Friday 6 August 2010

A134514 Joy Liew Wei Yi LJ03

Pada sesi perkuliahan minggu ini, pensyarah kami telah memperkenalkan emosi positif. Pada pendapat saya, emosi positif adalah emosi yang akan mendorong  dan membantu kita mengharungi cabaran dalam kehidupan kita dengan lebih mudah. Emosi positif terbahagi kepada tiga komponen iaitu gembira, bahagia dan kasih. Kegembiraan adalah keadaan emosional atau afektif yang ditandai dengan perasaan kenikmatan, kesenangan, dan kepuasan. Jikalau ketiga-tiga perasaan tidak dirasai kegembiraan tidak akan wujud. Sebagai contoh, kami akan berasa gembira apabila menikmati makanan yang enak.

            Seterusnya, terdapat ahli-ahli falsafah seperti Aristotle, Plato, Epicurean dan Mills memberi pandangan masing -masing terhadap kegembiraan. Saya lebih setuju dengan pandangan Epicurean. Epicurean berkata bahawa kegembiraan adalah memaksimakan kesenangan dan meminimakan kesakitan. Hal ini benar kerana apabila kita dipenuhi kegembiraan segala kesakitan akan diabaikan. Keadaan ini dapat difahami dari kelahiran seorang bayi. Apabila seseorang ibu melahirkan anak, kesakitan itu tidak terhingga. Pada ketika dia ternampak anaknya yang telah dilahirkan dalam keadaan yang sihat, kegembiraan memenuhinya dan segala kesakitan yang dialami akan di abaikan. Itulah kegembiraan!

            Selain itu, kajian menunjukkan bahawa seseorang yang dapat menyesuaikan diri adalah seseorang yang lebih grmbira dan sebaliknya. Tambahan pula, seseorang yang pandai menyesuaikan diri dapat mengatasi masalah dengan lebih baik. Sudah hampir sebulan belajar di universiti tetapi kawan-kawan saya masih tidak dapat menyesuaikan diri dan asyik merindui keluarganya. Mereka berasa sedih kerana meninggalkan rumah mereka.

            Kegembiraan dapat dibahagikan kepada dua komponen yang major  (Kozma at al, 1992). Komponen itu adalah kegembiraan jangka panjang dan jangka pendek. Kegembiraan jangka panjang adalah dari zaman kanak-kanak sehingga kini emosi kita adalah agak stabil. Manakala kegembiraan jangka pendek pula merujuk kepada perkara yang berlaku baru-baru ini yang menyebabkan kita berasa gembira. Saya berasa gembira kerana saya dapat balik kampung pada minggu ini. Kegembiraan saya adalah contoh kegembiraan jangka pendek.

            Kegembiraan juga dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kegembiraan adalah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi serta faktor penghayatan agama. Seseorang yang menghidapi penyakit kanser dan mengetahui penyakitnya tidak dapat diubati lagi, dia tidak mungkin berasa gembira. Kebanyakan manusia menghidapi kemurungan kerana keadaan sekelilingnya yang memberi tekanan. Mereka sukar untuk hidup dalam keadaan yang bahagia. Orang yang mempunyai pegangan agama adalah orang yang lebih gembira. Menurut Gallup " Spiritually committed people are twice as likely to report being very happy than the least religiously committed people." Pegangan agama adalah sangat penting dalam hidup kita. Pegangan agama dapat membina pemikiran yang lebih positif. Mereka mempercayai segala perkara yang berlaku merupakan rencana Tuhan. Mereka yang mempunyai pegangan agama akan mempunyai kepuasan dalam kehidupan. Mereka akan berasa bersyukur walaupun hidup mereka susah.

            Sekarang kita berbincanng tentang kasih sayang. Kasih sayang bukanlah hanya sekadar suka sahaja tetapi mempunyai hubungan yang erat, mengambil berat dan mempercayai satu sama lain. Hal ini biasanya antara pasangan kekasih dan suami isteri. Kawan saya dan teman lelakinya selalu bergaduh kerana mereka asyik mengesyaki pasangan mereka. Hubungan mereka tiada unsur kepercayaan. Kasih sayang antara mereka tidak mendalam. Akhirnya, mereka perpisaha berlaku.

            Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa mengamalkan pemikiran yang positif supaya kehidupan kita lebih bahagia.

 

 

No comments:

Post a Comment