Thursday 12 August 2010

A134147NurulLJ04

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

     Pada kuliah lepas, saya telah diterangkan mengenai emosi negatif. Antara emosi negatif yang telah dipelajari ialah perasan takut, malu, sedih, dan marah. Perasaan takut membawa maksud satu perasaan tindak balas terhadap esuatu yang membahayakan. Misalnya kita selalu berasa takut akan berlaku sesuatu perkara yang langsung tak diingini tejadi pada diri kita. Ketakutan itu sebenarnya ialah sebahagian daripada mekanisma "survival". Mekanisma "survival" apabila diransang akan meransang diri kita supaya menjauhkan diri daripada bahaya sama ada dengan mengatasinya atau melarikan diri. Say a masih lagi teringat pengalaman saya ketika di tingkatan dua. Seperti biasa, selepas habis kokurikulum di sekolah saya akan menunggang basikal untuk pulan ke rumah. Rumah saya tidaklah sebegitu jauh dari sekolah. Kalau saya cuma mengambil masa lebih kurang sepuluh minit untuk sampai ke rumah. Pernah dahulu rakan-rakan lelaki memanggil saya 'Minah Rempit'. Mana tidaknya kalau saya dapat menunggang basikal, saya akan kayuh sekuat hati dan langsung tak toleh kanan dan kiri. Bagi kes nak lintas jalan lainlah pula.Pagi itu saya kayuh basikal seperti biasa, tiba-tiba saya terserempak dengan seekor anjing. Saya panik. Saya tak tahu nak buat apa. Oleh kerana terlalu takut saya mengayuh basikal sekuat hati saya. Anjing itu terus mengejar saya dan sempat menggigit saya. Sejak dari itu, jikalau terserempak dengan anjing saya akan memperlahankan kayuhan saya. Anjing tak akan kejar kita jika kita tidak lari.

     Perasaan malu terjadi apabila kita berhadapan dengan satu keadaan yang kita tidak dapat terima dalam kehidupan. Bagi masyarakat Jepun, ada perasaan malu yang menyebabkan mereka rasa bersalah. Sesetengah kes bukan salah laku pun, tapi perkara-perkara kecil pun boleh sebabkan rasa malu. Contohnya, jika tersalah pakai kasut. Malu terbahagi kepada dua iaitu personal dan profesional. Sesetengah daripada rasa malu lahir daripada tindakan individu itu sendiri. Misalnya individu itu didapati berbohong atau kalah dengan teruknya dalam sesuatu pertandingan. Kadang-kadang orang akan senyum atau ketawa untuk cover malu. Saya pun akan senyum dan ketawa bila terasa malu. Malu di tahap profesional adalah seperti malu sebab seorang pemimpin yang memberi fakta yang salah atau bercanggah dengan pihak atasan. Sebagai contoh, menteri di Jepun akan meletak jawatan sekiranya berlaku apa-apa kesalahan dalam pentadbiran mereka.

     Perasaan sedih ialah keadaan emosi yang mempamerkan rasa kehilangan. Individu dalam golongan ini mungkin memerlukan intervensi daripada khidmat kaunselor. Kadang-kadang individu ini akan bertindak dengan tidak rasional. Biasanya individu ini akan bertukar menjadi pendiam, tidak mahu bercampur dengan orang lain, dan lebih suka bersendirian. Biasanya wanita akan meluahkan perasaan sedih di dalam diari. Hal ini berlawanan dengan lelaki yang lebih suka menyimpan di dalam hati. Kebiasaannya, individu yang sedih menerima dan memproses maklumat dengan lama. Hal ini demikian kerana  individu yang sedih berfikir dengan lebih kuat untuk memproses maklumat. Kita sering kaitkan individu ini dengan sifat pendiam dan sering menganggap mereka lemah, dan tidak berkeupayaan. Marah pula ialah respon psikologi terhadap rasa sakit, derita, dan lain-lain. Marah juga merupakan tindak balas terhadap persepsi kita. Contohnya, kita berasa marah apabila misi kemanusiaan ke Gaza dikepung dan dihalang, malah pihak Israel bertindak kejam terhadap sukarelawan. Ada yang ditendang, dipukul, malah ada yang dibunuh. Kejam sungguh bangsa Israel, langsung tidak mempunyai rasa belas kasihan. Al-Fatihah...buat sukarelawan-sukarelawan yang terkorban.

Sekian.

No comments:

Post a Comment