Friday 13 August 2010

adda a133767 LJO4

           Sudah minggu ketiga saya nengikuti kursus pengurusan emosi, banyak benda yang saya sudah pelajari tentang emosi. Seperta minggu-minggu  yang sebelum inisaya telah didedahkan dengan pelbagai cara untuk menguruskan emosi bermula daripada apa itu emosi, primary emosi dan teore-teori yang telah dinyatakan oleh Darwin, Plutchic, Tomkin, Izard, dan tentang pembelajarannya. Pada minggu lepas saya telah didedahkan dengan emosi positif yang terdiri daripada gembira, bahagia dan kasih.

          Pada minggu ini saya telah didedahkan dengan emosi yang negative pula, contoh-contoh emosi negative ialah takut, malu, sedih dam marah. Yang pertamanya ialah takut. Takut merupakan satu tindak balas emosi apabila berdepan dengan bahaya ataupon sebarang cabaran, contohnya, adaah apabila ,embuat satu kesalahan dan takut untuk menerima hukuman terhadap kesalahan tersebut, contoh lain adalah takut untuk menduduki peperiksaan,takut berdepan dengan realiti hidup dan takut apabila berdepan denagan sesuatu yang bahaya contohnya dikejar anjing,takut adalah satu mekanisma apabila berhadapan  daegan sesuatu yang negatif. Takut juga berkaitan dengan beberapa perkembangan emosi termasuk risau dan sebagainya. Ketika saya belajar di sekolah dahulu, asrama di sekolah saya sering berlakunya kes hysteria dalam kalangan prlajar perempuan, boleh di katakana hamper setiap tahun kejadian ini berlaku. Kejadian yang paling teruk adalah sewaktu saya berada di tingkatan tiga kerana kami dikehendaki untuk menelefon ibubaoa masing-masing untuk meminta supaya diambil pulang kerumah krana keadaan di asrama tidak dapat dikawal, ramai pelajar-pelajar perempuan yang pengsan dan meracau. Sebab-sebab yang boleh menyebabkan ketakutan adalah pernah mengalami kejadian yang tidak di ingini sebelum ini contohnya trauma akibat daripada kemalangan dan berdepan dengan situasi yang cemas. Takut selalunya berkait rapat dengan keadaan fizikal ataupun objek. Parasaan takut juga boleh menyebabkan kita hilang kawalan.

         Seterusnya adalah malu. Malu merupakan sesuatu emosi yang tidak menyenangkan yang telah dilalui dan telah disaksikan oleh orang lain. Selalunya malu tersebut pasti berkaitan dengan maruah tapi ia juga bergantung pada situasi malu tersebut. Pengalaman yang paling memelukan yang pernah saya lalui adalah sewaktu perhimpunan di sekolah tiga tahun lepas. Saya telah mendapat tempat kedua dalam pertanbingan public speaking dan dikendaki untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah. A[abila berjalan menaiki tangga saya telah terpijak kain lalu terjatuh di hadapan umum. Itulah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sehingga ke hari ini kerana kejadian tersebut aamt memalukan saya. Terdapat dua jenis malu iaitu malu personal dan malu professional. Malu personal adalah disebabkan oleh malu yang berkaitan dengan diri contohnya di tangkap kerana menipu, membuat sesuatu kesalahan dan kalah teruk dalam sesuatu pertandingan. Malu personal biasanya disertai dengan combinasi tersipu-sipu dan lain-lain. Bagi malu professional pula adalah berkaitan dengan kerja dan komitmen dalam sesuatu pekerjaan, contohnya adalah tidak dapat menjalan tugas dengan baik kerana tidak member komitmen terhadap perkerjaan tersebut.

           Sedih juga termasik dalam emosi yang negatif. Sedih adalah satu perasaan yang menyebabkan kita rasa kehilangan. Bila kita berasa sedih kita selalunya akan mengasingkan diri kita dengan rakan-rakan,contoh-contoh sedih adalah kehilangan orang yang tersayang,gagal dalam peperiksaan, di marahi oleh kedua ibubapa dan lain-lain. Tanda-tanda sedih adalah tunduk, muka tidak bermaya, tidak gembira dan sebagainya.

          Yang terakhir adalah marah. Marah merupakan  tindak balas psychopysiologikal yang terasa sakit, menderita dan tertekan. Kemarahan juga mungkin dilahirkan secara aktif mahupun pasif. Marah juga boleh terjadi jika kita rasa tidak diberi perhatian. Selain itu marah juga boleh berpanjangan jika kita mengetahui bahawa seseorang tersebut mempunyai notis yang tersendiri contohnya ingin menjatuhkan maruah kita dan tikam kita dari belakang. Cara-cara untuk mengatasi kemarahan adalah tenangkan diri. Jika di iokutkan rasa marah kita akan berfikir di luar kawalan dan menyebabkan sesuatu yang tidak di ingini berlaku tanpa kiti sedar. Islam menyatakan bahawa marah itu adalah satu kelemahan. Langkah-langkah yang perlu di ambil adalah menilai bahawa situasi ini sesuai untuk diluahkan ataupun tidak. Jika rasa ingin meluahkan masalah tersebut, gunakan pendekatan secara langsung ataupun tidak langsung. Selepas bertidak, imbas kembali apa yang telah di alami untuk tujuan memperbaiki diri.


No comments:

Post a Comment