Friday 20 August 2010

A134394 amal LJ05

Pada minggu ini, pengurusan emosi membincangkan tajuk tentang teori fisiologikal kognitif dan psikoanalitik. Pengalaman emosi adalah teori evolusi yang mengatakan tentang, apa yang membuatkan kita gembira dan sedih berdasarkan suatu kejadian, apakah yang akan terjadi seterusnya apabila menghadapi sesuatu perasaan dan bagaimana kognitif berkait rapat dengan pengalaman emosi yang subjektif.
Emosi terbahagi kepada beberapa komponen iaitu, perasaan subjektif, bahasa tubuh, dan keupayaan motivasi. Teori tersebut bagaimanapun berlainan dengan teori relatif komponen berbeza.
Untuk teori fisiologi pula, ia menekankan tentang emosi merupakan produk utama otak dan sistem saraf.
James-Lang(seorang pengkaji) memberikan pendapat yang mana merupakan teori yang paling lama diguna pakai. Teori ini dipersetujui oleh Carl Lange.Teori deria yang paling biasa ialah situasi, diikuti dengan emosi dan akhirnya reaksi tubuh. Tetapi James-Lang mengatakan sebaliknya, situasi, diikuti dengan reaksi tubuh dan akhirnya emosi. Cannon-Bard(seorang pengkaji) mengatakan bahawa organ sistem yang mencetuskan emosi akan menjadi semakin perlahan. Beliau juga mengatakan bahawa apabila seseorang akan bertindak mengikut stimulus spesifik.
Cognitif teori pula adalah suatu teori yang dibuat berdasarkan teori psilogikal. Ia terbahagi kepada beberapa sub-teori. Contohnya ialah teori pengkelasan kognitif oleh Schachter's, "misattribution" , bagaimana kegembiraan berpindah dari seseorang kepada yang lain.
Schachter's menerima teori James-Lang tetapi memperkenalkan kognitif secara melabel.
Lazarus, seorang lagi pengkaji menyatakan teori kognitifnya. Beliau membahagikan kepada 2 bahagian iaitu kemponen emosi dan juga proses meniru. Kesemua pengkaji tersebut mempunyai teori masing-masing. Ini adalah kerana teori fisiologikal kognitif dan psikoanalisis ini merupakan suatu teori yang luas dan kompleks.

No comments:

Post a Comment