Friday 6 August 2010

A133541 Muhammad Hafiz LJ03

Setiap orang pasti akan merasai kebahagian dalam hidup masing-masing. Sebagai contoh, seronok, gembira, cinta, kasih, sayang, dan sebagainya. Semua contoh yang telah diberikan itu, mempunyai satu persamaan. Emosi positif. Emosi positif ini dapat memberikan kesan yang amat mendalam terhadap seseorang itu bergantung kepada penghayatan atau pemahaman mereka. Kesan daripada emosi positif ini dapat dikenalpasti melalui perubahan tingkahlaku, ekspresi muka, nada suara dan sebagainya. Jadi kita dapat lihat seseorang itu dalam keadaan yang terbaik semasa mengalami kesan-kesan emosi positif. Kesan ini juga boleh dikatakan sebagai satu pendorong atau motivasi terhadap seseorang.

 

Jadi saya ingin menceritakan bagaimana emosi positif ini memberikan kesan terhadap individu tersebut. Seorang rakan kepada saya, beliau ini malas dan bersikap tidak ambil kisah. Setiap hari beliau tidak akan pergi ke kuliah tetapi hanya tidur di bilik. Setiap tugasan yang diterima, beliau hanya membiarkannya tanpa diusik. Begitulah kehidupannya sepanjang tahun pertama. Tanpa diduga satu kejadian telah berlaku dan telah merubah segala-galanya. Pada tahun kedua, beliau telah berjumpa dengan gadis idamannya. Pelbagai cara yang dilakukan untuk mengambil hati gadis tersebut, tetapi gadis itu tidak mengendahkannya. Sehinggalah gadis itu bersemuka dengannya dan memberitahu supaya beliau berubah. Kemudian baru lah gadis itu sudi untuk berkawan dengan beliau. Setelah itu, beliau berusaha untuk berubah semata-mata untuk berkawan dengan gadis tersebut. Akhirnya, gadis itu sudi untuk berkawan dengan beliau. Sejak itu, beliau terus tinggalkan tabiat lamanya dan menjadi seorang yang baru. Seolah-olah beliau dilahirkan semula. Mungkin perumpamaan saya agak keterlaluan, tetapi itulah yang berlaku kepada beliau.

 

Jadi di sini kita dapat lihat bagaimana kesan yang dibawa oleh emosi positif ini. Dari sudut yang lain, emosi positif ini boleh digunakan sebagai pendorong. Untuk contoh yang lain, di pejabat. Jika seorang ketua menunjukkan sikap yang menyenangkan para pekerjanya, maka para pekerja dapat bekerja dengan lebih baik. Suasana di pejabat tidak akan memberikan tekanan kepada pekerja-pekerja tersebut. Secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu dan cara kerja masing-masing.

 

Melalui pendekatan emosi, semua kesusahan dapat dikurangkan. Sekiranya seseorang itu mengalami kesusahan atau pun masalah, individu tersebut perlulah berfikiran positif agar segala permasalahan itu dapat diselesaikan. Sekiranya sukar untuk menyelesaikan sendiri, kita boleh meluahkan permasalahan kita kepada orang lain. Dengan itu, sedikit sebanyak orang disekeliling kita dapat mengurangkan tekanan sekaligus mewujudkan kesan emosi positif terhadap kita. Oleh itu, kita dapat lihat sendiri kepentingan emosi positif serta kesannya.

 

Melalui kelas pada minggu ini, banyak yang telah saya pelajari daripada tajuk ketiga ini. Ekspersi muka yang paling mudah untuk dilakukan ialah senyum. Melalui senyuman, kita telah menzahirkan emosi yang positif. Bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada sesiapa yang melihat senyuman tersebut. Selain itu juga, terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kebahagiaan. Antaranya ialah kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan sebagainya. Terdapat juga faktor keagamaan. Akhir sekali, saya tertarik mengenai sebuah kisah seorang ayah dan anaknya. Ayahnya berpendapat bahawa wang mampu membeli segala-galanya  dan wang adalah kebahagiaan padanya. Namun, disebabkan soalan yang dikemukan oleh si anak, ayahnya telah berubah fikiran bahawa bukan wang yang mampu memberi kebahagiaan tetapi kebahagiaan itu datang daripada diri masing-masing melalui cara mereka menzahirkannya.

No comments:

Post a Comment