Friday 20 August 2010

A134606 ting ting LJ05


Pada minggu ini, kami telah didedahkan dengan tajuk baru iaitu teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Teori-teori ini telah membincangkan tentang turutan kejadian yang berlaku apabila kita mengalami sesuatu emosi dan juga kaitan minda kita dengan emosi. Dalam teori fisiologikal, terdapat tiga teori utama iaitu  Teori James Lange , Teori Cannon Bard dan Teori Psikobiologikal. Teori James-Lange merupakan teori psikologikal terawal bagi pengalaman emosi yang dikemukakan oleh William James dengan sokongan Carle Lange. Teori ini mengatakan bahawa tindak balas fisiologikal terhadap rangsangan akan mencetuskan emosi dan bukannya keadaan sebaliknya. Contohnya, apabila saya mendengar cerita yang berunsur misteri, bulu roma saya pasti tegak berdiri dan saya akan bermula berfikir benda yang bukan-bukan. Kemudiannya, saya akan berasa takut. Teori ini bertentangan dengan teori 'common sense' yang percaya bahawa  keadaan atau situasi akan melahirkan sesuatu emosi dan kemudiannya mencetuskan reaksi tubuh. Contohnya, apabila saya ternampak anjing, saya akan berasa takut dan berpeluh-peluh bersama dengan dengutan jantung yang kencang dan saya akan berjalan dengan cepat supaya menjauhi tempat yang ada anjing itu. Seterusnya, teori Cannon-Bard pula mengatakan rangsangan yang terhasil akan melahirkan emosi  dan tindak balas dalam masa yang sama. Teori ini percaya bahawa respon fisiologi bertindak secara lambat terhadap rangsangan, manakala reaksi emosi bertindak secara pantas. Teori Psikobiologikal pula mencadangkan bahawa terdapat emosi-emosi asas (takut, marah, panic dan pengharapan) yang berkaitan dengan litar-litar saraf yang tertentu. Emosi sistem asas ini saling berkait antara satu sama lain bagi menghasilkan emosi yang lain.

Teori yang seterusnya adalah teori-teori yang kognitif yang mencadangkan bahawa minda atau pemikiran menpunyai peranan utama dalam menjana dan mengawal emosi. Antara teori-teori utamanya ialah teori Pelabelan Kognitif Schacther dan teori Missattribusi, pemindahan emosi terangsang dan penilaian kognitif. Teori Pelabelan Kognitif Schacther ini bersetuju dengan idea James-Lange yang mengatakan bahawa emosi mengikuti urutan iaitu daripada stimulus, kemudian berlaku reaksi fisiologi dan emosi dilahirkan. Teori juga memperkenalkan idea pelabelan kognitif atau representasi untuk tindak balas fisiologi. Pelabelan kognitif merupakan satu tafsiran kepada kebangkitan fisiologikal berdasarkan situasi atau pengalaman seseorang. Teori ini dapat dikaitkan dengan pengalaman saya semasa saya menaiki bas pada waktu malam untuk balik ke rumah. Pada bas malam itu, saya menaiki bas malam yang terakhir dan hanya saya seorang penumpang dalam bas itu. Kemudiannya, ada seorang lelaki naik dan duduk di baris belakang saya. Ketika bas itu sampai di kawasan rumah saya, saya pun turun dan lelaki itu mengikut dan berjalan di belakang saya. Pada masa itu, saya pun teringat dengan kejadian rompakan yang kerap berlaku di tempat saya. Saya bermula berasa panik sebab saya takut akan menjadi mangsa rompakan yang seterusnya. Teori missattribusi pula mengatakan bahawa tanggapan yang salah terhadap sesuatu emosi yang dialami. Salah satu contoh ialah sindrom sebelum datang haid. Contohnya, wanita sering dianggap bahawa mereka datang haid jika mereka tiba-tiba menunjukkan emosi yang negatif. Seterusnya pindahan ransangan perasaan pula mengatakan bahawa kebangkitan perasaan daripada satu sumber berkemungkinan mempengaruhi reaksi dan kongnisi yang tidak berkaitan.

Teori penilaian kognitif lebih menekankan proses kognitif berbanding dengan teori-teori yang dilakukan oleh Schachter.Lazarus menyatakan bahawa apabila kebangkitan emosi berlaku, kita terlibat dalam proses-proses coping, pemikiran dan tingkahlaku yang mewakili usaha untuk mengurangkan stress. Contohnya, sebelum sesuatu ujian atau pertandingan,saya akan berasa risau dan juga panic sebab takut jika saya gagal. Oleh itu, untuk mengurangkan stress semasa menghadapi ujian, saya berfikir cara untuk mententeramkan diri seperti berjoging dan mendengar muzik.

Teori psikoanalitik pula teori yang meletakkan penekanan yang kuat dalam emosi negatif terutamanya kerisauan dan kemarahan. Emosi-emosi ini dihasilkan dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Contohnya, kadangkala kita akan berasa tegang, cemas atau sedih tanpa alasan yang jelas.

No comments:

Post a Comment