Thursday 5 August 2010

A134325 Nur Akma LJ03

        Pada minggu ini, saya telah mengikuti kursus pengurusan emosi. Kursus pengurusan emosi pada kali ini bertajuk emosi kegembiraan. Tajuk pada minggu ini mudah bagi saya berbanding dengan tajuk-tajuk yang lepas. Hal ini kerana emosi kegembiraan ini mudah untuk ditafsirkan bagi kebanyakan orang dan mudah untuk difahami. Emosi gembira ini merupakan emosi paling mudah daripada emosi yang lain. Contohnya emosi gembira ini dapat ditafsirkan melalui riak muka seseorang itu jika mereka berasa gembira. Sebagai contoh, pandangan yang diberikan oleh tokoh-tokoh negara barat seperti Aristotle yang menyatakan bahawa kegembiraan merupakan satu kejayaan yang amat berharga. Kemudian Plato menyatakan bahawa sumber kegembiraan itu merupakan kehidupan yang maya dan pandangan bagi Epicurean pula menyatakan bahawa kegembiraan mempunyai tahap  iaitu tahap tinggi dan rendah. Sebagai contoh, tahap tinggi kegembiraan seseorang itu dapat ditafsirkan seperti mendapat sesuatu ganjaran yang lumayan ataupun telah memenangi hadiah yang lumayan dan bermakna. Jadi secara semulajadinya kita akan mengalami emosi kegembiraan yang sangat tinggi dan bermakna.

            Seterusnya, pensyarah kami meneruskan pembelajarannya dengan bertanya kepada pelajar iaitu saat yang paling indah dalam hidup semua orang. Dalam masa yang sama saya memikirkan saat-saat yang paling bahagia dalam hidup saya iaitu berkumpul beramai-ramai dan pergi bercuti bersama dengan keluarga tersayang. Kenangan bersama keluarga merupakan saat yang paling bahagi sekali dalam hidup saya.  Selain daripada itu, senyuman juga merupakan satu emosi gembira. Dengan senyuman kita dapat beramah mesra dengan ramai orang sekaligus kita dapat menunjukan emosi yang positif dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, bagi orang yang berniaga mereka memerlukan sikap suka senyum peramah hal ini kerana mereka perlu untuk menarik pelanggan datang ke kedai mereka. Selain itu, terdapat beberapa jenis-jenis senyuman seperti 'upper smile' iaitu senyuman yang paling atas kemudian 'broad smile' iaitu senyuman yang paling luas dan yang terakhir ialah 'slide smile'. Senyuman memberi sedekah dan dengan senyuman kita dapat mengukuhkan ukhwah sesama manusia.

            Seterusnya saya mempelajari tentang kbahagian iaitu pertama kebahagian itu berlainan antara negara ke negara yang lain. Sebagai contoh, negara Malaysia dikenali sebagai negara yang kurang menunjukkan kegembiraan dan kebahagian mereka dan masyarat Asia juga dikenali sebagai masyarakat yang serius. Berbanding dengan negara-negara barat seperti di Amerika, Australia dan Europe yang merupakan negara-negara yang paling gembira. Kegembiraan juga mempunyai tahap yang dapat diukur sebagai contoh seseorang itu dapat mengadaptasikan kebahagian itu dengan sendiri. Contohnya dengan memenangi hadiah dan ganjaran yang lumayan seseorang itu mempunyai tahap gembira yang sangat tinggi. Kemudian manusia yang mempunyai tahap kegembiraan yang tinggi mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda mereka. Sama juga dengan seseorang yang mampu mengatur strategi dengan baik dapat membuat diri mereka behagia dan gembira sepanjang masa.

            Kegembiraan mempunyai dua faktor iaitu gembira dalam tempoh yang panjang dan tempoh masa yang pendek. Kegembiraan dalam tempoh yang panjang ialah kesinambungan latar belakang emosi yang stabil dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Manakala kegembiraan dalam tempoh masa yang singkat ialah perkara yang baru dan seronok yang pernah dialami dalam hidup. Sebagai contoh sebagai seorang pelajar mendapat keputusan yang cemerlang merupakan perkara yang amat gembira dan bahagia dalam hidup.

            Di samping itu, pengkaji barat iaitu Freud ada menyatakan bahawa setiap perhubungan kita bersama dengan ibubapa kita semasa kita kecil lagi merupakan perkara yang sangat penting untuk mengetahui tahap kegembiraan seseorang itu.  Mereka juga ada membuat perbandingan iaitu perkara yang paling tinggi seseorang itu ubtuk bahagia ialah jatuh cinta,mendapat keputusan yang cemerlang, pergi bercuti dan mendapat duit yang banyak. Jadi perkara-perkara ini akan terjadi dalam kehidupan manusi untuk menimbulkan perasaan emosi bahagia dan gembira.

Kesimpulannya,  emosi gembira ini merupakan emosi yang dapat ditafsirkan dalam kehidupan manusia sekaligus dapat memberi manfaat dalam kehidupan yang harmoni.#

                       



No comments:

Post a Comment