Thursday 12 August 2010

A134622 AMIRA LJ04

Jurnal 4

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pensyarah kelas pengurusan emosi iaitu Dr Ahmad Zamri..Pada kelas baru-baru ini,kami telah didedahkan mengenai topic emosi negative..Emosi negative melibatkan perasaan takut,sedih,malu dan marah.Tipulah jika ada yang mengatakan tidak pernah merasai emosi-emosi sebegini.Saya juga pernah merasai kesemua emosi-emosi tersebut.Emosi tersebut akan berlaku kepada manusia yg normal yang masih mempunyai hati dan perasaan.

Aku pernah mengalami satu pengalaman yang tak mungkin aku akan lupakan sampai mati.Pada suatu petang,waktu itu aku berusia 11 tahun.Adik-adikku juga masih kecil.Seorang 7 tahun dan seorang lagi 2 tahun.Aku di rumah bersama adik-adikku.Ibu dan bapaku tiada di rumah.Apabila ibu dan bapaku pulang,aku dapat melihat muka mereka sangat muram dan sedih.Aku tidak berani bertanya kerana takut dimarahi.Ketika makan malam,keadaan tidak seperti selalu.Tiada gurau senda,takde gelak ketawa.Biasanya adik-adikku lah yang akan kecoh kan makan malam kami,tapi pada malam itu mereka juga senyap seperti papa dan mama.Nasi mama tidak luak pun.Muka mama sedih.Aku jadi tak sedap hati dan tertanya-tanya apa yang terjadi sebenarnya.Pada wktu malam,aku berpura-pura tidur dan mencuri dengar perbualan mama dan papa.Kesedihan ku tidak dapat dikawal apabila aku mendengar papa kata mama ada kanser.Walaupun aku baru berusia 11 tahun,aku sudah tau apa itu kanser.Aku tengok kat tv,orang yang kena kanser mesti akan meninggal dunia.Aku menangis semahu-mahunya.Aku tak mahu kehilangan mama.Aku takut.Aku masih perlukan mama.Begitu juga dengan adik-adikku.Mereka juga memerlukan mama,lagi-lagi mereka masih kecil.Pada malam itu aku tidur bertemankan air mata.

 

Keesokan hari nya mama dan papa ajak kami bersiar-siar di taman.Mula-mula aku bersetuju mahu mengikut mereka,namun aku ubah fikiranku kerana tidak sanggup melihat kesedihan mama.Sepanjang pemergian mereka,aku nangis semahu-mahunya.Aku tak mahu kehilangan mama.Aku juga fikir yang Allah tak sayang kan aku,sebab tu mama sakitAku juga mula hilang selera makan seperti mama dan papa ku.Dalam masa yang sama aku cuba terangkan serba sedikit kepada adik-adikku supaya tak buat mama sedih..Aku tidak mmenerangkan perkara sebenar kerana aku pasti adik-adikku tidak faham apa yang terjadi memandangkan usia mereka yang masih kecil.

Seminggu selepas itu,papa beritahu bahawa aku dan adikku,Izyan akan bertukar ke sekolah di Johor.Kami akan di jaga oleh mak ngah kerana ibuku akan melakukan pembedahan di Kuala Lumpur.Hatiku bertambah sedih dan takut jika apa-apa terjadi kepada mama ku.Aku juga takut apabila memikirkan yang aku akan bertanmggungjawab untuk menjaga dua orang adikku sepanjang mama dalam rawatan.

Sepanjang mama di hospital,aku tidak pernah ketinggalan teman kan mama tidur tiap-tiap malam.Aku cuba untuk menggembirakan hati mama dan cuba menenangkan mama agar tidak risau mengenai pembedahan tersebut.Dengan kehadiran saudra-mara,aku dapat melihat sedikit keceriaan di wajah mama.Selama 4 hari mama di hospital,tibalah waktu pembedahan mama.Sepanjang malam aku tidak boleh tidur kerana takut jika apa-apa terjadi pada mama.Pada keesokan paginya,tepat jam 8.30 pagi,mama di masukkan ke bilik pembedahan.Aku tidak mengiringi mama ke bilik pembedahan.Aku tidak mampu.Aku menyendiri di bilik mama kerana terlampau sedih.Aku dapat tau yang mama sedih aku tidak temankan dia ke bilik mama.'Shakim mintak maaf mama.Bukan shakim tak nak,tapi shakim tak mampu lagi lihat muka mama yang sedih dan menanggung kesakitan'.Mama ku seorang yang ceria.Sejak mama dapat tau dia dapat sakit ni,begitu susah sekali nak lihat mama senyum.Hanya doa yang aku kirimkan kepada mama.Aku tidak berhenti berdoa demi keselamatan mama.

Tepat jam 3.30 petang,mama diusung keluar.Alhamdulillah,pembedahan ini berjaya.Hanya Allah yang tau betapa gembiranya hati ku ketika itu.Keesokan harinya,aku di bawa ke Johor Bahru oleh mak ngah ku.Aku masih ingat lagi wajah papa apabila terpaksa berpisah dari kami 3 beradik.Ketika kami berada di dalam kereta,papa langsung tidak memandang kami dan dari jauh aku dapat melihat papa menangis.Aku juga mahu menangis namun aku tahu aku perlu kuat demi adik-adikku.Adikku yang kecil begitu manja dengan mama.Semasa malam pertama di rumah mak ngah,aku tidak dapat tidur kerana adikku menangis tanpa henti dan tidak mahu bersama orang lain.Aku takut jika adikku akan berterusan begini semasa aku bersekolah kelak.

Setelah seminggu aku di rumah mak ngah,aku dapat menyesuaikan diri.Adik-adikku juga semakin ok termasuk diriku.Aku juga sudah memulakan persekolahan bersama sepupuku.Aku berasa takut dan malu ketika hari pertama persekolahan,namun mujurlah ada sepupuku.Setelah dua bulan di rumah mak ngah,kami dah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar.Mama juga semakin pulih.Rindu aku dan adik-adikku kepada mama dan papa sukar dibendung lagi.Selama dua bulan ini,hanya telefon yang menghubungkan kami.Pernah juga aku memanggil mak ngah ku dengan panggilan 'mama' kerana terlampau rindukan mama ku.Adikku yang kecil juga banyak kali meracau memanggil nama mama dan papa.Setelah 3 bulan di Johor,mama dan papa dating ,engambil kami.Aku begitu teruja dan gembira sekali.Aku bersyukur kerana mama ku telah kembali sihat dan telah ceria seperti sebelumnya.Semenjak dari itu aku semakin menghargai masa-masa bersama mama dan papa.


No comments:

Post a Comment