Friday 20 August 2010

A134622 AMIRA LJ05

Jurnal 5

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pensyarah pengurusan emosi,Dr Zamri.Pada minggu ini kami diberi pendedahan mengenai teori-teori fisiologikal,kognitif, dak psikoanalitik.Fisiologikal teori terbahagi kepada beberapa kelompok teori iaitu teori James-Lange,teoti Cannon-Bard dan teori fisiobiologi.Manakala bagi teori kognitif,beberapa kategori telah diklasifikasikan iaitu kognitif Scachster,pemindahan perasaan keterujaan,penilaian kognitif dan penilaian yang telah disalah anggap.

Saya tertarik dengan teori Cannon-Bard dimana teori ini menjelaskan bahawa sesuatu rangsangan atau subjek akan menimbulkan emosi dan kemudian menerbitkan reaksi atau tindak balas.Saya bersetuju dengan teori ini kerana sesuatu emosi tersebut yang akan menyebabkan kita melahirkan sesuatu tindakan.Didalam teori kognitif,satu konsep yang menarik perhatian saya ialah penzahiran perasaan keterujaan mempunyai perkaitan yang rapat dengan teori Cannon-Bard.

Teori Cannon-Bard ini menepati ciri-ciri pengalaman yang dialami rakan baik saya,Firdaus.Semasa di Tingkatan 4,sekolah kami menerima kedatangan pelajar-pelajar baru yang cemerlang dalam PMR.Firdaus terkenal dengan perangai 'playboy' di sekolah kami.Hampir semua gadis-gadis yang 'cute' dan cantik di 'tackle'.Semasa hari pendaftaran pelajar baru tersebut,terdapat 5 orang pelajar baru di kelas kami.3 perempuan dan 2 lelaki.Salah seorang pelajar perempuan tersebut telah berjaya menarik perhatian Firdaus untuk dijadikkan mangsa seterusnya.Kira merupakan seorang perempuan yang berbujdi bahasa dan cantik pada pandangan aku.Firdaus cuba menarik perhatian Kira.Mereka semakin rapat dari hari ke hari.Apa yang ku lihat,layanan Firdaus kepada Kira sangat berbeza jika dibandingkan dengan perempuan-perempuan sebelum ini.

Aku bertanyakan hal ini kepada Firdaus dan Firdaus menyatakan dia benar-benar menyayangi Kira.Perangai Firdaus juga semakin berubah.Dulu Firdaus seorang yang kuat ponteng kelas,jarang ke surau,sering tidur di kelas,tidak mengulangkaji pelajaran dan banyak lagi masalah disiplin yang lain.Namun sejak Kira hadir dalam hidup Firdaus,Firdaus menjadi seorang yang baru.tiada lagi Firdaus yang sering ponteng kelas.Ketika di kelas aku lihat Firdaus semakin tekun mengulangkaji pelajaramn dan pernah menjadi imam di sekolah.Perkara yang tidak pernah aku bayangkan Firdaus akan menjadi imam.Keputusan peperiksaan Firdaus juga semakin baik dan sering mendapat pujian guru-guru.Emosi kasih-sayang dalam diri Firdaus melahirkan tindakan positif dalam diri rakanku ini.Jadi,jelaslah teori Cannon-Bard dan teori kognitif bertepatan dengan situasi ini.Emosi akan menzahirkan tindakan seseorang.

No comments:

Post a Comment