Saturday 28 August 2010

A134393 Yanzur LJ03

Semasa dalam kelas Pengurusan Emosi hari ni, aku berasa sangat mengantuk sekali. Ni semua gara-gara tak tidur langsung semalam. Masa slaid pertama lagi mata aku dah rasa berat yang amat. Aku dah cuba tahan, tapi tak boleh jugak. Akhirnya aku terlelap semasa kuliah berjalan. Mata aku yang mengantuk ni cuma sempat menangkap tajuk kuliah hari ni iaitu 'Adaptation Level Theory'. Lepas tu aku rasa macam sedar tak sedar je apa yang diterangkan oleh Dr. Zamri di depan. Bila aku terjaga dari tidur, aku tengok tajuk yang sedang tertera di atas slaid ialah 'Solomon Opponent Process Theory' pula. Rupanya ada dua tajuk yang dipelajari hari ini. Tapi aku cuma sempat mendengar tentang tajuk yang kedua ni sahaja. Oleh itu, selepas kuliah, aku membaca semula nota pembelajaran hari ini untuk mendapatkan semula apa yang aku sudah ketinggalan dalam kelas tadi.

    Daripada apa yang aku faham lepas baca sendiri, konsep asas bagi teori aras adaptasi menjelaskan bahawa kita akan bertindak balas terhadap situasi yang baru dengan mengikut aras adaptasi semasa kita. Ia juga menerangkan tentang sejauh mana aras emosi seseorang. Kita dengan sendirinya akan bina suatu titik neutral atau tahap penyesuaian mengikut keadaan tertentu ataupun dengan kata lain, kita secara automatiknya akan buat adaptasi terhadap macam-macam rangsangan yang berlaku kat sekeliling kita. Akhirnya, apa yang kita nilai tentang sesuatu keadaan akan mendorong kepada pengalaman emosi. Menurut teori ni jugak, aras adaptasi setiap orang adalah tak tetap sebab kita secara fitrahnya takkan selamanya berpuas hati dengan apa yang kita dah ada.

    Aku ada satu pengalaman yang boleh dikaitkan dengan teori adaptasi ni iaitu tentang jawatan yang pernah aku sandang kat sekolah dulu. Masa sekolah rendah, aku cuma murid yang biasa-biasa dan tak menyerlah. Aku juga tak pernah pegang apa-apa jawatan. Walaupun aku sangat berminat dan teringin untuk mempunyai jawatan walaupun sekadar penolong ketua kelas, tapi aku tak pernah berpeluang. Oleh itu, aku mula tanam azam dan berusaha keras untuk dapatkan apa yang aku impikan tu. Berkat kesungguhan aku selama bertahun-tahun, akhirnya aku berjaya jugak meyandang sebuah jawatan yang boleh gak dibanggakan iaitu sebagai bendahari kelas semasa di tingkatan satu. Bila dapat je jawatan tu, aku terasa hidupku macam berbunga-bunga dan aku sangat teruja tak terkata. Buat kerja pun memang perfect la orang cakap. Tapi bila dah lama-lama tu, aku rasa cam biasa je. Bukan seronok sangat pun jadi bendahari. Lebih kurang cam murid biasa. Cuma kena kutip duit. Aku pun mula berfikir, kalau dapat jadi pengawas mesti lagi best. Dapat pakai baju warna lain. Pastu orang lagi respect dan takut dengan kita. Jadi, aku pun cuba dapatkan jawatan tu pulak. Huhu..camtulah ceritanya. Nak dirumuskan, cerita aku ni bagi aku sesuai nak dikaitkan dengan Adaptation Level Theory.

    Seterusnya ialah tajuk yang aku sempat ikuti setelah terjaga dari tidur dalam kuliah iaitu Teori Solomon. Teori yang dikenalkan oleh Richard Solomon ni sebenarnya ada kaitan dengan Teori Aras Adaptasi sebab ia terhasil daripada pengubahsuaian Teori Aras Adaptasi. Teori ini menyatakan yang emosi menuju titik neutral bukan je berlaku dalam jangka masa panjang tapi berlaku dalam jangka masa pendek jugak. Setiap emosi yang kita alami akan hasilkan emosi yang berlawanan atau bertentangan. Sebabnya, emosi diwujudkan secara berpasangan tapi pasangannya adalah bertentangan. Sebagai contoh, daripada tak suka menjadi suka. Aku dulu tak pernah dan tak suka langsung tengok bola. Bagi aku, apalah yang bestnya tengok orang main bola. Ke hulu, ke hilir bawak bola. Kebetulan abang aku pulak sangat gilakan bola. Lagi-lagi bila rumah aku dah ada Astro, setiap hari dia tengok. Jadi aku pun terpaksalah tengok jugak. Lama-lama, bila aku dah selalu sangat tengok, rasa tak suka tu terus berubah jadi teramat suka. Inilah yang dimaksudkan dengan teori solomon dari apa yang aku faham.

    Oleh itu, aku boleh buat kesimpulan bahawa kedua-dua teori yang dipelajari hari ni ada pengajaran yang berguna di sebaliknya. Macam apa yang aku dapat dari teori aras adaptasi, manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki dan selalu nakkan lebih daripada tu.end#


No comments:

Post a Comment