Thursday 26 August 2010

A133501 Jannah LJ06

Pada minggu ini, saya tidak dapat hadir ke kelas kerana terpaksa menghadiri program Hari Wanita di Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR). Terdapat pelbagai program ketika itu seperti perasmian oleh Perdana Menteri kita. Walaubagaimanapun, saya mendapat tahu daripada rakan saya bahawa kelas pengurusan emosi kali ini lebih menarik kerana dua tajuk baru diperkenalkan iaitu Teori Aras Adaptasi dan Teori Soloman. Saya agak sedih kerana tidak dapat mengikuti kelas ini. Bagamaimanapun, sebaik sahaja habis program Hari Wanita tersebut, saya teru memuat turun nota kuliah untuk kedua tajuk ini. Saya cuba memahami maksud untuk setiap teori ini. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya memahaminya walaupun tidaklah sebanyak seperti minggu-minggu sebelumnya.

                Kita mulakan dengan Teori Adaptasi terlebih dahulu. Pada konsep asasnya, Teori Adaptasi adalah dimana kita bertindakbalas pada rangsangan yang baru mengikut aras adaptasi kita. Aras adaptasi seseorang adalah yang semasa atau terkini dan aras neutal aktif dan berkaitan dengan situasi rangsangan. Secara automatiknya, titik semulajadi atau adaptasi akan terbit untuk setiap jenis rangsangan yang pelbagai. Taksiran kita kepada sesuatu situasi mendorong kita kepada pengalaman emosi kita. Menurut Lazarus, Kanner dan Folkman ( 1980 ),  taksiran pemikiran kita dalam sesuatu keadaan mementukan keamatan pengalaman emosi kita. Contohnya seperti apabila kita mendengar bunyi yang kuat ke perlahan seperti bunyi keretapi yang berlalu, akan berlakulah keamatan aras adaptasi tersebut tetapi jika kita mendengar bunyi yang kuat atau perlahan secara tiba-tiba seperti bunyi loceng jam penggera, aras adaptasi kita turut naik dan turut mengikut tahap kekuatan bunyi tersebut. Selain itu, apabila kita mendapat duit yang banyak, aras adaptasi kita boleh menaik. Apabila kita mendapat sesuatu yang menggembirakan, kita tidak akan kekal gembira malah emosi kita berubah. Dari pengalaman saya, terdapat banyak saat yang menggembirakan saya seperti mendapat tempat di universiti. Saya gembira disaat saya mendapat di universiti tetapi sekarang tidaklah segembira ketika itu. Aras adaptasi kita sentiasa di titik semulajadi, dan hanya sesuatu yang atas daripada titik itu akan membuat kita gembira.

                Teori seterusnya ialah Teori Solomon. Teori ini membuatkan saya tertarik untuk mengetahuinya kerana ini adalah kali pertama saya mendengar teori ini. Teori Solomon merupakan hasil ubahsuaian dari Teori Aras Adaptasi. Teori Soloman ialah imbangan emosi terhadap titik semulajadi bukan sahaja penjalanan yang panjang malah terdapat juga penjalanan yang sekejap sahaja. Setiap emosi disebabkan oleh emosi yang berlainan yang timbul. Di dalam Teori Solomon ini, terdapat dua peringkat iaitu peringkat pertama ialah peringkat utama dan peringkat kedua ialah peringkat berlawanan. Pada peringkat pertama, sebahagian besar tidak dipelajari dan berlaku secara automatik. Apabila masuk ke peringkat berlawanan, emosi berlainan daripada peringkat pertama tadi dan bermula selepas peringkat utama. Selain itu, peringkat ini bertahan lama, lebih kuat jika dilakukan berkali-kali, dan peringkat utama akan menjadi lemah. Contohnya apabila saya mendapat duit yang banyak daripada PTPTN dan menggunakannya untuk membeli pelbagai barang yang tidak sepatutnya dan menyebabkan duit PTPTN itu habis. Lalu, baru timbul menyesal dalam diri kerana belanja mengikut nafsu. Contoh yang lain seperti penerjun. Ada beberapa penerjun takut dengan ketinggian ketika dahulu. Tetapi oleh disebabkan dia selalu terjun menyebabkan dia semakin berani dan tidak takut pada ketinggian lagi malah semakin teruja untuk melakuka terjunan. Ini kerana mengikut model proses berlawanan, situasi ini adalah pertukaran masa dari perasaan takut kepada perasaan gembira didalam pasangan emosi takut-gembira ini.

No comments:

Post a Comment