Thursday 5 August 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ03

                Tajuk yang saya pelajari pada hari ini ialah emosi positif dan negatif. Sebenarnya,emosi itu neutral. Kita yang melabelkan emosi positif dan negatif di mana kegembiraan dan bahagia termasuk dalam emosi positif. Senyuman semasa gembira merupakan ekspresi yang paling senang dikenali berbanding dengan yang lain seperti yang kita belajar sebelum ini. Kegembiraan ialah emosi yang bercirikan perasaan ceria dan puas hati. Contohnya,saya berasa amat gembira apabila mempunyai peluang bersatu dengan keluarga saya terutamanya selepas masuk ke UKM. Selepas menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan cepat,saya akan berasa gembira dan puas hati.mengikut Epicurean,kegembiraan dapat dicapai dengan memaksimumkan kesenangan hati dan meminimumkan kesakitan. Saya berasa sangat gembira semasa melancong bersama-sama dengan keluarga saya. Saya juga berasa gembira apabila diterima menjadi kawan baru semasa menuntut di UKM. Situasi harmoni terutamanya nasa bersama-sama keluarga dan kawan menyebabkan saya menjadi gembira. Kajian menunjukkan kegembiraan berbeza dari satu negara ke negara lain menurut Veenhoven. Misalnya,orang Asia mencatatkan tahap kegembiraan yang lebih rendah berbanding dengan negara lain. Orang di Negara Amerika Utara,Australia dan Europe mencatat tahap kegembiraan yang paling tinggi.

            Kajian turut menunjukkan orang yang pandai menyesuaikan diri lebih gembira berbanding dengan yang tidak pandai menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Juga dikatakan orang yang selalu gembira lebih pandai menyesuaikan diri kerana mereka menerima perubahan keadaan dengan optimistik. Mereka mampu menangani masalah yang dihadapi.  Oleh itu,hidup mereka lebih gembira. Orang yang mengembangkan strategi penyelesaian masalah efektif akan menjadikan diri mereka gembira. Hal ini kerana orang yang berstrategi dalam menangani masalah lebih cepat menemui jalan penyelesaian. Oleh itu,kehidupan mereka bebas daripada masalah dan mereka menjadi lebih gembira.

Dalam kegembiraan,terdapat dua komponen utama,iaitu kegembiraan jangka masa panjang dan kegembiraan jangka masa pendek. Kegembiraan jangka masa panjang ialah emosi stabil yang berterusan dari tahun ke tahun seperti dari zaman kanak-kanak sehingga sekarang. Kegembiraan jangka masa pendek pula berdasarkan perkara baru berlaku dalam kehidupan seperti baru dikurniai bayi,memperolehi gred yang cemerlang dalam peperiksaan atau memenangi cabutan bertuah.

Menurut Freud,hubungan kita dengan ibu bapa semasa zaman kanak-kanak menjadi penentu penting terhadap penyesuaian diri pada masa kelak dan kegembiraan. Hal ini kerana ibu bapa yang berperanan menjaga dan mendidik kita sejak kecil. Hubungan dengan ibu bapa mampu mempengaruhi hidup seseorang remaja. Ibu bapa yang ceria dan banyak mencurahkan kasih saying terhadap anak-anak akan membahagiakan anak-anak mereka. Sebaliknya,ibu bapa yang selalu bergaduh akan meninggalkan impak terhadap emosi dan pemikiran anak-anak.

Seseorang lelaki dan perempuan dapat memperoleh kegembiraan daripada perkahwinan mengikut Vanfossen. Orang yang telah berkahwin adalah lebih bahagia daripada orang yang masih bujang. Timbulnya satu persoalan di sini,iaitu perkahwinan mendorong kegembiraan atau kegembiraan mewujudkan perkahwinan yang bahagia? Faktor-faktor lain yang menentukan kegembiraan termasuklah kesihatan,persahabatan,kerja dan penghayatan agama. Seseorang yang beragama bahagia dan kurang tekanan. Bukti-bukti nyata menunjukkan orang yang beragama kuat lebih banyak melaporkan emosi sangat gembira berbanding dengan yang kurang beragama. Hal ini kerana orang yang beragama kuat lebih opmistik apabila menghadapi masalah dalam hidup dan mereka ini senang puas hati dengan apa yang dimiliki. Perasaan selamat dan penerimaan menjadi menjadi faktor kaitannya antara agama dengan kegembiraan.

Cinta lebih tinggi tahap daripada suka. Suka menjadi lebih kuat dengan tiga komponen iaitu jalinan hubungan,prihatin dan kepercayaan. Jalinan hubungan di sini bermaksud pemikiran seseorang untuk menjalin hubungan dengan orang kesukaannya seperti menjadi teman atau berkahwin dengannya. Prihatin pula bermaksud seseorang megambil berat tentang orang kesukaannya manakala kepercayaan ini bermaksud kepercayaan antara suami isteri tanpa sangsi. Proses yang membawa dua orang bersama ialah penarikan interpersonal. Penarikan interpersonal akan wujud apabila satu pihak ingin menjalinkan hubungan,keintiman secara fizikal dan satu pihak mempunyai teknik social untuk memulakan hubungan.

No comments:

Post a Comment