Friday 13 August 2010

A134325 Nur Akma LJ04

Pada minggu ini, seperti biasa saya dan rakan-rakan saya telah menghadiri kursus pengurusan emosi dimana pada hari bermulanya hari pertama bulan puasa bagi umat islam. Jadi suasana didalam kelas begitu lemah dan tidak bermaya lebih-lebih lagi pada waktu petang. Pada permulaan kelas pensyarah saya telah memaparkan satu video yang menceritakan kisah hidup suka dan duka manusia di bumi ini. Setiap apa yang dimiliki oleh manusia hendaklah kita sentiasa bersyukur. Sebagai contoh jika kita bersedih mungkin ada orang yang lebih sedih, jika kita kekurangan makanan mungkin ada orang yang sedang kebulur dan macam-macam lagi yang dapat kita bandingkan orang yang bersyukur dan orang yang tidak bersyukur.

Tajuk yang dipelajari dalam kursus pengurusan emosi pada minggu ini ialah Emosi Negatif.  Jadi kita dapati emosi mempunyai satu set iaitu emosi positif dan emosi negatif. Sebagai contoh emosi negatif ialah malu, takut, sedih dan marah. Takut disini member maksud satu emosi yang yang berkaitan dengan bahaya yang mendatang. Takut dengan sendirinya akan datang dan merangsang terus ke dalam diri kita. Sebagai contoh jika kita berjalan keseorangan pada waktu malam sudah semestinya kita akan berasa takut kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku kepada diri kita seperti diragut, diculik dan dicederakan oleh orang yang tidak dikenali. Jadi emosi takut ini akan sendirinya akan merangsang dalam diri kita secara automatik. Takut juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit phobia seperti claustrophobia dan hydrophobia. Takut juga meramgkumi dari segi fizikal seperti takut kepada keadaan, objek, dan benda-benda abstrak dan  juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang kawalan.

Selain itu, malu juga merupakan salah satu emosi negatif  yang dialami oleh setiap orang. Emosi malu ini sering kali terjadi terutamanya dalam kalangan perempuan. Sebagai contoh pengalaman yang saya alami semasa rahsia saya dihebah-hebahkan oleh kawan saya dan saya berasa begitu malu sehinggakan tidak bertegur sapa dengan semua orang. Tetapi perkara yang dihebahkan itu tidak menjatuhkan maruah saya hal ini kerana malu juga boleh menyebabkan maruah seseorang itu boleh tercemar atau tergugat. Sebagai contoh bagi masyarakat Jepun jika mereka berasa malu mereka akan berasa bersalah terhadap diri sendiri. Terutamanya bagi orang-orang kenamaan, bagi mereka, sesiapa yang telah membuat malu mereka secara automatik  akan terus meletak jawatan mereka. Seperti yang saya ketahui malu terbahagi kepada dua iaitu malu jenis personal dan professional. Malu personal ialah malu yang tidak memerlukan perhatian orang ramai. Individu yang malu akan tersipu-sipu,berpeluh, tergagap-gagap dan gelisah. Terdapat individu yang menyembunyikan malu itu dengan ketawa atau senyum yang tidak ikhlas. Malu dari sudut professional timbul apabila fakta bercanggah dengan orang atasan, pegawai bawahan membuat kesilapan dan malu kerana tidak dapat menjalankan tugas dan hal ini  boleh menyebabkan seseoang itu meletak jawatan kerana malu.

Sedih  adalah keadaan emosi yang dirasakan kekosongan dan boleh membawa kepada kemurungan. Sedih juga boleh mengubah seseorang itu kepada seorang yang gembira,periang dan peramah kepada seseorang yang suka menyendiri,muram dan murung . Selalunya bila bersedih, kita jadi pendiam, tidak bersemangat dan berseorangan. Contohnya saya mempunyai seorang kawan yang bersedih kerana kematian ayahnya dan hal ini menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang periang kepada seorang yang pendiam. Dia merasakan kekosongan di dalam dirinya. Tanda-tanda sedih seperti menunduk, murung, muram, dan tidak gembira. Mengikut kajian Forgas, orang gembira lebih cepat menerima maklumat berbanding orang yang bersedih.

Di samping itu, marah seperti yang kita tahu merupakan suatu emosi yang ada pada setiap orang dan marah juga boleh diatasi tetapi tidak semua marah dapat diredakan dengan cepat bergantung pada diri seseorang itu. Marah merupakan satu psychophysiological iaitu tidakbalas sakit, tekanan atau ancaman dan derita. Marah juga merupakan tindakbalas terhadap persepsi ketidakadilan, kecurangan, konflik, dan penderaan. Pelbagai masalah yang berkaitan dengan emosi marah ini berlaku dan kita sepatutnya dapat membendung perkara-perkara ini terus terjadi. Sekian sahaja, terima kasih. #


No comments:

Post a Comment