Sunday 8 August 2010

A133405 NUR LINA RASHIDAH LJ03

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini saya nak cerita pasal apa yang saya dah belajar pada minggu lepas.Kebahagiaan atau kegembiraan seseorang iaitu Long term affective states dan Short term affective state.kegembiraan adalah suatu perasaan yang menerangkan tentang keseronokan, kesenangan dan kepuasan. Contoh yang pernah saya alami adalah saya mendapat anak sedara sulung.    Keadaan ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu berasa gembira, dia akan turut berasa senang hati, ceria, dan dapat merasakan kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sebagai sample, peristiwa jatuh cinta  memiliki peratusan tertinggi iaitu sebanyak 78% berbanding bertunang dan berkahwin iaitu 65%. Pada pandangan saya, jatuh cinta lebih membahagiakan kerana ia merupakan satu tempoh yang agak singkat dan pada ketika ini kita belajar mengenali satu sama lain dan tidak melibatkan komitmen yang tinggi berbanding bertunang dan berkahwin yang lebih menuntut kita kepada komitmen dan pengorbanan. kebahagiaan merupakan satu perkara yang bermakna bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.Hargailah setiap insane yang dikurniakan kepada kita dan berilah komitmen yang tinggi kepada orang yang disayangi. Kita sebagai manusia sememangnya dilahirkan bersama emosi. Kesimpulannya, carilah kegembiraan bersama orang yang tersayang kerana ia amat berharga untuk setiap insan. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca artikal saya yang tidak seberapa ini.   =)

No comments:

Post a Comment