Wednesday 4 August 2010

A133647 Fatin Ilyani LJ03

Hari ini, saya telah mendalami tajuk Emosi Positif dalam kuliah pengurusan emosi pada minggu ini. Antara input yang telah saya perolehi ialah apakah itu kegembiraan dan faktor-faktor yang membawa kepada kegembiraan.

Kegembiraan boleh didefinisikan sebagai suatu emosi atau keadaan yang efektif yang dicirikan oleh perasaan suka, senang dan puas hati. Kegembiraan merupakan refleksi kepentingan universal terhadap manusia dalam kegembiraan.

Merujuk kepada nota kuliah yang dibekalkan, terdapat empat pandangan philosophical. Antaranya ialah pandangan oleh Aristotle yang menyatakan kegembiraan adalah kesenangan yang berjaya. Manakala Plato menjelaskan bahawa punca kegembiraan adalah rentetan daripada kehidupan bermoral yang tinggi. Menurut Epicurean pula, kegembiraan dapat dirasai dengan kesenangan yang maksima dan kesakitan yang minima. Tetapi Mills pula menegaskan bahawa kegembiraan adalah campuran kepada semua tingkah laku.

Antara sebab yang boleh membawa kebahagiaan ialah individu yang dapat sembuh daripada penyakit, dapat menjalinkan hubungan kasih sayang dalam kalangan masyarakat serta lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Senyum dapat menggambarkan seseorang itu berada dalam keadaan gembira dan bahagia. Wajah yang muram pula menggambarkan seseorang itu berkemungkinan berada dalam kesusahan atau bermasalah atau mempunyai tekanan.

Betapa gembiranya kita?  Orang yang lebih senang menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru adalah lebih baik.

Faktor-faktor yang boleh membawa kepada perasaan gembira boleh diklasifikasikan kepada dua komponen utama, iaitu 'long term affective state' dan 'short term affective state'. 'Long term affective state' adalah sesuatu yang berterusan seperti dari zaman kanak-kanak sehingga zaman sekarang. Manakala 'short term affective state' pula berdasarkan peristiwa yang baru berlaku. Contohnya kelahiran ahli keluarga baru dalam sesebuah keluarga dan kegagalan dalam peperiksaan.

Pensyarah juga mengatakan bahawa kita perlulah menjadi seperti kucing. Apa yang dimaksudkan di sini adalah seperti apabila seekor kucing terjatuh, ia akan segera bangun. Kita sebagai manusia hendaklah cepat bertindak apabila berada dalam keadaan yang susah untuk mencapai kesenangan di kemudian waktu.

Kegembiraan boleh diformulakan seperti berikut:

Kegembiraan = 'long term affective state' + 'short term affective state'

Freud menyatakan bahawa perhubungan kita dengan ibu bapa kita semasa kanak-kanak adalah amat penting. Ini adalah kerana ialah penentu masa hadapan dan kegembiraan kanak-kanak tersebut. Benarlah seperti yang dikatakan dalam pepatah orang Melayu, ' anak-anak diibaratkan seperti rentangan kain putih, ibu bapa pula berperanan untuk mencorakkannya'.

Selain itu, antara perkara yang dapat memberikan kita kegembiraan adalah agama, perkahwinan, dan kasih sayang (love). Seseorang yang beragama (beramal dengan agamanya) adalah lebih gembira dan kurang tertekan. Kedua-dua lelaki dan wanita akan lebih gembira dan bahagia apabila mempunyai pasangan hidup melalui perkahwinan. Ini adalah kerana salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk saling berkongsi masalah, kegembiraan, suka dan duka antara pasangan tersebut. Kasih sayang (love) pula adalah suatu perasaan dalam perhubungan, perasaan mengambil berat dan juga perasaan saling mempercayai antara satu sama lain.Tiga faktor yang membawa kepada perasaan kasih sayang ialah komitmen, keintiman serta kesabaran.

Terdapat juga beberapa faktor lain yang membawa kepada perasaan gembira, iaitu faktor kesihatan, persahabatan (untuk saling berkongsi suka dan duka), kerja dan rekreasi.

Konklusinya yang dapat saya buat di sini adalah kita hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk mencapai emosi yang positif iaitu kegembiraan di samping beramal dengan agama kita.



No comments:

Post a Comment