Friday 27 August 2010

A133818 NURSUFIAH LJ06

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kuliah pada minggu ini membincangkan mengenai 'Adaptation Level Theory'.Kebiasaannya,aras emosi manusia berada pada tahap sederhana atau normal.Seseorang tidak akan berasa terlalu gembira atau terlalu sedih pada kebiasaannya.Sebagai contoh,Salwa seringkali memperoleh gred B dalam setiap peperiksaan.Dia tidak akan berasa gemira atau sedih dengan keputusan yang diperolehinya itu.Manakala jika dia memperoleh gred A dalam peperiksaan yang berikutnya,dia akan berasa lebih gembira berbanding kebiasaannya.Hal yang demikian diistilahkan sebagai aras adaptasi emosinya telah meningkat.
Sementara itu,jika Salwa memperoleh gred C dalam peperiksaan berikutnya,dia akan berasa sedih.Berikutan itu kita boleh simpulkan bahawa aras adaptasi emosinya telah menurun.
Terdapat pelbagai keadaan yang boleh meningkatkan aras adaptasi emosi kita.Sebagai contoh kenaikan pangkat atau gaji dan melahirkan bayi.Keadaan yang boleh menurunkan aras adaptasi emosi kita pula ialah dipecat atau kehilangan insan tersayang.Sekian sahaja daripada saya.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment