menerima pakai teori JBT tetapi mengekalkan bahawa penilaian kognitif berkaitan dengan peranan minda. Tafsiran terhadap tindakan fisiologikal adalah berasaskan kepada tanda-tanda dan apa yang telah berlaku pada masa lepas. Tanggapan seseorang terhadap rangsangan akan menyebabkan perasaan itu dilabelkan. Dalam kuliah kali ini juga, kami turut didedahkan kepada Lazaru's Cognitive Appraisal.

Teori Psikoanalitik merupakan teori yang terakhir dalam sesi kuliah kali ini. Teori ini diasaskan oleh Sigmund Freud. Menurut pandangan beliau, emosi merupakan proses keadaan tidak sedar tetapi mempengaruhi. Penekanan lebih diberikan kepada emosi yang negatif.

Sebagai kesimpulan, kuliah pada kali ini agak sukar untuk difahami. Penghasilan jurnal pembelajaran pada kali ini memerlukan pembacaan nota yang berulang kali untuk memahami lebih dalam tentang teori-teori yang telah dikemukakan. Sekian.

berulang kali untuk memahami lebih dalam tentang teori-teori yang telah dikemukakan. Sekian.


No comments:

Post a Comment