Saturday 7 August 2010

A135345 Yuvarani Nair A/P Sukumaran LJ01

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Prof Ahmad Zamri Bin Mansor.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof kerana sudi meluluskan rayuan saya untuk menyertai kursus Pengurusan Emosi ini.

Mengulas kuliah minggu ini yang bertemakan Emosi Positif. Kuliah ini lebih menfokuskan kepada tajuk Happiness ataupun dikenali sebagai kegembiraan. Secara umumnya, kegembiraan didefinasikan sebagai keadaan emosi yang mempercirikan perasaan keseronokan serta kepuasan, dan simbol kegembiraan adalah senyuman. Terdapat perbezaan pandangan mengenai maksud kegembiraan dalam kalangan beberapa ahli falsafah. Misalnya, Aristotle mengatakan bahawa kegembiraan merupakan hasil kejayaan yang diperoleh daripada kepuasan yang dikejar seseorang. Manakala Plato berkata bahawa kegembiraan seseorang berpunca daripada kesucian hidup. Epicurean pula berpendapat bahawa kegembiraan adalah sesuatu yang mempunyai tahap kepuasan yang maksimum serta tahap keperitan yang minimum. Seterusnya, Mills berpandangan bahawa kegembiraan itu merupakan kesesuaian segala tingkah laku seseorang. Setelah memproses setiap pandangan ahli falsafah di atas serta cuba menerapkan ke dalam pengalaman saya, saya bersetuju dengan buah fikiran Epicurean.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit-sebanyak pengalaman saya yang menyebabkan saya memilih pendapat Epicurean.
Apabila keputusan UPU dikeluarkan pada 19 Jun 2010, saya dapati bahawa saya tidak ditawarkan sebarang kursus IPTA. Waktu itu merupakan salah satu waktu yang telah mendatangkan keperitan yang tidak dapat saya huraikan sampai hari ini. Saya menderita setiap kali saya memikirkan masa depan yang seolah-olah telah menjadi gelap dan juga melihat wajah ibubapa saya yang penuh dengan kekecewaan. Pada ketika itu, sememangnya tahap penderitaan saya berada di maksimum. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja rayuan saya diluluskan oleh UPU dan saya ditawarkan kursus Biokimia di UKM, segala sengsaraan saya telah bertukar kepada kepuasan. Pada masa itu, saya menyedari bahawa kegembiraan saya bergantung kepada tahap kepuasan dan kesengsaraan saya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pada ketika itu tahap kepuasan saya berada di maksimum, manakala kesedihan saya minimum dan hanya muncul kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga saya.
Kejadian seterusnya yang memihak kepada teori Epicurean adalah seperti berikut. Disebabkan saya merupakan salah seorang siswa pengambilan kedua, saya telah banyak ketinggalan samada dari segi pendedahan mahupun pembelajaranSewaktu pendaftaran subjek, saya terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan. Hal ini adalah kerana kebanyakan kursus yang ingin saya menyertai telah penuh. Ada kala juga kursus yang ditawarkan juga itu bercanggah dengan subjek lain. Disebabkan kekeliruan ini, saya bersama beberapa rakan saya yang sama nasib dengan saya terpaksa berulang-alih dari pejabat ke pajabat untuk menyelesaikan masalah kami. Pada ketika itu, bukan sahaja saya tetapi rakan-rakan saya juga mengalami pengalaman yang agak memenatkan serta memeritkan. Tetapi, dugaan kami berakhir apabila segala urusan kami telah disiapkan dengan sempurna. Segala usaha kami telahpun dibalas. Di situlah kami dapat menyedari perasaan puas hati. Dan di situlah kami menyedari kewujudan kegembiraan. Keadaan ini telah jelas menunjukkan bahawa kegembiraan hanya wujud apabila kadar kepuasan melebihi keperitan.

Selain itu, kuliah minggu ini turut menjelaskan bahawa kegembiraan terdiri daripada kegembiraan jangka masa panjang dan kegembiraan jangka masa pendek. Berdasarkan Additive Model, kegembiraan adalah hasil penambahan jangka masa panjang dan pendek. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kegembiraan seseorang individu, iaitu kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan penghayatan agama.

Kesimpulannya, pelajaran minggu ini telah membuka mata saya terhadap sesuatu pandangan yang berbeza terhadap perasaan gembire serta membolehkan saya memahami maksud kegembiraan dengan lebih mendalam.

No comments:

Post a Comment