Thursday 26 August 2010

A134420 FARAH LJ06

Alhamdulillah,pembelajaran kursus Pengurusan Emosi ini dapat diteruskan lagi.Namun,terdapat sesuatu yang unik pada minggu ini kerana kami telah diajar dua tajuk sekaligus iaitu Teori Aras Adaptasi dan Teori Solomon.Kedua-dua tajuk ini agak ringkas dan senang difahami.Namun begitu,masih terdapat juga bahagian-bahagian yang tidak dapat saya fahami sepenuhnya.Walaupun begitu,tumpuan saya pada pembelajaran minggu ini agak baik kerana tidak terlalu letih dan saya boleh setiap apa yang diajar dengan sebaiknya.Pada akhir pembelajaran ini,kami telah membincangkan tentang proposal untuk tugasan kedua.Reaksi yang kami dapat dari pensyarah kami agak positif kerana kesalahan kami agak kecil dan boleh diperbaiki.Itu tidak langsung melunturkan semangat kami untuk terus melaksanakan tugasan yang diberikan,malah kami sentiasa memandang positif terhadap kesalahan kecil yang dilakukan dalam proposal itu.

                                Kita akan teruskan dengan pembelajaran kita pada minggu ini.Pada kefahaman saya daripada apa yang saya pelajari hari ini.Teori aras adaptasi itu adalah satu peringkat pada permulaannya,kita akan rasa seronok,namun lama-kelamaan apabila benda yang sama berlaku,kita menganggap perkara itu biasa sahaja dan kita juga mengharapkan yang lebih daripada itu.Sebagai contoh,pada kali pertama kita mendapat gaji sebanyak RM2000.Kita akan berasa teruja.Sesetengah orang akan meraikan sempena kali pertama mendapat gaji.Mereka akan belanja rakan-rakan mereka.Tetapi setelah beberapa tahun mendapat pendapatan yang sama dan tidak berubah,perasaan teruja itu akan hilang.Malah,kita sentiasa mengharapkan yang gaji akan naik dan terus naik.Itulah yang dmaksudkan dengan teori aras adaptasi berdasarkan apa yang saya fahami.Terdapat beberapa contoh lain seperti suasana suatu tempat.Terdapat sesetengah orang terutamanya para pelajar,mereka lebih senang mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang senyap dan sunyi kerana mereka akan lebih focus dan tumpuan mereka terhadap pembelajaran adalah 100%.Namun,sebagai pelajar yang menginap diasrama terutamanya,kita tidak terlepas dari mendengar bunyi bising yang dilakukan oleh pelajar lain.Pada permulaannya,mereka akan berasa marah dan agak terganggu dengan suasana itu kerana tumpuan mereka akan hilang.Apabila mereka terpaksa hidup dengan suasana itu,mereka akan rasa suasana bising itu biasa sahaja.Perubahan emosi itu bertukar dari marah kepada emosi yang lebih stabil.

                                Ada juga pendapat yang mengatakan,jika kamu gembira dengan keputusan peperiksaan kamu dan kos yang kamu ambil sekarang ataupun gaji yang agak lumayan pada permulaannya dan kesihatan yang baik,kamu tidak akan selamanya gembira kecuali jika sesuatu benda yang baik berlaku.Ini bermaksud,sebagai contoh,apabila kamu gagal dalam sesuatu periksaan atau tidak mendapat keputusan yang memuaskan,pada permulaannya kamu akan berasa sedih,tertekan dan kecewa.Namun,jika kamu tidak berusaha untuk memajukan diri,kamu tidak akan mendapat kejayaan yang diidamkan.Kita kena melakukan sesuatu supaya perasaan itu dapat diubah dari sedih,kecewa kepada perasaan gembira.Aras adaptasi kita sentiasa berada dititik neutral.Tetapi,apabila sesuatu berlaku diatas paras neutral,ini akan membuatkan kita berasa gembira.

                                Pembelajaran seterusnya adalah tentang Teori Solomon.Teori Solomon ini merupakan hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi.Berdasarkan teori ini,setiap emosi akan menyebabkan emosi yang bertentangan terhasil.Sebagai contoh yang berlaku dalam kehidupan seharian kita,apabila kita telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5000.Pada permulaannya,kita akan berasa sangat seronok dan hebat kerana kita sangat bertuah memenangi hadiah itu,namun kita akhirnya menyesal kerana terlalu banyak menggunakan wang itu untuk aktiviti yang kurang berfaedah dan digunakan kejalan yang salah.Terdapat juga contoh lain,kita dipaksa untuk bersenam setiap minggu atas arahan doctor,peringkat permulaannya,kita akan berasa bosan.Namun,setelah diamalkan dalam beberapa minggu,kita menyedari yang aktiviti ini boleh mengekalkan kesihatan badan.Saya teringat sesuatu peristiwa yang berlaku kepada diri saya ketika saya pertama kali menjejakkan kaki ke asrama.Saya sangat sedih kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga.Namun,lama-kelamaan setelah mendapat ramai kawan,saya sangat seronok dan bertuah kerana telah diberi peluang untuk menginap diasrama.Terdapat juga kebaikan lain,hal ini dapat mengajar saya supaya lebih berdikari dalam menguruskan masa dan masalah sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa.

                                Teori ini juga mengatakan pengulangan emosi yang sebelumnya,akan mengukuhkan lagi kekuatan emosi yang bertentangan dengan emosi sebelumya.Sebagai contoh,apabila kita mencuba aktiviti berkayak,pada mulanya kita akan berasa risau dan takut akan jatuh ke dalam tasik atau sungai,namun setelah beberapa lama mencuba,perasaan takut itu dapat diatasi malah kita akan rasa lebih seronok.Saya mempunyai pengalaman semasa mula-mula mendapat lessen memandu kereta.Sewaktu hari pertama saya mendapat lessen,saya sangat takut untuk memandu kerana takut akan berlanggar dengan kereta lain dan sebagainya.Namun,setelah beberapa kali memandu kereta,saya berasa seronok dan puas kerana saya tahu saya yang mengawal kereta itu dan buka kereta itu yang mengawal saya.Selain itu,saya juga dapat merasakan yang saya telah mancabar diri saya supaya menjadi lebih berani untuk mencuba sesuatu yang baru.

No comments:

Post a Comment