Friday 13 August 2010

Akif Basri A126895 LJ04

Salam Dr. Zamri,

 

            Saya tidak dapat hadir ke kelas pada 11 Ogos 2010 kerana hal keluarga dan terpaksa pulang ke kampung dengan segera. Namun Alhamdulillah saya telah diberi kesempatan membaca nota kuliah mengenai Emosi Negatif melalui blog Dr. Di bawah tajuk emosi negatif ini, penekanan diberikan kepada 4 emosi tertentu iaitu takut, malu, sedih dan marah. Saya berpendapat setiap emosi ini sangat subjektif kerana ada kalanya emosi-emosi ini juga boleh dikategorikan sebagai emosi yang membawa kesan positif.

 

            Saya pernah terdengar satu perumpamaan yang mengatakan 'fear leads to anger, anger leads to hate and hate leads to suffering'. Dengan mempelajari tajuk ini saya dapat memahami perumpamaan ini dengan lebih mendalam. Takut ialah tindakbalas emosi terhadap bahaya. Takut juga biasanya disebabkan dengan insiden yang pernah berlaku kepada seseorang  yang membuatkannya trauma. Contohnya, pemain bola sepak Belanda, Dennis Bergkamp, takut kepada ketinggian dan tidak akan menaiki kapal terbang ke mana pun walaupun kerjayanya dalam bidang bola sepak memerlukan ketabahan untuk  perjalanan jauh hampir setiap minggu. Sebabnya adalah kerana dia pernah terjatuh daripada tempat tinggi ketika masih kecil. Ramai juga rakan saya yang takutkan kucing kerana pernah dicakar ketika masih kecil, walaupun pada hakikatnya kucing bukanlah satu haiwan yang buas. Ketakutan mampu menyebabkan manusia melakukan sesuatu di luar kehendaknya. Contohnya, pelajar yang dibuli di sekolah sanggup melakukan apa sahaja yang diminta oleh si pembuli kerana takut dipukul atau dikasari. Walaubagaimanapun, ketakutan boleh juga membawa kepada kesan positif. Pelajar yang takut gagal dalam pelajaran akan belajar bersungguh-sungguh agar tidak perlu berdepan dengan ketakutannya untuk gagal.

 

            Emosi malu merupakan sesuatu yang baik dan diperlukan oleh semua manusia, tetapi malu yang berlebihan dianggap sebagai emosi negatif. Malu yang berlebihan akan menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Namun pembahagian antara malu personal dan malu professional menarik perhatian saya. Saya tidak pernah terfikir sebelum ini malu boleh dibahagikan kepada dua kategori. Malu personal disebabkan oleh perhatian yang tidak dikehendaki, seperti ditangkap melakukan kesalahan atau gagal dalam sesuatu perkara. Namun begitu, perasaan malu perlu ada pada setiap individu, kerana tanpa perasaan malu kehidupan akan dibanjiri kezaliman dan akan musnah.

 

            Sekian sahaja jurnal saya pada kali ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.

 

           

No comments:

Post a Comment