Sunday 22 August 2010

A133405 NURLINA RASHID LJ05

Saya sedih sebab tidak dapat hadir kelas pada minggu lepas atas sebab kurang sihat. Tetapi saya bernasib baek sebab masih dapat tahu apa yang dipelajari pada minggu lepas. Apa yang saya akan ceritakan mungkin tidak seberapa sebab tidak berapa faham akan topik2 itu. Terdapat empat teori yang harus kita tahu iaitu fisiologikal,James-Lang theory, Cannon- Bard theory dan Psychobiological theory.

 Teori fisiologi adalah emosi tindakbalas otak dan sistem saraf. Teori James-Lange mengatakan yang sesuatu keadaan itu akan bertindak sebagai stimulasi kepada individu yang kemudiannya memberikan reaksi dengan tubuhnya dan barulah emosi terbentuk berdasarkan keadaan itu. Manakala Cannon-Bard pula menceritakan pasal setelah dikenakan stimulasi, emosi orang itu yang akan menentukan reaksi tubuhnya.

Teori Psikoanalitik menjelaskan tentang pengalaman tanpa sedar dalam emosi. Sigmund Freud mengatakan bahawa pengalaman tanpa sedar itu adalah personaliti yang mengandungi emosi, motif, memori tentang pengalaman lepas yang kita tidak prihatin tetapi mempengaruhi tingkah laku. Kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah pengalaman secara tidak sedar. Teori ini menekankan emosi marah dan juga sedih. Semua itu adalah emosi negatif yang telah kita pelajari pada dua minggu lepas. Saya masih belum faham sepenuhnya kerana selalunya saya difahamkan oleh Encik Zamri. Walau bagaimana pun, saya akan cuba ulang kaji balik pasal teori-teori ini. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih. =)

 

No comments:

Post a Comment