Friday, 6 August 2010

A134622 amira LJ03

JOURNAL 3

Semua manusia di dunia ini layak mendapat kebahagiaan dan kegembiraan.Tiada seorang pun yang tidak layak mendapat kegembiraan di dunia.Menurut Aristotle,kegembiran merupakan satu kejayaan dalam mengejar kebahagiaan.Terdapat pelbagai perkara yang menggembirakan terjadi kepada diriku.Antaranya ialah apabila aku mendapat adik.Memandangkan aku merupakan anak sulung,perasaan gembira untuk mendapat teman bermain sangat tinggi.Ketika mama mengandungkan adikku,Izyan,kerana aku merasakan adikku akan menyebabkan ibu bapaku tidak saying kepadaku.Aku begitu dengki sekali kepada adikku walaupun dia masih tidak lahir.Namun,semua perasaan dengki ku hilang sebaik aku melihat wajah adikku buat pertama kalinya.Aku rasa begitu gembira sehingga tidak sanggup meninggalkan adikku walaupun sesaat.Selain kegembiraan ketika mendapat adik pertamaku,aku juga berasa sangat gembira ketika mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Pernah sekali aku rasa seperti mahu menjerit dan mengatakan aku mendapat straight a dalam peperiksaan.Perasaan gembira sukar digambarkan melalui kata-kata.Satu lagi peristiwa yang menyebabkan aku gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi ialah apabila doctor memberitahu ibuku telah bebas dari kanser.Perasaan gembira aku hanya Allah sahaja yang tahu.Hidupku yang suram kembali bercahaya apabila mendengar berita tersekat.Aku juga masih ingat ketika pertama kali  menjejakkan kaki ke matrikulasi.Ibu dan bapaku sangat gembira dan terpancar keceriaan di wajah mereka.ku juga gembira namun aku juga takut akan tanggungjawab yang berat ketika berada di matrikulasi.Aku takut jika tidak mampu memberikan kegembiraan yang serupa kepada ibu bapaku.Setelah tamat matrikulasi dan mendapat  keputusan yang cemerlang,debaran seterusnya adalah ketika menunggu keputusan IPTA.Sebaik sahaja keputusan diumumkan,aku berasa sangat 'happy' kerana pengorbanan ku di matrikulasi berbaloi.Aku dapat memberikan kegembiraan yang sama kepada ibu bapaku.Aku dapat teruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).Rasa sangat bahagia.Bukan aku sahaja yang merasai kegembiraan in,seluruh ahli keluarga ku mempunyai perasaan yang sama malah ibuku sampai menangis kerana terlampau gembira.Aku rasa sangat bahagia kerana telah memberi kegembiraan  kepada ibu bapaku termasuk adik-adikku.Saat kegembiraan yang tidak boleh aku lupakan ialah ketika pertama kali aku jatuh cinta.Sentiasa  rasa bahagia dan sentiasa gelak tawa.Walaupun kisah percintaan kami tidak berakhir dengan happy ending,namun tak mungkin aku akan lupakan first love aku.


No comments:

Post a Comment