Tuesday 10 August 2010

A134329 NUR AFIFI LJ01

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
     Saya tidak menghadirkan diri kerana saya belum lagi mendaftar sebagai pelajar pengurusan emosi.Sebab itu saya menghantarnya agak lewat. Minta maaf ayahlong. Pertama sekali, melalui slide tajuk 1 iaitu pengenalan,saya dapat mengetahui apakah definisi emosi yang sebenarnya. Definisi emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981),'emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems'.

    Sebagai contoh, pada tengah malam Junaidah terdengar bunyi pelik di luar biliknya. Kemudian dia cuba untuk mencari punca bunyi itu. Dia merasakan jantungnya berdegup kencang. Secara tiba-tiba,sesuatu berlari ke arah biliknya dan dia menjerit dan melompat kerana terkejut.Rupa-rupanya ,ia seekor kucing.
 
    Terdapat empat komponen emosi,perasaan,proses kognitif,perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan.Menurut (Baron & Logan, 1993) emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi.Dan juga menurut (Lang et al, 1992),emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional.Sebagai contoh,bercinta.Apabila kita di lamun cinta,seseorang itu melibatkan diri dalamdalam tingkahlaku seperti meng'sms', menelefon, memberi hadiah dan akhirnya mendirikan rumahtangga.
 
     Bagaimana untuk mengukur emosi? terdapat pelbagai cara untuk mengetahuinya. Antaranya,temu ramah, soal selidik,dan juga teknik lihat diri sendiri iaitu merekod perangai sendiri dari masa ke semasa.
 
     Kemudian kami diterangkan dalam 5 carta alir tentang pengenalan kepada emosi. Terdapat pelbagai teori yang berkenaan tentang pengurusan emosi.Itu sahaja yang dapat saya kongsikan .Maap jika jurnal ini ada kekurangan.

No comments:

Post a Comment