Thursday, 12 August 2010

A133604 ASLINA

          Salam 1 Malaysia....Pelajaran saya yang keempat dalam pengurusan emosi ini adalah berkenan tajuk emosi negatif.Bila cakap yang hal negatif of course kita patut menjauhi diri daripadanya.Tetapi emosi negatif tidak seperti perkara-perkara negatif yang lain.Ia tidak boleh di buang dari kehidupan insan yang bergelar manusia.Ia juga perlu bagi meneruskan kehidupan kita.Anyway,pensyarah saya tidak berapa setuju dengan nama tajuk yang diberikan.Kenapa ye?Terdapat 4 jenis emosi negatif yang dibincangkan iaitu takut,malu,sedih dan marah.Semua jenis emosi ini sudah saya rasai.Takut merupakan emosi tindak balas kepada beberapa situasi yang berupaya membahayakan diri kita.
 
          Takut merupakan satu mekanisma survival.Contoh situasi yang pernah saya alami adalah,sewaktu di form 5,guru add math saya teramatlah garang.Jika ada kesalahan,denda yang diberikan bukan calang-calang.Dia sanggup menyepak,melempang termasuk menendang anak-anak muridnya yang membuat kesalahan di dalam kelas.Boleh kate,setiap kali kelas mahu di mulakan,perut saya kecut hasil tindakan hormon adrenaline yang banyak di rembeskan.Oleh sebab itu,untuk menyelamatkan diri daripada kene penangan guru itu,saya pun akan pastikan semua kerja rumah yang diberi siap sebelum date line,practise more on that subject sampaila saya menjadi salah seorang best student add math.Sampai sekarang saya masih trauma membayangkan 'kezaliman' cikgu tersebut.
 
            Jenis emosi yang kedua adalah malu.Malu lebih sinonim pada wanita.Macam saya.Malu merupakan emosi yang terhasil apabila kita mengalami keadaan yang tidak sepatutnya ingin kita lakukan tetapi dapat disaksikan orang lain.Terdapat 2 jenis malu iaitu malu yang personal dan malu yang profesional.Malu yang personal melibatkan beberapa perlakuan seperti tersipu-sipu malu,tergagap-gagap,nervous dan ada yang senyum punyela nak cover line.Kadang-kadang ada juga malu yang di buat-buat.Wanita lebih pandai mengenainya.Biasalah ada yang nak cover ayu.Walaupun yang terjadi hanyalah situasi yang remeh temeh seperti terlupa pakai seluar dan hanya pakai tuala mandi ke pejabat,kita tetap akan berasa malu.Malu ada kebaikannya tetapi terlalu malu tidak baik bagi kita kerana ia akan merendahkan tahap keyakinan kita.Malu yang profesional pula melibatkan orang-orang pentadbiran,penjawat-penjawat pangkat yang tinggi,orang-orang hartawan dan seumpanya.Malu yang mereka rasakan apabila tersalah laku boleh dikatakan serius.Ini juga mampu merendahkan martabat mereka.
 
            Seterusnya sedih yang memaparkan mood kekecewaan atau kekalahan.Sedih yang berpanjangan boleh membawa kepada depressi dan seterusnya menyebabkan seseorang hilang kewajaran berfikir sehingga sanggup mengambil jalan singkat untuk selesaikan masalah.Seseorang yang sedih lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu terlibat dengan aktiviti sosial.Seseorang merasa sedih bila menghadapi keadaan kehilangan orang yang dicintai,gagal dalam peperiksaan,tidak mempunyai wang dan sebagainya.Bagi saya sedih sebenarnya dapat melegakan beban yang saya tanggung.Saya perlukan masa untuk bersedih.kadang-kadang dalam kesedihan itulah kita temui kekuatan diri dan semangat diri.Tapi mungkin tidak bagi orang lain.Orang yang banyak bersedih hilang tumpuan kepada perkara lain.Jadi janganlah bersedih sangat agar otak lebih cergas.
 
              Bagaimana pula dengan emosi marah? Saya marah bial dihina,saya marah bila saya dituduh,saya marah bila saya dikhianati!Apabila hati kita disakitkan 2 emosi sedih dan marah saling kita rasakan.Ini terjadi sekiranya orang yang sakitkan hati kita  adalah yang paling rapat dengan diri kita.Marah boleh diekspresikan secara aktif dan pasif.Ada yang marah terus hentak pintu kuat,baling handphone dalam sungai,malah ada yang sanggup belasah anak orang.Inilah marah yang aktif.Marah yang pasif pula akan dipendam tetapi ekspresi wajah menunjukkan kemarahannya yang membuak-buak.Ada juga yang marahkan isteri di rumah tetapi lepas geram dengan kawan di pejabat.
 
              Kesimpulannya,kita boleh berasa takut,malu,sedih dan marah,tetapi kawallah emosi-emosi ini supaya tidak berpanjangan dan hadapi segala dugaan dengan hati yang tenang.=)

No comments:

Post a Comment