Thursday 12 August 2010

A133661 Tiara LJ04

      Assalammualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca Jurnal Pengurusan Emosi. Pada minggu ini, tajuk yang telah dipelajari di dalam kuliah adalah mengenai Emosi Negatif. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurusemosi yang negatif.  Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak.  Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik.  Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.

      Contohnya perasaan takut, ia merupakan satu mekanisme untuk kita teruskan kelangsungan hidup. Emosi takut ini juga boleh menimbulkan emosi lain seperti merasa bimbang, resah dan gelisah. Sebab seseorang individu mengalami rasa takut adalah kerana trauma atau pun fobia akan sesuatu kejadian atau tragedi yang berlaku ke atas diri mereka. Antaranya claustrophobia dimana ia dapat mengembangkan baik dari pengalaman traumatis seperti contohnya ketika masa kecil (seperti yang terperangkap dalam ruangan kecil selama permainan zaman kanak-kanak), atau dari suatu pengalaman yang tidak menyenangkan di kemudian hari dalam hidup melibatkan ruangan yang terhad. Hydrophobia pula adalah trauma atau takut akan air. Setiap kali kita berasa takut, terdapat perubahan fizikal yang berlaku seperti mata menjadi besar dan mula berpeluh. 

      Sedih pula adalah perasaan yang menunjukkan rasa kehilangan atau tidak gembira. Apabila seseorang berasa sedih, besar kemungkinan mereka akan bertindak melakukan tindakan tidak rational dan terburu-buru. Dari pengalaman saya sendiri, ini berlaku ketika saya berada di UKM. Saya telah terlibat dengan Biro kebudayaan di Kolej saya. Kami telah menyertai Pesta Konvo iaitu Pertandingan Citra Tari dan Pertandingan Boria. Latihan sepanjang minggu telah diadakan pada setiap malam dan sudah tentu semua orang yang terlibat akan merasa penat tetapi saya amat kecewa dengan para senior kami dengan tindakan mereka. Mereka umpama tidak memahami kami dan membezakan taraf para senior dan junoir. Hal ini membuatkan saya berasa sedih, diam ketika latihan dijalankan dan mula merasa tidak semangat untuk bertanding. Tetapi apabila berfikir masak-masak saya mula sedar yang inilah masa kamipara junior untuk membuktikan kepada senior-senior dimana kelebihan kami walaupun kami baru sahaja belajar. Kita harus pandai menangani emosi kita supaya ianya tidak mendatangkan keburukan ke pada kita malah kita harus cuba memperbaikinya untuk diri kita dan orang lain.

      Selain itu emosi negatif yang lain ialah marah. Marah juga sinomin dengan perasaan geram terhadap seseorang atau sesuatu. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor (gerak anggota) tidak dapat dikawal lagi. Pada ketika itu gerak geri kita secara automatik akan akur kepada arahan emosi misalnya muka kita jadi merah – darah naik kemuka kata orang – mata dibeliakkan, bibir digetap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Bila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang di hadapan mata sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasa dilakukan oleh mereka yang marah secara melampau apabila mereka dikhianati atau menghadapi apa-apa konflik. 

The rule is never to repress a negative emotion and never to express it. 

      


No comments:

Post a Comment