Thursday 5 August 2010

A134420 FARAH LJ03

Minggu keempat ini kami dikejutkan dengan kuiz sebelum pembelajaran kursus ini bermula.Kuiz ini bertujuan untuk mengingatkan kembali segala ilmu yang telah diajar kepada kami sebelum ini.Namun,ramai yang masih tidak bersedia dengan kejutan ini kerana sesetengahnya masih lagi tidak mempunyai nota dan terdapat beberapa pelajar baru yang baru sahaja mendaftar untuk kursus Pengurusan Emosi ini.Tapi,kami telah diberi peluang untuk melihat nota dan berbincang dengan rakan-rakan untuk menjawab 10 soalan kuiz ini.Realitinya,soalan-soalan ini agak mudah jika kita menghayati dan memahami apa yang kita pelajari sebelum ini.Namun,saya dapat menjawab soalan ini dengan sebaiknya kerana saya sangat berminat dengan tajuk yang diajar pada minggu lepas.Namun,pada saya,tajuk pada minggu ini sangat menarik kerana tajuk ini berkait rapat dengan diri saya sendiri malah mungkin untuk sesetengah orang.Tajuk seterusnya pada minggu ini ialah berkenaan Emosi Positif iaitu gembira,bahagia dan kasih.

                        Kebahagiaan ialah satu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaian dan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan. Lazimnya, seseorang akan berasa gembira jika apa yang dihajati dan diingininya dapat diperoleh dan dinikmati. Dengan kata yang lain, kegembiraan dan kebahagiaan adalah amat berkait dengan jangkaan.

                                Saya tertarik dengan pandangan dari seseorang tokoh iaitu Epicurean.Beliau berpendapat bahawa kebahagiaan adalah memaksimakan kesenangan dan meminimakan kesakitan.Saya sangat setuu dengan pendapat itu kerana kita akan mendapat kebahagiaan jika kita dilimpahi dengan kesenanga yang melimpah ruah.Namun,tidak semua kesenangan itu datangnya dari punca yang baik.Terdapat juga kesenangan yang bersifat sementara.Sebagai contoh,orang yang berbuat kejahatan atau jenayah seperti mengedar dadah dan merompak akan mendapat kesenangan dari segi kemewahan duit,tempat tinggal,pakaian dan sebagainya.Namun,kebahagiaan yang dikecapi itu mungkin tidak lama kerana mereka mungkin akan diambil tindakan undang-undang,dihukum dan sebagainya.Tapi,kebahagiaan sebenar adalah yang disertai dengan pengorbanan dan jerih payah seseorang.Sebagai contoh,seseorang pelajar itu bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan tidak pernah kenal erti putus asa walaupun  pernah mengalami kegagalan dalam hidup,dan berkat usahanya,akhirnya dia dapat capai apa yang dikehendakinya dalam hidup seperti mendapat keputusan yang amat baik dalam setiap peperiksaan dan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia.Itulah contoh kebahagiaan yang setiap manusia didunia ini mengidamkan dan mengimpikannya.Ada beberapa reaksi yang menunjukkan seseorang itu tengah bahagia.Sesetengah orang akan tersenyum dan kadangkala mengalirkan air mata akibat terlalu gembira.Namun,ini bergantung kepada reaksi masing-masing.Ada juga yang menjerit sekuat hati apabila mereka dapat apa yang mereka kehendaki selama ini.

 

                                Setiap masyarakat dan budaya menunjukkan reaksi yang berbeza apabila mereka mencapai kebahagiaan.Masyarakat Asia menunjukkan reaksi kebahagiaan yang paling rendah,manakala masyarakat dari North America,Australia dan Europe adalah manusia yang paling gembira.Sebagai contoh,dalam masyarakat Melayu,sekiranya seorang anak dari sebuah keluarga dapat melanjutkan pelajaran ke luar Negara,mereka akan menunjukkan reaksi kebahagiaan itu dengan mengadakan kenduri doa selamat dan menjamu tetamu dengan makanan yang enak-enak.Namun,ianya berbeza sekali dengan masyarakat di Barat,jika mereka terlalu gembira,mereka akan meraikannya dengan mengadakan parti dan sebagainya.Ini telah membuktikan bahawa setiap budaya dan masyarakat mempunyai reaksi yang berbeza untuk menunjukkan kebahagiaan masing-masing.Kajian menunjukkan beberapa tahun lalu,jatuh cinta merupakan salah satu faktor seseorang itu mencapai kebahagiaan selain daripada berjaya dalam peperiksaan dan sembuh daripada penyakit yang kronik dan berbahaya.Saya dapat rasakan,yang pada zaman sekarang,jatuh cinta masih lagi merupakan perkara yang boleh menjamin kebahagiaan dan kegembiraan seseorang.Ini kerana,kebanyakan remaja sanggup melupakan pelajaran mereka kerana terlalu asyik dengan permainan cinta ini.Namun,jika ditanya pada ibu bapa,mereka akan mengatakan zaman bercinta adalah waktu yang paling bahagia sekali.Saya tidak pasti kenapa dan mengapa kerana saya sendiri tidak pernah merasai pengalaman itu.Tetapi,berdasarkan pemerhatian dan pandangan rakan-rakan,mereka sangat suka bercinta walaupun sudah beberapa kali putus cinta,dan putus cinta itu adalah satu perkara yang sangat susah untuk diterima oleh sesetengah orang.Sekian sahaja untuk minggu ini.

No comments:

Post a Comment