Thursday 19 August 2010

A135584 Qurratu Aini LJ05

ple-style-span" face="'bookman old style', 'new york', times, serif">
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedar tak sedar sudah lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa dan tidak terasa waktu semakin pantas meninggalkan kita. Berbincang mengenai tajuk kuliyah pada minggu ini adalah berkenaan Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik. 

Terlalu banyak teori dibincangkan mengenai emosi seseorang. Bagaimana ia berfungsi, cara ia diransang dan factor-faktor ransangan. Banyak teori menyimpulkan bahawa emosi mempunyai beberapa komponen iaitu:
Subjective feelings
Cognitive appraisal
Physiological arousal
Motor expression
Motivational tendencies

Teori-teori ini juga dibezakan mengikut:
Physiological basis (physiological theories)
Role of cognition (cognitive theories)
Role of the unconscious (psychoanalytic theories)

Teori yang pertama iaitu Physiologically Oriented Theories . Teori ini menyatakan bahawa emosi adalah semata-mata  produk otak dan system nerves dan ransangan dari tindakbalas fisiologikal. Ia terbahagi kepada tiga iaitu James-Lange Theories(JLT), Cannon-Bard Theory(CBT) dan Psychobiologic Approaches(PBT). JLT mencadangkan bahawa situasi meransang reaksi tubuh lalu mempengaruhi emosi tetapi CBT tidak bersetuju lalu merangka teorinya iaitu situasi meransang emosi bukan reaksi tubuh. Pada saya, saya bersetuju dengan CBT kerana dengan emosilah manusia bertindak. Contohnya, mengikut pengalaman saya sewaktu kecil. Ketika itu, saya berjalan dengan ibu di Jalan Chow Kit dan dalam beberapa ketika, sedang saya asyik melihat orang ramai, saya mendapati ibu tiada di sisi. Ketika itu, saya berasa sangat takut dan panik. Sambil menangis saya berlari mencari ibu saya.Nasib menyebelahi, selepas hampir 30 minit saya menjumpai ibu semula. Habuannya, saya dimarahi kerana terlalu leka. 

Kedua, Cognitive Theories iaitu fikiran atau kognitif adalah peranan utama dalam menjana dan mencetus emosi seterusnya tindakan.  Di sini, terdapat 4 idea yang dikemukakan iaitu:
Schahter's cognitive labelling theory: Ia adalah tindakbalas fisiologikal yang dipengaruhi oleh situasi secara kognitif. Schahter menyokong teori James-Lange iaitu situasi mempengaruhi reaksi tubuh tetapi memperkenalkan penilaian kognitif mewakili tindak balas fisiologikal. Sebagai contoh, situasi bahaya meransang emosi untuk  menilai perasaan yang mewakili emosi. Malangnya CLT dikritik kerana anggapannya mengenai semua emosi melibatkan neurochemical yang sama dibuktikan salah dan degupan jantung yang dinyatakan oleh Schaters sebagai rekasi tubuh tidak menyeluruh kerana ia hanya melibatkan emosi negative sahaja.
Misattribution: Kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain. Ia bukanlah diransang secara lansung yang dihasilkan melalui parasaan fisiologikal. Misattribution juga boleh menyebabkan konflik dan keganasan. Contohnya, kemarahan boleh menyebabkan stress dan mungkin melepaskannya dengan cara yang salah.  
Transfer of excitement:  Perasaan yang tercetus dari satu punca mempengaruhi fikiran dan tindak balas. Terdapat dua kajian yang berkaitan iaitu "Crossing the dangerous bridge" dan "Riding an exercise bike". Kajian mendapati perasaan atau emosi yang didapati ketika melakukan dua aktiviti ini meransang dan mempengaruhi emosi seseorang berbanding orang yang tidak melakukannya.
Cognitive appraisal theories: Peranan factor-faktor kognitif (contohnya, pemikiran, pembelajaran, memori dan pandangan ) dalam mengalami emosi. Teori ini dihasilkan oleh Richard Lazarus dan Magda Arnold. Lazarus mempunyai 3 komponen iaitu: Cognitive appraisal, Action impulses dan  Patterned somatic ( bodily ) reaction. Mankala Arnold mencadangkan bahawa kita ( secara automatic ) menilai setiap keadaan mengikut relevannya ia kepada kita. Jika perasaan itu wujud kerana terikat dengan satu-satu tindakan, ia dipanggil emosi. Memori dan pengalaman pula membantu dalam menjana penilaian itu. Contohnya, mangsa ragut akan lebih berwaspada terhadap dirinya dan keadaan sekelilingnya.

Ketiga dan akhir sekali, Psycoanaliytic Theories iaitu lebih menekankan pengalaman emosi berdasarkan proses bawah sedar (unconscious)- emosi atau memori lalu yang mempengaruhi kelakuan kita tanpa kita sedar. Teori ini lebih menekankan emosi-emosi negative contohnya bimbang dan marah yang disebabkan berlakunya konflik di bawah paras sedar. Proses ini dikatakan merupakan sumber yang sangat kuat kepada emosi dan motivasi.

Banyak bukan teori-teori yang dikaji oleh orang Barat.? Namun, hanya diri seseorang itu sahaja dapat mengawal dan menentukan emosi dan tindakannya. Saya akhiri anda dengan kata-kata ini.
"All life is an experiment. The more experiments you make the better."

No comments:

Post a Comment