Friday 20 August 2010

A134147 Nurul LJ05

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Pada pertemuan baru-baru ini, saya telah mempelajari mengenai teori-teori fisiologikal,kognitif, dan psikoanalitik. Teori fisiologi menekankan emosi hasil daripada sistem saraf yang pertama bertindak terhadap ransangan atau stimuli. Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan teori fisiologi. Antaranya ialah teori James-Lang, teori Cannon-Bard, dan teori psikobiologi

    Teori James-Lang pada asalnya dihasilkan oleh William James pada tahun 1884. Kemudian teori ini disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887 dan ini telah menyebabkan terhasilnya teori James Lang seperti hari ini. Hipotesis bagi teori ini ialah tindak balas fisiologikal terhadap ransangan dimana akan mencetuskan emosi dan bukan keadaan sebaliknya. Contohnya, selepas peritiwa saya digigit anjing, apabila saya terserempak dengan anjing jantung saya akan berdegup kencang dan berpeluh dengan banyak kerana saya takut peristiwa yang sama berulang lagi.

     Menurut teori Canonn dan Philip Bard stimuli luaran atau dalaman mendorong mesej disampaikan melalui sistem saraf dan seterusnya melahirkan emosi. Seseorang akan bertindak terhadap stimuli tertentu dan dan mengalami emosi secara serentak. Ransangan dalaman atau luaran yang membawa kepada impuls –impuls deria yang dihantar ke korteks pada bahagian otak. Korteks akan menyekat tindakan pusat emosi separa sedar yang mungkin menyebabkan reaksi yang melampau.

     Seterusnya ialah teori psikobiologikal yang dihasilkan oleh Jack Panksepp (1982,1992). Teori ini mengatakan emosi asas manusia mempunyai kaitan dengan litar saraf di bahagian otak. Jack Panksepp juga telah mencadangkan empat dasar emosi iaitu marah, takut, panik, dan harapan.Sesungguhnya, hanya ini sahaja yang dapat saya kongsikan dari apa yang saya faham daripada teori fisiologikal.

     Sekian.

No comments:

Post a Comment