Wednesday 4 August 2010

A133500 Ng Sin Mun LJ03

Hari ini saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi yang ke-3. Pada asalnya saya menyangka bahawa pensyarah kami akan memberikan kuliah tentang teori FKP kerana mengikut turutan kuliah inilah yang akan diajarkan. Di luar sangkaan saya, pensyarah menyatakan bahawa tajuk ke-4 iaitu emosi positif akan diajarkan supaya rakan-rakan yang baru mendaftar untuk kursus ini akan memahami isi kandungan kursus ini dengan lebih mudah. Lagilah saya berasa terkejut apabila pensyarah memulakan kuliah hari ini dengan kuiz soalan dari kuliah yang lepas. Nasib baik saya dapat menjawab dengan baik.

Selepas membagi jawapan, bermulalah kuliah hari ini dengan tajuk "Emosi Positif". Emosi positif ini merangkumi perasaan gembira dan bahagia yang membawa keseronokan, kesenangan dan kepuashatian. Definisi terhadap emosi bahagia adalah banyak mengikut ahli-ahli falsafah yang lain. Walau bagaimanapun, Veenhowen pada tahun 1995 telah membuat kajian dan mendapati bahawa emosi bahagia dalam dua negara itu adalah tidak sama jika dibandingkan. Budaya Asia kurang menitikberatkan emosi bahagia kendiri manakala orang yang paling bahagia tinggal di Amerika Selatan, Australia dan Europe, menurut pakar-pakar lain.

Saya memang bersetuju dengan dapatan kajian Diener et al itu bahawa budaya Asia kurang menitikberatkan emosi bahagia. Sebenarnya, budaya Asia ini menggalakkan kita mengelakkan diri daripada menunjukkan perasaan gembira atau girang, kerana penunjukkan emosi tersebut boleh ditakrifkan sebagai sombong dan biadab serta tidak reti mengawal emosi sendiri. Oleh itu, rakyat Asia biasanya mememdam perasaan diri terutamanya di Jepun dan Korea di mana pengamalan budaya etnik di sana masih kukuh.

Akan tetapi, kegembiraan itu adalah tidak sama dalam orang berlainan. Seseorang itu mudah merasa gembira manakala orang lain tidak. Hal ini disebabkan oleh kebolehan seseorang untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang asing. Orang yang mudah menyesuaikan diri dalam perubahan sekeliling dapat menangani masalah dengan lebih mudah dan justeru lebih berasa gembira. Manakala seseorang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan mudah akan berasa risau atau cemas terhadap suasana baru itu.

Menurut Kozma pula, kebahagiaan dibahagikan kepada kebahagiaan jangka pendek dan kebahagiaan jangka panjang, manakala model tambahan mencadangkan bahawa kebahagiaan itu merangkumi kedua-duanya. Kebahagiaan jangka panjang itu adalah latar belakang kebahagiaan itu yang boleh lanjut dari masa kecil sehinggalah sekarang dan stabil selama berbulan-bulan sampailah bertahun-tahun lamanya. Inilah sebab kami biasanya mengatakan bahawa seseorang itu periang. Menurut Sigmund Freud, satu ahli psikologi yang terkenal, latar belakang kegembiraan itu banyak bergantung kepada interaksi antara subjek dengan ibu bapanya. Secara umumnya, seseorang yang berasal dari keluarga yang porak peranda lebih bersifat pesimistik.

Antara sebab lain yang mengundang emosi bahagia ialah cinta dan perkahwinan, namun soal selidik menunjukkan bahawa dilamun cinta melahirkan lebih perasaan gembira daripada berkahwin atau bertunang. Perasaan cinta ini merangkumi unsur pergantungan, kasih sayang dan kepercayaan, bermaksud apabila dilamun cinta, seseorang itu berasa ingin bersama dengan pasangannya dengan lebih kerap. Dia akan sayang pada pasangannya, dan pada masa yang sama, mempercayai cinta pasangannya terhadap dia. Penghayatan agama juga merupakan sebab kebahagiaan seseorang walaupun prosesnya masih tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment