Friday 20 August 2010

A133541 Muhammad Hafiz LJ05

Pada jurnal kali ini, saya tidak mempunyai cerita untuk dikongsikan tetapi saya menerangkan mengenai pengalaman emosi yang telah saya pelajari pada kelas yang lepas. Baiklah, terdapat 3 teori mengenai pengalaman emosi ini iaitu teori fisiologi, teori kognitif dan teori psikoanalitik.

 

            Teori yang pertama, iaitu teori fisiologi. Melalui teori ini, emosi merupakan hasil daripada reaksi antara otak dan juga sistem saraf. Terdapat 3 pendekatan dalam teori ini iaitu teori James Lang, teori Cannon-Bard dan psikobiologikal. Teori psikologi tertua mengenai pengalaman emosi diformulasikan oleh William James pada tahun 1884 dan kemudian disokong oleh Carl Lange pada tahun 1887. Setelah itu, teori tersebut dikenali sebagai James-Lange Theory (JLT) dengan mengeluarkan sebuah hipotesis iaitu reaksi fisiologi merangsang emosi. Teori yang dikeluarkan oleh James-Lange tidak dapat diterima oleh Walter Cannon. Beliau memberikan beberapa alasan iaitu sistem organ yang merangsang emosi memberikan reaksi yang perlahan terhadap stimulasi. Jadi bersama dengan Philip Bard mereka mengeluarkan sebuah teori iaitu emosi merangsang pergerakan fisiologi. Seterusnya teori psikobiologikal. Teori ini dikerluarkan oleh Jack Panksepp (1982,1992). Beliau mencadangkan bahawa interaksi 4 asas emosi, melahirkan emosi yang lain. Beliau juga mencadangkan bahawa bahan kimia neuro membantu dalam penghasilan emosi.

 

            Teori yang kedua pula iaitu teori kognitif. Terdapat 4 isu dalam teori ini iaitu Teori Schachter Label Kognitif, penyalahanggapan, pemindahan keterujaan, dan "cognitive appraisal theory". Teori Schachter, menyokong JLT tetapi beliau menambah penilaian kognitif pada tindakan fisiologi. Untuk penyalahanggapan pula, kita tidak seharusnya menganggap bahawa emosi yang dizahirkan itu disebabkan oleh reaksi fisiologikal. Pemindahan keterujaan menerangkan bahawa emosi semasa seseorang akan mempengaruhi emosi mereka selepas itu. Yang terakhir, "cognitive appraisal theory". Terdapat 3 bahagian dalam teori ini. Bahagian yang pertama menerangkan mengenai "primary appraisal"  dan "secondary appraisal". Bahagian kedua pula mengenai "action impulses". Hal ini merupakan proses kognitif terhadap sesuatu tindakan. Bahagian ketiga "patterned somatic reaction" menerangkan mengenai perubahan fisiologi seseorang terhadap sesuatu emosi. Kemudian ialah "coping process". "Coping process" ini merupakan tindakan yang mengurangkan stress. Terdapat 2 mekanisma dalam "coping process" iaitu "palliation" dan "direct action". "Paliation" ialah proses mempertahankan diri untuk memberi reaksi terhadap emosi. "Direct action" pula ialah tindakan mengikut emosi.

 

            Teori yang ketiga iaitu teori psikoanalitik. Teori ini berorientasi secara kognitif dan fisiologikal. Pengalaman perasaan ini dialami secara sedar. Hal ini tidak dipersetujui oleh Sigmund Freud. Beliau menganggap bahawa pengalaman emosi ini dialami secara tidak sedar. Keadaan kita tidak sedar  merupakan sumber kepada emosi dan motivasi. Hal ini ditekankan dalam emosi yang negatif.

 

            Jadi pada minggu ini saya telah mempelajari beberapa teori mengenai emosi. Teori-teori yang dikeluarkan ini dapat memberikan banyak manfaat kepada kita. Oleh yang demikian kita dapat memperaktikkan dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment