Friday 27 August 2010

a134622 amira lj06

JURNAL 6

Assalamualaikum saya ucapkan kepada Prof Dr Zamri kerana menjadi pensyarah bagi subjek pengurusan emosi set 3.Pada minggu ini kami didedahkan kepada 2 teori iaitu 'adaptation level theory' dan 'solomon opponent process theory'.Saya tertarik dengan teori Solomon.Teori ini menjelaskan bahawa perasaan adalah berpasangan.Apa yang saya faham mengenai teori ini ialah tidak selamanya sesuatu yang kita benci itu akan dibenci selamanya,begitu juga sebaliknya.Terdapat satu pengalaman saya yang membuktikan kebenaran teori Richard Solomon ini.

Pada hari tersebut sangat panas.Saya menganggap semua ini sebagai satu cabaran.Saya sangat berharap permohonan PTPTN ini diluluskan.Sekurang-kurangnya saya dapat meringankan beban mama dan papa.Hampir satu hari saya dan keluarga diluar untuk mengurusakan dokumen-dokumen kemasukan ke UKM,bayaran pendaftaran dan juga hal PTPTN.Usai semuanya,saya berasa sedikit lega.Seminggu selepas minggu orientasi di UKM,pekeliling mengenai PTPTN dikeluarkan.Ramai yang bertanya kepada ku samaada saya memohon PTPTN atau tak,dan dengan yakinnya saya menjawab 'Dah mohon dah.Tp manual la,bukan online'.Bila saya menjawab sedemikian,ramai yang pertikaikan jawapan sya termasuk 'roommate' saya.Mereka kata tiada lagi sistem secara manual.Saya dan 'roommate' saya cuba menyiasat samaada permohonan saya itu sah atau tidak dan setelah disiasat rupa-rupanya saya tersalah mohon.Saya bukan mohon PTPTN,tetapi SSPN.Bila saya sedar kesalahan itu,semuanya sudah terambat.Pemohonan untuk kelompok 1 telah ditutup dan saya perlu menunggu untuk kelompok 2.Bila rakan-rakanku mendapat duit pinjaman tersebut,saya hanya mampu teersenyum kelat dan memikirkan betapa cuaiannnya saya.Sebaik sahaja permohonan bagi kelompok2 dibuka,saya dengan sepantas kilat memohon.2 minggu lepas selepas pemohonan saya dapat e-mail mangatakan permohonan saya telah diluluskan dan semua dokumen perlu dihantar seminggu selepas permohonan diluluskan.Saya agak  berdebar kerana rakan-rakan dari kelompok 1 ramai yang merungut mengenai kesukaran untuk menghantar dokumen PTPTN .Disebabkan banyak cerita-cerita negatif yang saya dengar mengenai penghantaran dokumen,saya telah selesaikan dokumen tersebut dengan awal agar tak tercicir mana-mana maklumat.Kami diberi masa 3 hari untuk menghantar dokumen tersebut iaitu Jumaat,Sabtu dan Ahad bermula jam 8 pagi-4 petang.Memandangkan saya mempunyai kelas pada Jumaat pagi,saya bercadang untuk pergi selepas kelas.Sebaik kelas tamat,saya bergegas ke Pusanika *tempat dimana berlangsungnya penghantaran dokume tersebut*.Saya sampai disana kira-kira jam 11.30 pagi.Saya kira masih sempat untuk  menghantar dokumen tesebut,namun sangkaan saya salah.Penghanataran dokumen untuk hari tersebut telah ditutup kerana telah mencapai had penghanataran.Saya pulang ke bilik dengan sedikit perasaan hampa.Keesokan harinya,saya telah ke Pusanika seawal jam 7 pagi.Sebaik  sahaja sampai ke Pusanika,sudah hmpir 400 orang berdiri di tangga.Haampir 5 jam saya menunggu hanya untuk mengambil nombor giliran.Tepat jam 12.15pm,saya dibenarkan masuk ke auditorium siswa bagi urusan penghantaran dokumen.Sekali lagi saya perlu menunggu.Ketika menunggu,saya dapat lihat banyak dokumen telah di 'reject' oleh pegawai PTPTN.Dalam hati saya berdoa perkara ini tidak berlaku kepada diri saya.Saya menghantar dokumen pada jam .50 pm.Alhamdulillah semua dokumen saya lengkap.Saya berasa sangat lega ketika it.Selepas itu,saya berlari ke perhentian bas.Nak kejar bas pukul 3 la katakan.Walaupun penat,namun berbaloi.


No comments:

Post a Comment