Friday 6 August 2010

A133501 Jannah LJ03

Saya berjalan dengan bahagia ketika perjalanan ke kelas pengurusan emosi. Ini adalah kerana kelas ini telah menjadikan emosi saya lebih stabil dan banyak pengetahuan yang saya pelajari seperti teori-teori yang terlibat di dalam emosi. Jadi, pada minggu ini, kami didedahkan dengan emosi positif iaitu gembira, bahagia, dan kasih. Sebelum memasuki kelas ini, saya menyangka tiga emosi positif ini sama tetapi sebenarnya belainan. Setiap emosi tersebut terdapat kajian yang berkaitan dan terdapat banyak lagi aspek-aspek emosi tersebut.

                "Bahagianya saya hari ini kerana dilamar oleh lelaki yang saya cintai". Apakah itu bahagia? Bahagia ialah emosi dimana terdapatnya perasaan suka , menyenangkan, dan kepuasan. Ini akan memantulkan kepentingan universal yang manusia perlu bahagia. Terdapat beberapa pandangan ahli falsafah iaitu Aristotle, Plato, Epicurien, dan Mills. Menurut Aristotle, kebahagiaan adalah kejayaan dalam mengejar kebahagiaan. Contohnya apabila seseorang itu berkahwin dan bahagia selamanya. Plato pula mengatakan punca kebahagiaan adalah dari hidup yang penuh bermoral. Berlainan pula dengan Epicurien dimana beliau mengatakan kebahagiaan memaksimakan kesenangan dan mengurangkan penderitaan. Contohnya pesakit kanser. Pesakit kanser memang menderita dan kebanyakkan pengkaji mendapati apabila mereka ketawa dan bahagia, penderitaan mereka berkurang dan virus kanser lambat untuk merebak. Betapa pentingnya bahagia dalam kehidupan. Menurut Mills, kebahagiaan adalah sesuai untuk semua perangai. Perkara yang boleh menbuatkan saya bahagia dan gembira adalah apabila saya mendapat apa yang saya mahu dan hajati seperti sebelum saya memasuki universiti, saya sering mengharapkan keputusan yang baik ketika di matrikulasi. Selain itu, universiti idaman saya adalah UKM. Alhamdulillah, dengan berkat doa ibu dan ayah, saya telah mendapat PNGK yang boleh dibanggakan ibubapa saya dan mendapat tempat di dalam universiti yang saya harapkan itu. Bahagia dan gembiranya saya hingga kini. Apabila kite tersenyum, itu melambangkan gembira. Ekspresi muka yang mudah dilihat.

                Veenhoven,1995, mengatakan kegembiraan dan kebahagiaan berlainan bagi setiap negeri. Diener et al, 1995, memberikan pendapat yang berlainan iaitu budaya Asia mempunyai kebahagiaan diri yang rendah berbanding yang lain. Menurut Argyle, 1987, ialah orang yang paling bahagia adalah dari negara Amerika Utara, Australia dan Eropah. Ini semua adalah kajian yang berkaitan dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Saya telah difahamkan bahawa kegembiraan terbahagi kepada dua faktor menurut Kozma et al, 1992, iaitu kesan yang bepanjangan dan kesan yang sementara.  Kegembiraan yang berpanjangan adalah kebahagiaan yang memberikan kesan yang lama. Kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Contohnya seperti keadaan seorang manusia yang membesar dengan sihat di depan ibubapanya. Ibu bapanya dapat melihat anaknya membesar mengikut peringkat dimana peringkat pertama ialah bayi itu dilahirkan dan menjadi kanak-kanak,remaja dan seterusnya. Sepanjang kehidupan sebagai seorang anak, mampu menggembirakan ibubapa sepanjang hayat hidup mereka. Kegembiraan yang sementara pula adalah kebahagiaan yang sekejap. Tidak mengambil masa berhari-hari. Contohnya mendapat anak setelah penat melahirkan dan juga mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah. Model additive menerangkan kegembiraan adalh kombinasi daripada  dua faktor tersebut.

                Orang yang sudah berkahwin adalah lebih bahagia hidupnya berbanding orang yang belum berpunya. Ini adalah kenyataan. Saya difahamkan terdapat beberapa faktor lain yang menimbulkan kebahagiaan iaitu kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi, dan yang paling penting adalah penghayatan agama. Ada orang mengatakan orang yang beragama lebih bahagia dan kurang tekanan. Kasih sayang adalah lebih kepada suka kepada sesuatu atau pada seseorang dimana timbulnya ingit sentiasa bersama, ambil berat, dan kepercayaan.  Terdapat tiga faktor dalam kasih sayang iaitu komitmen, keintiman dan keghairahan. Kasih sayang merupakan satu proses yang membawa dua manusia bercinta dan mempunyai interaksi dalaman. Harta juga turut memberikan kebahagiaan kepada seseorang.

No comments:

Post a Comment