Friday 13 August 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ04

            Emosi takut ialah tindak balas emosi untuk menangani atau menghadapi situasi bahaya atau ancaman luar. Ketakutan berhubung kait dengan kebimbangan. Ketakutan juga satu mekanisme untuk meneruskan kelangsungan seseorang apabila berlakunya stimuli luaran. Hal ini kerana jika seseorang tiada emosi ketakutan terhadap apa-apa,dia tidak akan melarikan diri ketika bertemu dengan harimau. Semasa berdepan dengan penjahat,dia tidak akan menyelamatkan diri kerana dia tidak takut terhadap penjahat itu. Justeru,nyawanya akan terancam dan mungkin tidak dapat meneruskan kelangsungannya. Namun,ketakutan juga ada kesan negatifnya. Seseorang yang selalu dihantui perasaan bimbang dan risau tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjanya. Prestasi kerjanya akan merosot dan jika rakyat kita selalu diselubungi emosi ketakutan,pembangunan negara akan terbantut. Emosi takut juga akan wujud akibat trauma terhadap sesuatu benda. Misalnya,seseorang yang pernah terperangkap dalam kebakaran akan mempunyai trama takut api mungkin dalam tempoh yang lama selepas diselamatkan. Begitu juga dengan seseorang yang pernah mengalami kemalangan kereta.dia tidak berani untuk memandu kereta selagi ketakutan terhadap kereta tidak hilang. Selain dirangsang oleh objek fizikal atau apa yang dapat kita lihat,ketakutan juga dilahirkan daripada konsep abstrak. Kebanyakan ibu bapa akan mempunyai emosi takut kehilangan kawalan terhadap anak-anak. Anak-anak itu sudah besar panjang dan bakal berkahwin atau bekerja di negara lain. Oleh itu,ibu bapa akan takut kehilangan mereka kerana anak-anak itu dah biasa di bawah kawalan mereka. Emosi takut terhadap apa yang belum berlaku menjadi masalah kepada kebanyakan daripada kita.

            Emosi malu ialah emosi yang dilahirkan apabila berlakunya tindakan secara individu atau sosial yang tidak dapat diterima oleh seseorang terutamanya apabila dilihat atau dihebahkan oleh orang lain. Biasanya apabila seseorang kehilangan kehormatan atau statusnya terancam. Namun,intensity malu bergantung kepadfa situasi. Misalnya,seorang artis yang berpakaian anggun dan cantik tiba-tibanya tergelincir akibat lantai yang licin di depan peminatnya akan berasa amat malu. Ataupun seorang artis yang dihebahkan pernah menjalani pembedahan plastik juga berasa malu.  Begitu juga dengan pegawai tinggi yang silap tercakap dalam ucapannya. Emosi malu  secara professional pula melibatkan bukti kesalahan yang akan dikenakan hukuman berat.

            Emosi sedih ialah emosi yang memaparkan perasaan kekurangan atau kehilangan sesuatu. Intensiti yang tinggi dalam emosi sedih ini akan mengundang depresi atau kemurungan yang memerlukan pakar psikologi untuk mengubatinya. Apabila seseorang sedih,dia akan diam sahaja,kurang bersemangat,wajahnya kurang senyuman dan tidak berminat dalam pergaulan sosial. Tanda-tanda emosi sosial termasuklah tunduk kepala dan lemah dan lambat dalam aktiviti fizikalnya. Misalnya seseorang lelaki yang mendapati rupa-rupanya dia hanya bertepuk sebelah tangan terhadap seorang gadis akan berasa hampa dan sedih. Dia akan murung dan sayu untuk sepanjang minggu dan tidak lalu makan dan tidur. Namun,kesedihan tidak boleh keterlaluan kerana akan mengundang kepada tragedi yang tidak diingini seperti pembunuhan diri. Perkara-perkara yang mengakibatkan emosi sedih termasuklah gagal dalam peperiksaan semester,gagal memikat gadis kesayangan dan sebagainya. Bagi wanita,air matanya ibarat air hujan yang mengalir tidak terhenti-henti apabila sedih. Bagi lelaki pula,air mata ibarat mutiara di mana mereka tidak akan menangis walaupun betapa sedihnya.

           Emosi marah ialah tindak balas terhadap ancaman atau tekanan. Kemarahan dapat dilepaskan secara aktif atau pasif. Pelepasan perasaan marah secara aktif adalah secara fizikal seperti percakapan yang kasar atau tingkah laku yang kasar. Misalnya,seseorang yang sedang marah akan melemparkan telefon bimbitnya selepas mendengar berita yang membangkitkan kemarahannya. Seseorang akan membuang cincin tunangnya terus apabila mendapati tunangnya sudah berkahwin. Bagi kemarahan yang dilepaskan secara pasif pula bermaksud dia memendamkan peraasan marah. Kita akan berasa marah untuk pihak lain jika mengetahui terdapat ketidakadilan dalam sesuatu peristiwa. Misalnya,kita akan marah kepada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab seperti melepaskan penjagaan anak begitu sahaja. Perasaan marah mesti dikawal supaya tidak berlaku tragedi yang tidak diingini. Hal ini kerana seseorang yang dikawal oleh perasaan marah akan bertindak melulu untuk memukul orang yang dianggap musuh. Mengikut Muhammad s.aw.kekuatan yang sebenar bukan bergantung pada kekuatan fizikal tetapi kekuatan untuk mengawal kemarahan. End#

 


No comments:

Post a Comment