Friday 20 August 2010

A133579 AHMAD SHUKERY AZIZAN LJ05

                    Jam sudah menunjukkan jam 3.55 petang, aku baru tersedar dari dibuai mimpi. Pukul 4.00 petang aku ada kuliah pengurusan emosi. Aku terkesima seketika kerana aku sedar bahawa aku pasti aku lewat untuk sampai ke kelas. Aku mulai cemas dan dengan pantas aku mencapai kunci motor rakan sebilikku untuk ke kelas. Sampai di kelas sahaja, kuliah sudah hampir dimulakan. Hari ini aku akan belajar sambungan untuk tajuk teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik. Tajuk untuk hari ini lebih berkisar mengenai teori-teori sarjana yang sering kali membuat mata ku terasa berat sekali. Namun aku gagahkan jua untuk menuntut ilmu. Teori pertama yang diterangkan ialah teori psikologi dimana ia menekankan emosi yang terutama produk dari otak dan sistem saraf dimana teori ini meliputi teori James-Lange, teori Cannon-Bard dan pendekatan psikobiologikal. Melihat nama-nama ini sudah mampu membuat ku hampir terlelap namun aku cuba juga untuk atasi.
                    Dalam teori James-Lange, ia membuat hipotesis bahawa reaksi fisiologi terhadap ransangan mencetuskan emosi dimana ia berlawanan dengan "common-sense theory". "Common-sense theory" menyatakan bahawa sesuatu situasi akan mencetuskan emosi dan kemudiannya diikuti dengan reaksi tubuh. Manakala teori James-Lange menyatakan sesuatu situasi akan menyebabkan reaksi tubuh dan baru munculnya emosi. Ini kerana mereka berpendapat bahawa sesuatu reaksi fisiologi seperti peningkatan kadar degupan jantung, berpeluh dan sebagainya akan berlaku dahulu dan barulah munculnya emosi. Aku kurang bersetuju kerana bagi aku, "common-sense theory" adalah teori yang hampir tepat kerana apabila disebut mengenai teori ini, aku teringat tentang masa aku bangun tidur sebelum ke kelas ini. Aku berasa cemas dan risau dahulu dan barulah disertai dengan tindakan pantas untuk ke kelas. Bukannya aku bergerak pantas untuk ke kelas baru aku berasa cemas. Disini ia menunjukkan emosi akan terhasil dahulu baru diikuti dengan reaksi fisiologi atau reaksi tubuh.
                    Cannon-Bard pula salah seorang sarjana barat yang menentang teori James-Lange yang bertentangan dengan "Common-sense theory" di mana dia berpendapat bahawa sistem organ yang mencetus kepada reaksi emosi bergerak agak perlahan dan reaksi gerak tubuh akan berlaku setelah reaksi emosi berlaku. Aku berfikir sejenak mengenai teori ini dan kemudiannya aku agak bersetuju dengan teori ini. Manakan tidak, degupan jantung, tekanan darah, atau apa jua proses berlaku didalam tubuh yang melibatkan organ berlaku dahulu sebelum emosi. Emosi itu sesuatu yang wujud secara pantas tanpa perlukan bantuan neuron atau sebagainya. Pernah sekali semasa aku hendak pergi ke masjid, aku melihat seekor monyet yang melihat aku seperti tidak puas hati. Kemudian, secara tiba-tiba monyet itu mengejar aku dengan kejamnya. Aku yang sebelum ini merasa biasa dengan monyet-monyet ini, tiba-tiba aku terasa sangat takut dan terus membuka langkah seribu untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkinan yang berlaku. Jadi dari pengalaman saya ini, terbukti emosi tercetus dahulu sebelum tindakan fisiologi berlaku.
                    Aku menjadi semakin menarik untuk mengetahui lebih lanjut teori seterusnya untuk aku memberikan pendapat aku sendiri. Kemudian teori yang ketiga ialah teori psikobiologikal. Teori ini diperkenalkan oleh seorang pemikir barat iaitu Jack Panksepp dan teori ini lebih bersifat saintifik. Beliau mengemukakan bahawa terdapat empat emosi asas yang dimana apabila berinteraksi dengan otak akan mencetuskan emosi lain. Antaranya adalah emosi ketakutan, keberangan, panik atau cemas dan jangkaan. Beliau juga mencadangkan setiap neurokimia dalam otak mempunyai suatu emosi yang spesifik. Contohnya sel neuro dopamine berhubung dengan emosi jangkaan. Aku terkedu seketika. Setahu aku, emosi adalah sesuatu yang abstrak dimana ada masa kita tidak dapat mengawalnya. Mungkin aku kurang mahir dalam ilmu biologi, tetapi aku tidak bersetuju dengan pendapat sarjana ini.
                    Jam menunjukkan pukul 6.15 petang dan pensyarahku membenarkan kami semua balik. Emosi gembira aku muncul secara tiba-tiba. Sebenarnya banyak teori juga pendapat yang aku belajar pada hari ini cuma aku tidak selitkan dalam jurnal ini kerana kesempitan waktu. Sebelum aku keluar kelas, aku berfikir sejenak mengenai satu hadis yang bermaksud ilmu manusia ini setitis daripada air laut dan air laut itu merupakan ilmu Allah. Begitu sedikit sahaja ilmu manusia dan sebab itulah sampai hari ini tidak ada siapa lagi yang mampu menafsir juga menerangkan dengan tepat, jitu dan terperinci mengenai salah satu cipataan Allah yang maha agung ini, iaitu emosi meskipun ia sentiasa ada dalam diri kita dan kita mengekpresikannya hampir setiap masa.

No comments:

Post a Comment