Wednesday 4 August 2010

A134221 norsatarunisya LJ03

TAJUK 3

PENGURUSAN EMOSI

Emosi positive(gembira,bahagia dan kasih)

Dalam kuliah kali ini, saya mempelajari emosi yang positif iaitu gembira, bahagia dan kasih. Dalam kuliah tersebut saya mendapati kegembiraan adalah emosi yang diklasifisikan sebagai rasa suka, senang, dan puas hati. Saya juga mendapati emosi atau reaksi ini adalah universal. Reaksi untuk emosi ini mudah untuk dilihat dan dikenalpasti. Pada pendapat saya semua makhluk di muka bumi ini akan mengalami perasaan gembira, bahagia dan kasih dalam kehidupan mereka. Mengikut ajaran islam, Allah akan menduga hambaNya dengan pelbagai dugaan dan kesusahan, walaubagaimanapun Allah akan memberi kegembiraan kepada umatNya atas kesungguhan mereka. Dalam kuliah tersebut ada pendapat berkenaan kegembiraan berdasarkan beberapa orang tokoh sejarah antaranya adalah Aristotle. Beliau mengatakan "happiness is successful pursuit of plesure". Maksudnya adalah kegembiraan adalah sesuatu yang menyenangkan. Selain itu Plato, beliau mengatakan "source of happiness is virtous" . untuk mengambarkan kegembiraan adalah sangat mudah. Dengan senyuman sahaja boleh menggambarkan kegembiraan, bahagia dan kasih. Senyuman boleh terbahagi kepada tiga iaitu broad smile (senyuman yang luas), upper smile (senyuman yang menampakkan gigi) dan slide smile (senyuman yang sederhana). Bagi saya senyuman yang meluas adalah menggambarkan perasaan yang amat gembira, manakala senyuman sederhana adalah menggambarkan kegembiraan yang biasa. Untuk merasakan kegembiraan, mestilah ada sebab musabab. Tidak ada orang yang akan senyum secara tiba-tiba kecuali orang yang kurang waras. Ada banyak perkara yang menyebabkan seseorang itu mengalami kegembiraan mengikut situasi yang berbeza. Bagi seseorang yang tidak pernah bercinta, mereka akan merasa sangat gembira, dan bahagia apabila berjumpa pasangan mereka dan berkahwin. Bagi seseorang itu telah berkahwin dan merasa kegembiraan apabila mendapat cahaya mata. Berdasarkan beberapa situasi itu jelaslah bahawa kegembiraan adalah disebabkan factor yang menyebabkan seseorang itu merasa bahagia. Mengikut kuliah yang saya pelajari terdapat dua factor kegembiraan iaitu long terms affective state(LT) and short terms affective state(ST). contoh LT adalah kegembiraan yang telah terjadi sejak kita kecil lagi. Kegembiraan ini adalah bergantung kepada keadaan kita semasa kecil, berkemungkinan kita lahir dari keluarga yang harmoni lalu kegembiraan semasa kecil terbawa-bawa sehingga ke dewasa. Sesetengah orang tidak merasa gembira semasa kecil. Untuk kegembiraan masa pendek  berdasarkan beberapa keadaan. Secara tuntasnya, emosi gembira, bahagia dan kasih patut dirasai oleh semua orang.# end


No comments:

Post a Comment