Friday 20 August 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ05

                Selamat sejahtera.Pada minggu ini, saya telah menghadiri kursus pengurusan emosi seperti minggu yang lepas. Perasaan saya pada minngu tersebut adalah penat dan hal ini disebabkan banyak aktiviti diadakan pada waktu yang sama. Oleh itu, terpaksalah saya menyertai aktiviti dalam minggu yang sama dan juga masa yang tidak mencukupi, saya terasa tertekan sedikit. Akan tetapi, kewajipan menghadiri kursus pengurusan emosi juga saya laksanakan. Tajuk pada hari itu ialah tentang teori-teori fisiologikal, kognitif, dan psikoanalitik.

                   Dalam kuliah tersebut, beberapa teori yang tidak pernah didengar telah disampaikan oleh pensyarah. Walaupun keadaan saya pada ketika itu adalah penat dan susah untuk menberikan tumpuan, sedikit sebanyak bagi kuliah tersebut juga saya dapati amat berguna dalam konteks pengurusan emosi saya. Selama beberapa minggu kuliah yang saya sertai, saya mendapati penngunaan peta minda dalam sesi pengajaran amat berguna bagi pelajar untuk memahami segala konsep asas bagi kuliah tersebut. Melalui peta minda yang disampaikan oleh pensyarah, saya dapati dengan jelas bahawa pengalaman emosi dapat dibahagikan kepada physiologically oriented theories, cognitive theories, psychoanalytic theory. Selepas itu, physiologically oriented theories dibahagikan lagi kepada tiga iaitu James-Lange Theory, Cannon-Band Theory dan Psychobiological approaches. Cognitive theories juga dibahagikan kepada empat iaitu Schachter's Cognitive Labeling, Misattribution, Transfer of excitation, Cognitive appraisal.

                Bagi konsep yang pertama iaitu Physiological theories, asas bagi konsep tersebut ialah hasil bagi otak dan nervous system kita. Common sense theory mengatakan situasi menybabkan emosi lalu menyebabkan reaksi tubuh. Contohnya, apabila kita ternampak seekor ular, emosi pada ketika itu adalah takut, lalu mengambil reaksi tubuh seperti melari. James-Lange theory pula mengatakan situasi menyebabkan reaksi tubuh lalu menyebabkan emosi. Dalam theori Cannon-Bard, ia mengkritikkan James-lang theori bahawa stimulus menyebabkan emosi lalu menyebabkan reaksi. Dari segi psychobiological theori yang dikuatkan olen Jack Panksepp, emosi asas sering berkaitan dengan neural circuits yang tertentu, dan 4 emosi asas seperti takut, marah, panik, espektasi telah diperkenalkan dan setiap itu dilakukan dengan command system yang terdapat di dalam brain. Keempat-empat emosi itu berinteraksi untuk melahirkan emosi lain. Panskepp juga mengatakan neurochemicals yang tertentu mungkin bersifat dengan emotional command system. Sebagai contohnya, Acetylcholine bersifat apabila emosi marah berlaku.

                Cognitive theories dibina pada konsep physiological theories, dan sesetengah theorist yang moden mencadangkan bahawa minda merupakan peranan yang utama bagi menghasilkan emosi. Seperti yang diberitahu, cognitive theories dibahagikan kepada empat dan keempat-empat teori itu menpunyai ciri-ciri yang tersendiri. Schachter's Cognitive Labeling Theory merupakan peranan dalam memastikan emosi yang dialami. Misattribution merupakan seseorang mengeluarkan emosi yang disebabkan punca yang tidak betul. Transfer of excitation mengatakan rangsangan dapat dialihkan pada satu ke lain. Cognitive appraisal theories pula menerangkan reaksi emosi dan tingkah laku yang dilakukan adalah untuk menyelesaikan situasi emosi yang dihadapi.

                Konsep yang seterusnya ialah psychoanalytic theories. Physiologically and cognitively oriented theories dianggap datang dari pengalaman emosi yang semula jadi. Akan tetapi, Sigmund freud tidak menyetujui anggapan tersebut. Penekanan bagi teori ini adalah kepada emosi-emosi negatif terutamanya binbang dan marah. Emosi bimbang dan marah biasanya disebabkan knoflik di paras yang tidak sedar. Sebagai contoh yang nyata sekali, kita mungkin tiba-tiba merasakan bimbang dan marah tanpa sebab dan pemankin yang mencetus perasaan kita.

                Akhir kata, semua pendapat terhadap teori-teori emosi menpunyai ciri-ciri yang tersendiri. Pada pendapat saya pula, semua teori adalah benar kerana emosi adalah sesuatu yang senang dipengaruhi oleh persekitaran.

No comments:

Post a Comment