Friday 20 August 2010

A134118 Aimi Amirah LJ05

        Assalamualaikum. Kuliah minggu ini adalah berkenaan dengan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Teori Physiologikal mengatakan emosi sebenarnya tercetus daripada otak dan sistem saraf dan ia berasal daripada reaksi physiologi terhadap ransangan. Terdapat 3 teori utama iaitu James-Lang teori, Cannon-Brad teori dan Phychobiologikal teori. Teori James-Lang iaitu teori tertua mengenai pengalama n emosi di cetuskan oleh William James pada tahun 1884 dan ianya di sokong oleh Carl-Lange pada tahun 1887. Mereka menyatakan bahawa reaksi fisiologikal terhadap sesuatu ransangan akan mencetuskan emosi. Sebagai contoh apabila seseorang itu terjumpa dengan seekor anjing yang garang, jantung berdegup kencang kemudian baru dia merasa takut lantas melarikan diri. Berbeza dengan commen-sense theori yang menyatakan seseorang itu akan merasa takut terlebih dahulu kemudian baru jantung beerdegup kencang.
 
        Walter Cannon mengkritik James-Lang teori dengan mengatakan bahawa reaksi emosi sebenarnya akan bertindak lebih pantas setelah diransang manakala reaksi fisiologikal adalah sebaliknya. Beliau turut menjelaskan bahawa kadar dengupan jantung , tekanan darah dan fungsi penghadaman tidak boleh digunakan untuk mengukur emosi yang dialami kerana manusia masih boleh merasai emosi walaupun tanpa organ tersebut. Lantas Cannon dan Phillip Brad mengemukakan teori mereka yanmg dikenali sebagai Cannon-Bard teori.Mereka mengemukakan pandangan yang berbeza dengan teori yang sebelumnya denganm  menjelaskan bahawa ransangan menyebabkan impulses dihantar ke cortek(otak) dan kemudian barulah emosi dilahirkan. Ransangan yang berterusan menyebabakan tindakan dan emosi berlaku secara serentak. Apabila terserempak dengan penagih dadah yang tidak terurus, saya akan merasa takut dan mengambil tindakan untuk melarikan diri. Ini adalah contoh yang boleh menerangkan teori ini.

Berganjak pula ke teori cognitif. Teori ini dicipta berdasarkan teori-teori physiologikal.Teori initerbahagi kepada empat iaitu Schachter's Cognitive Labeling, Misattribution, Transfer of excitation dan Cognitive Appraisal.  Schacher's cognitiv teori menerima James Lang Teori tetapi memperkenalkan cognitive labeling ( kehadiran tindakan fisiologi). Beliau menjelaskan bahawa penjelasan tindakan fisiologi adalah berasaskan pengalaman.Teori ini bermula dengan situasi, kemudian reaksi tubuh dan barulah meibatkan emosi serta penilaian kognitif. Contohnya apabila ternampak seekor lipan yang besar, jantung akan berdegup pantas kemudian otak akan membuat penilaian cognitif membuatkan supaya melarikan diri. Hal ini kerana perasaan takut yang timbul.Misattribution iaitu kesalahan tafsiran penyebab emosi. Contohnya syndrom sebelum haid, apabila sesesorang wanita 'datang bulan' apabila dia marah, orang akan mengatakan dia marah kerana symdrom ini walhal sebenarnya dia marah kerana perkara lain. Contohnya apabila rakan saya marah-marah saya akan mengatakan dia marah kerana PMS padahal dia sebenarnya marah-marah padsa hari tersebut kerana dia telah dimarahi oleh ayahnya pada pagi tersebut. Hal inilah yang dikatakan sebagai misattribution.

 Kemudian pemindaha emosi teruja. Dolf Zilman membuat hipotesis bahawa kebangkitan sesuatu sumber mungkin mempengaruhi perbuatan atau conitiv yabg tidak berkaitan. Hal ini berdasarkan 'crossing the bridge'study oleh Dutton dan Aron pada tahun 1974. Dalam ekperiment ini, seorang penyelidik wanita yang cantik diminta untuk menemubual lelaki-lelaki muda yang telah menyeberangi sebatang jambatan yang tingginya 230 kaki dari sungai dalam masa 10 minit selepas mereka menyeberang. Keputusannya ramai respondent menelefon beliau semula untuk 'mencuba nasib'. Hal ini dikatakan kerana ketika tu mereka masih lagi merasa teruja dengan aktiviti merentas jambatan tersebut. Kemudian, kajian Oleh Zilman dan menguatkan hipotesis ini dengan 'Riding an exercise bike'study. Dalam kajian ini respondent yang telah dipaksa untuk mengayuh basikal ini didapati lebih agrasif terhadap cacian kepada mereka selepas mengayuh. Ini menunjukkan perasaan tidak senang yang dihasilkan ketika mengayuh basikal dilepaskan kepada cacian seterusnya meningkatkan kemarahan.

Lazarus pula dalam teorinya menegaskan bahawa setiap emosi mempunyai 3 komponen iaitu 'cognitive appraisals', 'action impulse' dan pattern somatic reaction. Cognitive appraisal mempunyai dua bahagian iaitu pertama dan kedua. Primary appraisal ialah pentafsiran ransangan berhubung dengan situasi. Contohnya mentafsirkan tindakan seorang penyangak dengan pisau. appraisal kedua ialah memikirkan strategi yang akan dilakukan untuk mengatasi masalah.  seperti memlihat semula pengalaman-pengalaman lepas untuk membuat keputusan. Action impulse merangkumi proses yang diambil untuk mengatasi situasi. Contohnya apabila berdepan dengan bahaya seseorang itu boleh melarikan diri atau menjerit untuk meminta bantuan. Patterned somatic reaction ialah reaksi fisioligi yang mengiringi emosi. Contohnya ketika takut akan berpeluh dan menggigil.

Kesimpulannya minda kita sangat penting dalam mentafsir emosi dan tindakan yang akan dilakukan untuk mengatasainya.  Jadi dengan mempelajari teori-teori ini kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan minda yang cerdas untuk mentafsir emosi yang dialami dan bertindak pantas untuk mencari jalan keluar ketika kita dalam masalah. Tindakan yang pantas mampu menyelamatkan nyawa.

No comments:

Post a Comment