Friday 20 August 2010

Fw: A132202 Aeyshah Abang Kassim LJ05



----- Forwarded Message ----
From: Eycah Kassim <eycah91cutez@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com
Cc: tigasan2253@yahoo.com
Sent: Fri, August 20, 2010 9:06:47 PM
Subject: A132202 Aeyshah Abang Kassim LJ05

  Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada  hadirin sekalian yang membaca blog ZT2253.Pada 18 Ogos 2010,bersamaaan  8 Ramadhan,kelas pengurusan emosi berjalan dengan lancar.Pada hari tersebut,kami didedahkan pelbagai teori-teori yang  menarik dan mempunyai keunikan tersendirinya.Saya bersyukur kerana mengikuti kursus ini kerana melalui kursus ini,pelbagai maklumat yang saya perolehi mengenai emosi.Terima kasih juga kepada Encik Zamri yang banyakmemberi tunjuk ajar kepada kami.Pada hari tersebut kami didedahkan dengan Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik.Ia amat menarik kerana mempunyai banyak teori dan ciri-ciri yang tersendiri.

  Terdapat tiga teori yang berkaitan dengan teori ini iaitu Teori James-Lang, Teori Cannon- Bard dan Teori Psikobiologikal. Teori James-Lang  ini merupakan teori  psikologi yang tertua iaitu  dari William James dan disokong oleh Carl Lang.. Teori ini mengatakan situasi berlaku, reaksi tubuh berlaku dan kemudian emosi. Sebagai contoh,apabila saya ternampak monyet(situasi),saya berlari(reaksi tubuh),kerana takut kepada monyet itu(emosi).Begitulah turutannya untuk James-Lang. Teori ini  amat berbeza dengan teori yang biasa dimana dimulai  dengan  situasi, emosi dan barulah reaksi tubuh.

Namun,Teori Cannon-Bard berlainan dengan Teori James-Lang. Cannon-Bard mengatakan bahawa organ dalaman lambat memberi emosi melalui rangsangan. Degupan jantung, tekanan darah  langsung tidak member petunjuk kepada emosi. Contohnya apabila saya takut akan ketinggian dan melalui pencakar langit seperti Petronas Twin Tour(PTT),dan apabila saya melaluinya, saya memberanikan diri untuk berada disitu walaupun saya berasa gayat. Seterusnya, penerimaan takut itu merangsang seseorang itu untuk takut pada 'tinggi' tadi. Contoh lain seperti saya takut akan anjing. Apabila saya terlihat anjing, saya akan takut kerana khuatir dia akan mengigit saya dan saya melarikan diri dari anjing tersebut. Teori psikobiologikal diperkembangkan oleh Jack Panksepp. Beliau menyatakan bahawa terdapat empat emosi berani, panik, bengang, dan mengagak adalah sistem arahan di dalam otak. Keempat-empat emosi ini bertndak balas untuk menghasilkan emosi yang lain.

            Seterusnya,Teori kognitif terbahagi kepada empat bahagian. Pertama ialah Schacter's Cognitive labeling dimana beliau setuju dengan Teori James-Lang. Walaubagaimanapun, beliau telah memperkenalkan label pemikiran. Teori ini agak berlainan dengan teori yang lain kerana turutannya bermula dengan situasi, kemudian reaksi tubuh berserta penilaian kognitif dan akhirnya emosi. Rangsangan seperti jantung berdegup kencang adalah lebih menunjukkan kepada emosi yang negatif berbanding emosi positif.  Kedua ialah Misattribution dimana Schacter CLT mencadangkan sebahagian emosi bukanlah terus daripada rangsangan emosi tetapi datang dengan sendiri. Contohya seperti wanita yang sedang PMS dimana ia datang seminggu sebelum datang bulan. Ketika ini, wanita akan berasa tertekan dan kerap marah kerana hormonnya tidak stabil. Emosi marah muncul kerana PMS dan bukan kerana sesuatu sebab. Oleh itu, waktu itu penderaan dan keganasan boleh timbul. Ketiga ialah pemindahan kegembiraan. Dolf Zillman mengatakan kebangkitan satu sumber boleh menjejaskan pemikiran dan reaksi yang tidak berkaitan. Contohya seperti saya penat berlari kerana telah lewat ke kelas. Sebaik sahaja sampai di kuliah, saya dimarahi oleh pensyarah ketika saya tengah penat.

            Di dalam Cognitive appraisal mengatakan emosi terdapat tiga komponen iaitu cognitive appraisal, action impulses, dan patterned somatic reaction. Cognitive appraisal terbahagi kepada dua iaitu primary dan secondary. Action impulses pula ialah berfikir sebelum melakukan sesuatu. Contohya kita terlihat satu ragutan. Jadi, terus terfikir samada mahu mengejar peragut itu ataupun meminta pertolongan dari orang lain. Seterusnya, patterned somatic reaction iaitu lebih kurang sama maknanya dengan reaksi tubuh. Jika kita takut, kita akan berpeluh dan jika kita suka, kita akan mengukir senyuman.

             Kesimpulannya,pelbagai teori yang terdapat dalam pengurusan emosi ini yang dapat kami pelajari.

              Sekian.

No comments:

Post a Comment