Friday 20 August 2010

A134325 Nur Akma LJ05

            Pada minggu ini kami telah menghadiri kursus pengurusan emosi dan juga merupakan minggu kedua umat islam berpuasa. Jadi kebanyakan daripada mereka berasa letih dan walauapapun saya tetap bersemangat untuk meneruskan pembelajaran pengurusan emosi ini. Tajuk pengurusan emosi pada minggu ini adalah tentang teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikonalitik. Teori fisiologikal merupakan suatu perubahan iaitu tindakan yang dirasai oleh emosi yang dihadapi. Fisiologikal dari kefahaman saya merupakan emosi yang berlaku dalam diri kita dan juga merupakan emosi oleh minda yang tidak dapat dikawal.

            Teori fisiologikal juga merupakan emosi yang lahir dalam peta minda dan sistem saraf setiap manusia. Jadi terdapat tiga pendekatan yang bersumberkan teori fisiologikal antaranya ialah teori James-Land, teori Cannond-band dan teori Psychobiological. Pendekatan James-lang adalah yang tertua dan diasaskan oleh Willian James pada tahun 1884 bersama-sama dengan Carl Lang. Disebabkan itulah terbentuknya nama teori tersebut James-Lang. Secara kebiasaannya jika sesuatu berlaku ia akan dimulakan dengan situasi keadaan kemudian emosi yang dirasai selepas itu barulah reaksi tubuh badan kita member tindak balas. Tetapi bagi teori James-Lang dimulakan dengan situasi sebagai contoh jika kita berasa takut secara automatiknya kita akan berasa menggeletar ataupun seram-seram sejuk dan itu menunjukkan reaksi tubuh badan kita. Akhir sekali menunjukkan emosi berperana dalam bertindak selapas reaksi tubuh badan bertindak.

             Selain itu, teori yang kedua pula merupakan teori yang dikeluarkan oleh Canon Bard. Canon-Bard tidak setuku dengan teori yang dikeluarkan oleh James-Lang. Teori Lang mengatakan bahawa emosi datang terlebih dahulu dan emosi datang dengan cepat. Sebagai contoh, apabila kita terangsang iaitu rangsangan yang membawa kepada emosi kita akan berasa sesuatu kemudian barulah datang fisiologikal. Contohnya jika seseorang takut pada ketinggian dan dia pergi ke puncak yang tinggi secara automatik di akan melahirkan perasaan takut. Ketiga pula merupakan teori phychobiological iaitu merupakan satu emosi yang dikawal oleh alatan tertentu dan berlaku tindak balas dalam sistem saraf.  

            Di samping itu, terdapat juga teori kognitif iaitu dengan mengatakan bahawa emosi kita akan menilai dan juga akan dinilai. Teori ini juga terkenal dan dilabelkan sebagai teori kognitif schacter dan schacter setuju dengan teori yang dikeluarkan James-Lang iaitu teori yang bermula dengan stimulus kemudian reaksi tubuh badan dan akhir sekali barulah emosi. Dari sini schacter memperkenalkan idea pelabelan kognitif untuk gerak balas fisiologikal. Label ini menentukan emosi yang sedang kita rasai. Sebagai contoh, secara tiba-tiba semasa sedang berjalan balik dari kedai kita telah dikejar oleh anjing maka kita akan terangsang untuk bertindak balas untuk lari sekuat hati kita kemudian kita akan berasa takut jika kita akan digigit dengan anjing tersebut sekaligus menimbulkan emosi takut dalam diri kita.

            Walaubagaimanapun, kesemua teori-teori yang telah dikemukakan telah mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Jika kita lihat perbandingan antara kesemua teori-teori ini pertama, James-Lang menjangkakan bahawa emosi berpengalaman dalam memberikan kesan yang mendalam daripada autonomic dan somatic sistem saraf. Manakala teori Canon-Bard manjangkakan ekspresi emosi bergantung sepenuhnya kepada autonomic dan somatic. Tetapi kedu-dua teori ini mempunyai teori yang ekstrem kerana ia akan mempengaruhi perasaan kita. Kesimpulannya dengan mempelajari pelbagai teori yang dikeluarkan oleh mereka kita dapat ketahui kelebihan dan kekurangan teori yang berkaitan dengan sistem sraf. # end


No comments:

Post a Comment