Friday 13 August 2010

A134329 Nur Afifi LJ04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
   Pada minggu keempat, saya belajar tentang emosi negatif iaitu takut , malu, sedih dan marah. Pertama sekali,saya belajar tentang perasaan takut. Takut merupakan satu emosi yang berlaku ketika kita berdepan dengan  bahaya. Perasaan takut merupakan salah satu mekanisme bertahan hidup. Rasa takut berkaitan dengan risau ,resah,kecemasan dan sebagainya.
 
   Terdapat pelbagai sebab yang membawa kepada perasaan takut. Antaranya kejadian trauma. Sebagai contoh,seorang anak kecil jatuh ke dalam perigi yang gelap. Kemungkinan apabila anak kecil itu meningkat dewasa, dia akan menghadapi claustrophobia iaitu takut kepada tempat gelap dan hydrophobia iaitu takut kepada air.
 
   Saya juga dapat mengetahui bagaimana ekspresi muka dapat memberitahu kita tentang emosi seseorang itu. Antara ekspresi perasaan takut adalah mata seseorang itu akan terbuka luas ,anak mata melebar,bibir atas naik, dan sebagainya. Dalam ketakutan, seseorang ituakan melalui pelbagai tingkat emosi.
 
   Emosi yang kedua adalah malu. Malu adalah satu emosi  yang agak tidak menyenangkan .Pada kebiasaannya sedikit rasa hormat dan maruah akan sedikit tergugat tetapi ia bergantung  kepada jenis situasi malu tersebut.
 
   Terdapat dua jenis malu iaitu peribadi dan profesional. Malu boleh menjadi sesuatu peribadi,antaranya disebabkan sesuatu perhatian yang tidak diingini terhadap perkara sulit. Rasa malu akan diikuti tersipu-sipu,berpeluh,tergagap-gagap dan gelisah. Kadang-kadang orang malu akan cuba untuk menutup malu dengan senyum atau tawa gugup, terutama dalam situasi etiket.
 
   Seterusnya saya mempelajari tentang perasaan sedih. Sedih adalah perasaan yang dirasai jika seseorang itu merasakan sesuatu keburukan menimpanya dan rasa kehilangan. Pada kebiasaannya,apabila seseorang itu berada dalam kesedihan,individu itu akan lemah atau tidak bertenaga, menyendiri dan tidak mahu bersosial.
 
   Saya sebenarnya agak gemar untuk mendengar cerita atau pengalaman hidup orang lain,terutamanya rakan-rakan saya. Dan dari situlah saya dapat menjadikan sesuatu cerita itu sebagai pedoman. Dan saya ingin berkongsi dengan ayahlong dan rakan-rakan. Saya ada seorang rakan .Dia seorang yang agak pendiam. Tetapi dalam diam-diam ,tersirat satu perasaan yang dia tidak dapat kawal, iaitu perasaan sedih. Melihat kepada latar belakang keluarga dia, dia mempunyai keluarga yang cukup prihatin dan bahagia. Tetapi ,dia sering bercerita tentang masalah yang dia hadapinya iaitu sukar untuk mengawal perasaan sedih. Apabila dia berasa sedih, secara tidak lansung dia merasakan bahawa dia tidak layak hidup di dunia ini,dan dia sering merasakan bahawa dia membawa beban kepada orang yang membuatnya sedih.Saya agak terkilan dengan perangai dia.Akan tetapi saya selalu menasihati dia supaya bersabar dan cuba sentiasa berfikiran positif dan cuba berfikiran matang .Alhamdulillah dia berjaya mengatasinya.
 
   Terdapat pelbagai tanda sedih. Antaranya kepala tunduk,badan miring, menjulurkan bibir, dan aktiviti fizikal yang lemah. Sedih merupakan perasaan yang berlawanan dengan kegembiraan. Sinonim untuk perasaan ini adalah, kesedihan, ketidakbahagiaan, kesengsaraan, melankolis dan sebagainya. Dan satu lagi ,saya agak tertarik dengan ungkapan-ungkapan La Tahzan.Sangat menyentuh hati.
 
   Perasaan seterusnya adalah perasaan marah. Kemarahan adalah respons physiological rasa sakit, penderitaan yang dirasakan atau tekanan, atau ancaman. Antara tanda-tanda seseorang itu marah adalah degupan jantung meningkat, tekan darah meningkat, dan kadar penafasan juga meningkat. Bila anda berada dalam keadaan marah,cuba bertenang dan cuba untuk melupakan perkara yang membawa kepada kemarahan anda. Pada pendapat saya, jika saya berasa marah,saya akan cuba bertenang, kemudian saya akan tidur.

   Saya berasa gembira kerana dapat mempelajari lebih lanjut tentang jenis-jenis perasaan. Sebelum ini,saya hanya mengalami perasaan itu,tetapi sekarang saya dapat tahu makna yang tersirat disebalik perasaan yang saya alami. Sekian. Minta maaf jika jurnal ini ada kekurangan.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment