Friday 27 August 2010

A135584 Qurratu Aini LJ06


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada kuliyah kali ini, pensyarah telah membincangkan dua tajuk yang cukup unik iaitu Adaptation Level Theory dan Solomon Opponent Process Theory. Kedua-dua tajuk ini berkisar aras emosi seseorang secara amnya. Bagi Adaptation Level Theory , konsep asanya ialah manusia bertindak balas kepada stimulasi yang baru atau keadaan yang baru. Manakala Solomon Opponent Process Theory menyatakan keseimbangan emosi terhadap neutral point tidak hanya pada jangka masa panjang tetapi juga pada jangka masa pendek. 

Solomon Theory juga berpendapat setiap emosi yang hadir mempunyai emosi yang berlawanan. Contohnya, seseorang yang tidak pernah melakukan aktiviti ekstrem seperti memanjat gunung atau sebagainya berasa takut tapi dalam masa yang sama sangat teruja. Ini sering kali dilihat pada rancangan-rancangan TV seperti Fear Factor, Whack It dan yang terbaru dan yang paling gila saya rasa rancangan Nitro Circus!Mereka melakukan aktiviti yang tidak tercapai dek akal seperti melompat dari atap ke atap bangunan  setinggi 125 m dengan menggunakan motosikal. Bayangkan jika tersilap  langkah , maut menemui mereka. Pada mulanya, mereka agak takut tetapi selepas berjaya 'mendarat', mereka sangat teruja dan mahu melakukannya sekali lagi. Gila bukan??? Tetapi itulah uniknya emosi manusia. Begitu dinamik sehingga boleh mempengaruhi emosi negatif iaitu takut tadi.

Berbalik kepada Adaptation Level Theory iaitu  berkenaan peningkatan emosi seseorang mengenai perkara-perkara yang telah terbiasa untuknya. Di sini, saya mempunyai dua pandangan terhadap teori ini iaitu dari sudut positif dan negatif. 

Adaptation Level (AL)adalah suatu titik neutral. Hanya apabila terdapat satu peningkatan dalam hidup kita, AL itu akan meningkat. Dari sudut positifnya, level penyesuaian diri ini kadangkala membantu kita untuk menjadi yang lebih baik. Contohnya, jika kita sudah terbiasa hidup susah, akan timbul satu emosi atau perasaan yang seterusnya bertindak balas untuk memajukan diri dan juga keluarga. Saya mengambil kisah dari usahawan-usahawan Malaysia yang ramai dari kalangan mereka  bermula dari bawah. Dari berniaga di tepi-tepi jalan lalu berniaga di kedai-kadai bangunan dan akhirnya berjaya membina empayar perniagaan sediri dengan penubuhan syarikat. Dan kadangkala mereka yang bermula dari bawah, AL nya lebih meningkat dalam erti kata lain, lebih bahagia dan berpuas hati dengan pencapaian mereka  berbanding mereka yang sudah mempunyai segalanya dari lahir lagi ( yang semestinya AL mereka di titik neutral kerana sudah terbiasa dengan kekayaan).

Dari sisi gelapnya pula, bagi pendapat saya AL ini dapat memusnahkan seseorang  jika tidak pandai mengawalnya dan tidak bertindak balas mengikut apa yang sepatutnya. Terdapat dua contoh di sini, sekiranya sesorang sudah terbiasa dengan kekayaan, lalu ditimpa kesusahan iaitu hilang harta dan kemewahan. Sudah tentu ia akan merasa kecewa dan tertekan. Tetapi sejauh mana dia dapat mengatasi perasaan tersebut?Jika berputus asa dan terus tertekan, maka kebiasaan itulah yang akan membawa kemusnahan.  Saya ambil pekerja sebagai contoh yang kedua. Sekiranya titik neutral itu sudah terbiasa dengan gaji sekian-sekian atau bonus sekian-sekian, perasaan gembira atau berpuas hati hanya akan timbul sekiranya gaji atau bonus dinaikkan. Betul bukan? Sekiranya gaji yang dinaikkan itu seiring dengan produktiviti dan kualliti yang dihasilkan tentulah bos pun tidak banyak hal untuk menaikkan gaji pekerja.  Tetapi kalau pekerja itu culas, lambat dan tidak boleh diharap, majikan pun akan berfikir sepuluh kali untuk menaikkan gaji.  Maka ketika itu,pekerja akan mogok dan seterusnya merugikan semua pihak(Ini dialami oleh rakan abang saya). Di sini yang saya katakan AL boleh membawa kemusnahan sekiranya tidak ada pendekatan yang bijak untuk bertindak balas dengannya.  

Akhir kata dari saya,setiap di dunia terdapat  dua pilihan, yang baik dan yang buruk. Terserah kepada setiap inidividu itu untuk membuat keputusan. Dan semoga dengan amalan di bulan Ramadhan ini, menjadikan kita insan yang lebih berkualiti untuk Negara dan agama.



No comments:

Post a Comment