Sunday 15 August 2010

A133405 NUR LINA RASHIDAH LJ04







Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat dan selamat menyambut bulan ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum, sudah 4 minggu kita belajar dalam pengurusan emosi dan peperiksaan semakin menghampiri serta emosi yang menghantui kita adalah takut dan cemas. Topik kita pada kali ini adalah emosi negatif. emosi negatif ini boleh menyebabkan hilangnya keyakinan diri dan cemas semasa melakukan sesuatu benda. Emosi negatif adalah seperti takut,marah,malu dan sedih.

 Takut adalah sinonim dengan kehidupan kita, Takut lahir daripada tindak balas seseorang individu terhadap sesuatu rangsangan dan ini kerana takut adalah reaksi emosi seperti perasaaan pada bahaya dan seram. Contohnya, Alia menonton cerita jangan pandang belakang dan pada masa yang sama dia mengalami emosi ketakutan.

Seterusnya, perasaan malu sangat penting bagi kita terutama sekali dalam situasi-situasi sosial di mana ia menjadi pembatas tingkah laku kita. Tanpa perasaan malu seperti mana yang terjadi pada remaja-remaja sekarang. Mereka tidak malu dan segan silu dengan melakukan aksi-aksi tidak senonoh di depan khalayak ramai. Tetapi juga perasaan malu adalah emosi negatif . sebagai contoh semasa temu duga kita haruslah yakin dengan percakapan dengan penemu duga.

Sedih! Kenapa kita harus sedih? Perasaan sedih wujud dalam pelbagai situasi. Emosi sedih kebiasaannya diekspressikan melalui linangan air mata. Sedih merupakan antara emosi yang amat berat boleh dirasai kita. Sedih mempunyai banyak tahap dan membawa kesan-kesan yang berbeza. Antara kesan yang paling merisaukan ialah murung dan tertekan. Walaupun begitu, masih ada cara untuk mengurangkannya dengan cara menangis , menjerit dengan sekuat hati , dan menceritakan kepada rakan-rakan yang rapat dengan kita.

Marah!!! Awak selalu buat saya marah! Marah adalah emosi  apabila seseorang itu boleh hilang pertimbangan dan seeloknya janganlah membuat keputusan penting ketika dalam keadaan ini. Islam sentiasa menegaskan supaya kita sentiasa kena mengawal kemarahan. Tambah-tambah lagi semasa bulan ramadhan dan kita disarankan supaya selalu membuat amal. Saya rasa setakat ini dululah penerangan saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain hari…. ~Salam sejahtera~ =)

No comments:

Post a Comment