Thursday 5 August 2010

Fw: a133767 adda ljo3



----- Forwarded Message ----
From: tuan nurul shuhadda tuan yusof <hulkgirl91@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.jurnal_emosi@blogger.com
Cc: tugasan2253@gmail.com
Sent: Thu, August 5, 2010 11:05:38 AM
Subject: a133767 adda ljo3

          alhamdulliah sudah minggu ketiga  saya mengikuti kursus pengurusan emosi. dengan mengikuti kursus ini saya telah banyak didedahkan dengan komponen-komponen emosi, emosi asas, teori-teori tentang emosi asas, emosi positif yang baru sahaja dikuliahkan pada minggu ini. sepanjang mengikuti kursus ini, saya gembira kerana dapat mendalami apa itu sebenarnya emosi dan maksudnya. sekarang saya telah mengaplikasikannya dalam kehidupan saya. contohnya bila menghadapi masalah saya lebih suka untuk berkongsi masalah tersebut dengan rakan supaya saya tidak rasa tertekan disebabkan oleh masalah berikut. saya juga berusaha untuk cuba menenangkan diri apabila berhadapan dengan masalah dan cuba untuk menunjukkan ketenangan melalui expresi wajah dengan sentiasa senyum. seperti yang kita tahu wajah memainkan peranan yang sangat penting kerana wajah juga melambangkan peribadi seseorang. senyum adalah senjata yang boleh mengatasi segala masalah yang dihadapi. emosi haruslah diatasi supaya kita tidak melakukan perkara yang diluar jangkaan kita. oleh itu kita haruslah belajar tentang bagaimana untuk menguruskan emosi dengan baik. wajah boleh menggambarkan emosi bukannya anggota yang lain.
 
           pada minggu ketiga ini, saya telah didedahkan tentang emosi positif iaitu gembira, bahagia dan kasih sayang. bagi saya saat yang paling gembira dan bahagia adalah sewaktu bersama keluarga yang trecinta. saya jarang berada di rumah di sebabkan saya tinggal di asrama dari tingkatan satu hinggalah tingkatan lima. masa bersama keluarga tidak pernah cukur kerana saya hanya berpeluang pulang ke rumah sebilan sekali. saat yang paling menggembirakan adalah sewaktu sampai di pintu pagar rumah dan melihat wajah ayah dan bonda yang tercinta. apabila bersama mereka ada sahaja cerita yang ingin dikongsi sepanjang berada diasrama tidak kiralah dari segi akademik mahupun aktiviti yang telah berlaku sepanjang mengikuti pelajaran di sekolah, apabila berkongsi cerita ada sahaja gelak tawa kami sekeluarga. apabila tamat sesi persekolahan, saya banyak meluangkan masa bersama keluarga contohnya melancong bersama keluarga dan lain-lain, tapi keadaan kembali sunyi apabila saya telah ditaqwarkan untuk mengikuti program matrikulasi di kedah, saat yang paling menyedihkan adalah harus berjauhan dengan keluarga buay yang seterusnya. tapi saya harus mengakui bahawa perpisahan adalah sesutu yang amat menyedihkan dan saya harus tabah kerana saya harus berjuang untuk membalas segala pengorbanan yang telah dicurahkan kepada saya semata-mata ingin melihat saya berjaya, dan kebahagian tetap tidak akan hilang sekiranya kita pandai untuk menguskan emosi kita dan sentiasa senyum untuk mengatasi masalah yang sedang kita hadapi.
 
        kebahagiaan adalah satu emosi atau karakternya yang afektif yang digambarkan melalui keserpmokan, penghargaan dan pengorbanan. ini adalah disebabkan oleh kepentingan universal yang ditempatkan oleh manusia dalam kebahagiaan. selain itu terdapat beberapa senarai fisiologikal iaitu yang dinyatakan oleh aristotle iaitu kegembiraan adalah sesuatu kejayaan yang dicari dalam kebahagiaan. bagi plato pula menyatakan bahawa sumber kebahagiaan adalah sesuatu perkara yang gaik dalam kehidupan. epicurean pula mentafsir bahawa kebahagiaan adalah sesuatu yang sangat maksima dan darinya membawa sedikit kesakitan, dan yang terakhir pula adalah kebahagiaan adalah pengambilam dari segala tingkahlaku. ini telah dinyatakan oleh mills.
 
     selain itu saya juga telah didedahkan dengan pembelajaran tentang kebahagiaan iaitu yang merentasi budaya pembelajaran adalah menunjukkan bahawa kegembiraan dalah berbeza dari satu negara dengan negara yang lain(veenhoven 1995). diener et al.1995 menyatakan bahawa kurangnya kegemgiraan dalam diri bagi masyarakat asia.
 
       faktor kegembiraan boleh terbahagi kepada dua iaitu jangka masa yang panjang dan jangka masa yang pendek. bagi jangka masa yang panjang adalah iaitu dari hari ke hari, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun contoh yang kita dapat lihat adalah dari kecil hinggalah sekarang. bagi jangka masa yang pendek ialah berdasarkan kepada perkara yng baru sahaja berlaku. contohnya baru sahaja mendapat cahayamata atau gagal dalam peperiksaan. faktor yang menyebabkan kebahagiaan adalah kesihatan, persahabatan, kerja dan rekreasi, faktor penghayatan agama juga termasuk dalam faktor yang boleh menyebabkan kebahagiaan.
 
     dan yang terakhir adalah kasih sayang. kasih merupakan lebih daripada maksudnya daripada suka. suka boleh menjadi kasih apabila memunyai perkaitan, perhatiaan dan kepercayan. antara tiga faktor kasih adalah comitmen, intimiti dan perhatian.sekian
 
  


No comments:

Post a Comment