Thursday 5 August 2010

A134569 NURUL NABILA LJ03

Emosi manusia sebenarnya adalah neutral jadi apabila berhadapan dengan sesuatu atau terjadinya sesuatu perkara ia mampu mengubah emosi tersebut samaada positif atau negetif. Gembira, suka, dan senang akan sesuatu merupakan contoh emosi positif .Kegembiraan merupakan satu emosi yang sangat di sukai manusia,tidak kira kecil mahupun dewasa, kerana kegembiraan adalah perkara yang membantu kita meneruskan kehidupan ini dengan penuh semangat. Senyuman merupakan salah satu tanda gembiara yang mudah dikenali.Kata-kata seperti  happiness is successful pursuit of pleasure - Aristotle yang membawa maksud kegembiraan merupakan satu kesenangan membuktikan betapa pentingnya kegembiraan dalam hidup ini. Terdapat juga falsafah masyarakat Cina yang menyatakan bahawa lelaki yang tidak tersenyum tidak layak untuk membuka kedai. Ini menunjukkan betapa pentingnya senyum itu dalam menjalankan komunikasi di antara manusia
                    
                                                
 
Saya kurang bersetuju dengan kajian yang dijalankan oleh Diener et al, 1995 yang menyatakan bahawa Asian cultures report lower self happiness than others yang membawa maksud orang Asia merekodkan tahap kegembiraan yang rendah berbanding dengan orang lain. Ini di sebabkan perbezaan ekspressi yang ketara antara budaya orang Asia dan budaya orang Barat. Orang Asia sememangnya terkenal dengan sikap pemalu dan bertimbang rasa. Malaysia umpamanya sangat mementingkan budi bahasa oleh itu sukar untuk kita lihat berlakunya pergaduhan mahupun persengketaan diantara rakyat Malaysia biarpun berbilang kaum kerana meraka memahami budaya masing- masing. Namun begitu, rakyat Malaysia amat menyukai festival,dan acara- acara yang berbentuk perayaan kerana mereka berminat untuk mendekati dengan lebih dekat lagi antara mereka supaya hidup lebih gembira.
 
Kozma menyatakan terdapat 2 kumpulan utama kegembiraan iaitu Long term affective states dan short term affective states. Kesan jangka pangjang adalah seperti mempunyai keluarga yang bahagia ataupun mempunyai kenangan yang terindah sejak dari kecil yang sukar dilupakan. Kesan jangka pendek pula adalah seperti mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, mendapat hadiah pertama dalam pertandingan cabutan bertuah dan sebagainya. Apa sebenarnya faktor yang membuatkan kita gembira? Wang? Popular? Kesempurnaan rupa paras atau apa? Saya kerap menyatakan saya gembiara apabila ditanya rakan rakan akan kehidupan saya. Namun adakah saya sebenarnya gembira? Jawapan yang saya temui sudah tentu adalah iya, saya gembira akan hidup saya.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang agak ramai dan sangat rapat dengan sanak saudara yang lain. Apabila kami balik ke kampung, sepupu sepupu saya akan berkumpul dengan saya dan adik beradik untuk bermain bersama dan melakukan pelbagai aktiviti seharian bersama seperti mengemas rumah wan saya dan sebagainya. Suasana seperti itu memang meriah sekali di tambah dengan kehadiran 2 orang bayi yang baru lahir membuatkan kami semua di serang virus kegembiraan.
Di rumah pula, saya dikelilingi dengan rakan rakan yang memahami diri saya dan kami sering melakukan pelbagai aktiviti bersama biarpun masing masing sekarang ini melanjutkan pelajaran di tempat tempat yang agak jauh. Di UKM, saya bertemu dengan pelbagai karenah manusia dan mendapat banyak huluran salam tangan persahabatan tidak kira rakan dari fakulti yang sama mahupun berbeza.

Banyak lagi faktor-faktor yang memuatkan saya gembira dalam hidup ini tetapi sememanganya saya besetuju bahawa wang bukanlah faktor kegembiraan kerana wang boleh membelikan kita rumah,tetapi bukanlah sebuah keluarga, wang boleh membelikan kita sebuah syarikat tetapi bukanlah pekerja yang setia, dan wang boleh membuatkan kita kaya, tetapi bukan bahagia. Teringat dahulu ketika saya berada dalam darjah 1, guru saya mengajar kami satu lagu yang bertajuk Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan, oleh itu nikmatilah senikata lagu kanak-kanak ini yang merupakan antara kesukaan saya semasa kecil hingga sekarang.
                                                                  Kalau rasa gembira tepuk tangan...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira tepuk tangan

Kalau rasa gembira hentak kaki...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira hentak kaki

Kalau rasa gembira petik jari...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira petik jari

Kalau rasa gembira pukul peha...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira pukul peha

Kalau rasa gembira sebut HURRAY...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira sebut HURRAY

Kalau rasa gembira buat semua...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira buat semua.

sekian sahaja

No comments:

Post a Comment