Friday 13 August 2010

A134165 ONG YEE PIN LJ04

Pada 11hb Ogos, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang keempat. Tajuk atau tema perkuliahan ini ialah emosi negatif, iaitu, takut, malu, sedih dan marah.

                Yang pertama ialah perasaan takut. Perasaan ini merupakan tindak balas terhadap bahaya yang datang ataupun muncul. Perasaan ini adalah penting kerana tanpa ketakutan, seseorang akan melakukan semua perkara tanpa mengira dan mempertimbangkan kebahayaan perkara tersebut. Sebagai contoh, seseorang yang tidak mempunyai perasaan takut akan berdiri berhadapan dengan seekor singa tanpa mempertimbangkan reaksi singa tersebut, inilah bahaya.Biasanya, perasaan takut adalah tindak balas terhadap rangsangan negatif yang tertentu. Terdapat beberapa sebab-sebab wujudnya perasaan takut. Misalnya akibat sesuatu kemalangna traumatik, inspirasi dari konsep-konsep abstrak, takut diejek, takut dikritik oleh orang lain dan ketakutan sering dikaitkan dengan keadaan fizikal atau objek.

                Seterusnya ialah malu yang merupakan keadaan emosi yang tidak menyenangkanyang disebabkan oleh hilang maruah atau air muka. Perasaan malu boleh dibahagikan kepada dua kategori. Yang pertama ialah personal, seperti dengan tidak sengaja telah menjadi tumpuan orang ramai ataupun ditangkap tentang perkara-perkara buruk yang dilakukan. Biasanya perasaan malu akan diketahui dengan blushing [tersipu-sipu), sweating, nervousness, stammering [tergagap-gagap], and fidgeting [gelisah]. Kadang-kala seseorang turut akan ketawa dengan tegang untuk cuba menutup perasaan malu. Yang kedua pula ialah professional, iaitu parasaan bersalah kerana malakukan kesalahan yang besar.

                Perasaan sedih merupakan emosi negatif yang ketiga. Biasanya seseorang akan menjadi lebih senyap dan kurang bertenaga apabila berasa sedih. Perassan sedih merupakan perasaan yang bertentangan dengan kegembiraan. Tanda-tanda sedih ialah sayu, murung, muram, dan suram.

                Yang seterusnya ialah perasaan marah yang boleh dibahagikan kepada aktif dan pasif. Bagi perasaan marah yang aktif, seseorang akan terus memarahi orang lain atau meluahkan perasaan marah secara fizikal. Bagi perasaan marah yang pasif pula merupakan perasaan dalaman, iaitu, tension, sifat pasif yang agresif. Sekiranya seseorang berasa marah, keputusan yang dibuat olehnya mungkin akan dipengaruhi oleh kemarahan dan tidak tepat. Oleh itu, kita perlu mempunyai cara-cara untuk mengawal kemarahan. Walaupun kita tidak dapat "cool down" dalam masa yang singkat, kita harus sentiasa beritahu atau mengingatkan diri bahawa kita sedang berada dalam keadaan yang kurang sesuai untuk membuat keputusan. Bila menghadapi situasi yang menyebabkan kita marah, kita haruslah mengakui hakikat bahawa kita berada dalam keadaan marah. Selepas itu, kita perlu menilai samada situasi ini sesuai untuk kita meluahkan kemarahan atau tidak. Sekiranya kita rasa sesuai untuk meluahkan kemarahan tersebut, kita harus nilaikan adakah kita perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung. Setelah kita bertindak, imbas kembali apa yang telah kita alami dan tindakan kita untuk tujuan membaiki diri.

Kadang-kala kemarahan boleh disebabkan oleh faktor-faktor seperti kekurangan tidur, stress, tekanan dan sebagainya. Sebagai contoh yang benar, saya telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang akan diadakan dalam masa sebulan. Oleh itu, saya sentiasa berasa tertekan dan kekurangan masa untuk tidur kerana sentiasa menghadiri meeting sehingga lewat malam, iaitu melebihi 12am. Dengan tidak diperasan, saya telah menjadi lebih senang untuk berasa marah terhadap banyak perkara, tidak kira perkara tersebut penting atau tidak. Selepas kuliah ini, saya telah tahu cara untuk mengatasi kemarahan dengan mengunakan kebijaksanaan kita.

Kesimpulannya, kita harus berusaha mengatasi emosi yang negatif dan hidup dengan cerah dengan berasa syukur atas segala-gala yang kita dapat pada hari ini.

No comments:

Post a Comment